Fasa Demi Fasa

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT

FASA DEMI FASA


FASA DEMI FASA

Jumaat kedua Ramadhan ini
Sentiasa dinanti sentiasa dialu-alu
9 Ramadhan hari ini
Diam tak diam seminggu berlalu

Buat kerabu mempelam muda
Menu tambahan semasa berbuka
Bayi kanan-kanak dewasa tua
Sampai masa menghadap Pencipta

Perjalanan hidup bukan mudah
Banyak juga menempuh dugaan
Bila bersusah-susah jangan gundah
Itulah rencah menuju kesenangan

Atab bocor segera diganti
Sebelum rosak meja kerusi
Sihat dan sakit bersilih ganti
Nikmat yang diberi jangan dilupai

Anak gadis bertudung litup
Jalannya tertib berkebaya jingga
Turun naik lumrahnya hidup
Terus usaha rahsia berjaya

#sama-sama mencari redha Ilahi

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam 9 Ramadan dan salam jumaat PC. Semoga kita semua mendapat keberkatan hari dan bulan mulia ni.

    BalasPadam
  2. SEKEJAP SAJA DH 9 RAMADAN...MOGA SETIAP DIPENUHI AMALAN BAIK

    BalasPadam
  3. Cepat betul hari2 berlalu.. semoga Ramadan ini penuh keberkatan buat kita semua.. aamiin.

    BalasPadam
  4. Diam tak diam, Syawal semakin menghampiri.

    BalasPadam
  5. sekejap saja masa berlalu.. Ramadan semakin singkat. hmm.

    BalasPadam
  6. Pejam celik cepat betul kan masa berjalan kan PC. Salam Ramadhan..

    BalasPadam
  7. Pejam celik cepat betul kan masa berjalan kan PC. Salam Ramadhan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama