14 May 2018

Cukup .. Cukuplah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

CUKUP .. CUKUPLAH

Hakikat hidup.
Sesiapa sahaja.
Di mana-mana sahaja.
Aku betul.
Engkau salah.
Hujungnya nanti.
Dan sebenarnya.
Dua-dua betul-betul salah.


Kerugian paling besar.
Meletak cermin besar pada orang.
Mengecilkan cermin di diri sendiri.
Rugi.Sangat rugi.
Mungkin tidak di dunia ini.
Tapi di akhirat nanti.
Bila dititian tidak selancar meniti.


Di sini masih boleh berteka teki.
Di sini bebas maki dan dengki.
Di sini masih luas untuk bergendang menari.
Walau mungkin sumbang tak peduli. 
Di sini.
Cukup .. cukuplah.
Ingatlah di sana rupa bagaimana nanti.


Nampak.
Biar berselindung.
Tidak nampak.
Walau berhadapan.
Sebenarnya.
Mata hati.
Di terangkan dalam samar.
Atau digelapkan ketikanya terang.


Cukup .. cukuplah.
Berasa betul.
Berasa yang datang bakal pantul.
Menjadilah yang ditengah.
Kalau tidak mempu menjadi yang di hadapan.


#sama-sama mencari redha Ilahi



6 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Pasti ada hikmah disebaliknya.
    Allah is the best planner.

    ReplyDelete
  2. APA YG BERLAKU ADALAH KETENTUAN DGN IZIN-NYA

    ReplyDelete
  3. cukup-cukuplah kita tunding sana tunding sini. betul sini salah sana ataupun sebaliknya. adalah elok kita pandang ke depan, toleh kebelakang untuk dijadikan pedoman hidup mahupun peringatan.

    semoga hidup kita dilindungi Allah.

    ReplyDelete
  4. Betul PC.. Jangan suka menuding jari atas kesalahan orang lain sedangkan diri sendiri pun tak sempurna. Muhasabah diri itu yang terbaik.. Setuju sangat dengan post PC ini..

    ReplyDelete
  5. Betul tu, cukup-cukup lah kita mencari kesalahan atau aib orang kan.. Semoga kita terus istiqomah perbaiki diri kita agar lebih baik dari sebelumnya..

    ReplyDelete
  6. Peringatan yg baik utk direnungkan bersama. Terima kasih atas perkongsian ini PC. Semoga Allah sentiasa memberkati.. aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..