06 May 2018

Silaturahim

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

SILATURAHIM

Hujan panas bersilih ganti
Putaran alam sama nikmati
Silaturahim disimpul mati
Jauh di mata dekat dihati

Jauh di mata dekat dihati
Kasih sayang sentiasa sebati
Kurniaan Ilahi bernilai tinggi
Rajuk jangan simpan dihati

Rajuk jangan simpan dihati
Rugi nanti kemudian hari
Nikmati hari-hari yang masih berbaki
Harap Rahmat Ilahi mendekati

Harap Rahmat Ilahi mendekati
Ketika susah senang yang bersilih ganti
Doa-doa ihsan sentiasa dinanti
Rasa tenang difikiran lapang dihati

Rasa tenang difikiran lapang dihati
Anugerah tidak mampu dijual beli
Jagalah silaturahim hingga ke mati
Berat hukumnya jika dicemari

#sama-sama mencari redha Ilahi 



3 comments:

  1. INDAH SENIKATANYA AMAT BRMNFAAT

    ReplyDelete
  2. Mudah2an siratulrhim kekal berpanjangan

    ReplyDelete
  3. silaturahim tak akan pernah trputus.. sntiasa trjalin dengan sempurna. inshaAllah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..