13 May 2018

Ahad .. Yang SATU

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

AHAD .. YANG SATU

Ahad itu ertinya SATU
Melambang SATU-SATUNYA hanya DIA
Biar ada berpuluh beribu
Kekuasaan itu tetap hebat DARI-NYA

Qada dan qadar telah tertulis
Percayai itu rukun iman
Tiada salah merintih menangis
Cepat bangkit ingat hidup berTUHAN

Pusing kanan pusing kiri
Maju mundur mencari selesa
Buang rasa tamak dan iri hati
Tenang datang dengan sendirinya

Kun fayakun tidak mustahil
Tidak kira pada siapa
Kita rasa bijak tapi Tuhan TIDAK jahil
Di hari pembalasan terpaksa terima


AHAD YANG SATU

Makan tengahari berlaukkan urab
Urab pegaga banyak sekuali
Suatu yang berlaku pasti bersebab
Pasti ada sesuatu perlu dipelajari

#sama-sama mencari redha Ilahi

3 comments:

  1. Puisi yang indah awak... sedap dibaca... dan bermakna... Semuga kita DAPAT keredhoan ALLAH yang dicari selama ini... InshaAllah

    ReplyDelete
  2. Setiap yg terjadi pasti bersebab. Susah nak berlapang dada tapi kena percaya pada qada qadar. InsyaAllah hati akan tenang semula.

    ReplyDelete
  3. Setiap apa yang kita buat, baik atau buruk pasti ada balasan kan..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..