Semai Rasa Bahagia

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT 

SEMAI RASA BAHAGIA

Semai Rasa Bahagia

Sarapan pagi nugget ayam Tempura
Enak dimakan dengan sos cili katanya
Hidup elak berpura-pura 
InsyaAllah bahagia apa adanya


Pokok mangga ditabur baja
Baja di import dari luar negeri
Sentiasa mensyukuri di mana sahaja
Bahagia itu sentiasa mendampingi 


Ular tedung ada bisa
Silap tingkah bawa binasa
Tidak mengapalah biasa-biasa 
Utamanya tenang gembira sentiasa


Ilmu ibarat pelita hidup
Sangat berguna di mana berada
Berlebih kurang adatnya hidup
Berlapang dada tentu ceria


Pokok manggis lebat berbunga
Semua rezeki atas izinNYA
Usaha semai rasa bahagia
Agar tenang hingga ke SANA


Masuk hutan cari periuk kera
Bukan suka-suka tapi ada gunanya
Elak hasad sesama kita
Sama-sama bahagia hidup sejahtera


#sama-sama  mencari redha Ilahi 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

13 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Penuh maksud... penuh dgn nasihat..terbaik pc

    BalasPadam
  2. semai bahagia ..hidup elak pura-pura dan sentiasa mensyukuri..tq for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sentiasa mensyukuri itu paling penting😀

      Padam
  3. Moga kita semua sentiasa di bawah lindunganNYA. Aamiin..

    BalasPadam
  4. in shaa Allah. semoga kita semua lebih bahagia tanpa perlu berpura-pura.

    BalasPadam
  5. Bahagia tu ada bila kita mensyukuri apa adanya kan kak pc..

    BalasPadam
  6. Gampang Jackpot, Terpecaya dan Lebih Mudah Untuk Menang :D
    Berikut Adalah Permainan Yang Kami Sediakan :
    - Togel - Sabung Ayam - Poker & Domino - Casino - Live Game - Sportbooks.
    Di Depototo(titik)org, 1 Akun Untuk Semua Permainan.
    BBM : D8B7652A
    LINE : Depototo
    WhatsApp : +855882805228

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama