31 May 2018

Tidak Susah Sebenarnya ..

9:13 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


TIDAK SUSAH SEBENARNYA .. | Allah melihat dan mendengar setiap lintasan di hati kita.Walau kita tak cakap pun dengan sesiapa.Cuma diri kita je yang tahu.Tapi manalah boleh kita sembunyi daripada Allah kan...pengetahuan Allah itu TERSANGAT luas.

TIDAK SUSAH SEBENARNYA
Sumber Image : Google

Tidak susah sebenarnya.

Buat baik.Buatlah kebaikkan.Tak perlu diwar-warkan.Allah tahu.Malaikat mencatat tanpa terlepas satu pun.Sangat siaga.Sangat jujur.Paling penting jangan separuh jalan.Teruskan.Cari sokongan.Minta doa-doa dari yang sewajarnya.InsyaAllah dipermudahkan nanti.Lancar juga.Aamin.

Belajar memahami.Diri sendiri.Diri orang lain juga.Sekeliling yang hampir.Sekeliling yang memerlukan pengertian kita juga.Tapi hadkan.Jangan sampai jadi mat atau minah kepoh.Jangan sampai ukur berapa jengkal koyaknya kain orang.Berpada-padalah.Jangan sampai mahu memahami tapi orang rasa tidak selesa pula.

Mantapkan niat.Merangka niat mudah.Bagi PC lah..memang mudah.Tapi nak bangun dan realisasikan niat itu yang susah.Bagaimana cara yang boleh dilakukan supaya niat tidak terkubur dan dapat diterjemahkan dengan tindakkan...bina kelompok atau cari sandaran yang seiring dan sama langkah dengan kita.Suami,isteri,ibu bapa,adik beradik..yang boleh sokong dan rajin ingatkan.


Dalam menjalani kehidupan ini yang sukar adalah istiqhamah dalam kebaikkan. -Perdu CINTA-


#sama-sama mencari redha Ilahi

30 May 2018

Ukurannya ..

9:36 AM 3
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


UKURANNYA ... | Mudah.Cukup mudah membuat ukuran.Tidak perlu bersusah payah.Dengan pembaris kontot pun boleh.Tapiiiiiiii..bagaimana pula keputusannya nanti.Begitu jugalah keadaannya kita manusia yang sentiasa ambil mudah mengukur sesuatu melalui apa di sekilas pandangan.

Ukurannya ..

Kecil-kecil si buah mempelam
Walau kecil isinya manis
Jangan berteka teki di dalam kelam

Kelak diri sendiri tak sudah menangis

Ukurannya.

Luarannya.Fizikal.Besar itu dianggap hebat.Gagah lagi perkasa.Mulus.Halus.Gebusssss.Itu paling tercantik.Ya lazim begitulah ukurannya.Kesimpulan melalui lirikkan mata yang terkadang sering tersasar entah ke mana-mana hanyutnya.

Jangan cepat melatah.Apa pun.Ya,apa pun cuba elakkan daripada cepat melatah.Ini bukan melatah opocot...opocot...tapi melatah yang impaknya lebih dahsyat daripada itu.Letakkan penapis yang paling halus dan rapat antara hal yang diterima dengan diri kita.Supaya tidak terus diterima tanpa mengetahui ukurannya sekadar mana.Fakta atau auta.Tulen atau palsu.

#sama-sama mencari redha Ilahi


29 May 2018

Bukan Mudah

8:48 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


BUKAN MUDAH | Tengok tajuk pun rasa berat.Dihati.Di fikiran.Betul tak.Walau kalau boleh semua kita mahukan yang mudah-mudah dan indah-indah,namun hakikat hidup eh...bukan begitu..kerana ada neraca yang akan menimbang.Dosa atau pahala yang memberat.Neraka atau lancar menuju ke syurga tatkala meniti di titian sirat kelak.*seram bila menyebut neraka..Allahu*

Bukan mudah.

Tawakkal.Sebutlah pada diri sendiri.Sebut jugalah pada orang lain.Biarpun sebutnya beribu kali tapi untuk diterjemahkan dalam tindakkan bukan mudah.Terkadang kita lebih mudah menyerahkan kepercayaan dan sandaran pada manusia berbanding Allah SWT.Sedangkan dengan 1001 keterbatasan manusia kita boleh dikhianati dan disakiti namun rasa berserah itu juga tetap tebal.Tidak mengapa,saling mempercayai,jujur itu perlu dan tidak salah pun,nak lebih sweet nangka madu...sama-sama tawakkal pada-NYA.

Redha.Terima seadanya.Yang lepas biarkan..yang terjadi lupakan.Mudah cakap redha itu memaafkan dan melupakan.Tidak lagi mengungkit akan satu-satu perkara yang terjadi.Bukan mudah,lagi-lagi bila ada yang sengaja cuba mencuit dan mencubit.Redha perlu dipelajari.Diingatkan sentiasa pada diri.Tidak boleh hari ini cakap terus akal dan hati teracuan begitu.Perlahan-lahan.Ambil masa.Redha ini seperti sabar..sakit dan perit namun hikmahnya membuahkan kemanisan luar biasa.

Bukan mudah.

Buah durian dari kampung .. alhamdulillah biar besarnya ada yang sekadar segenggam penumbuk .. namun isinya membahagiakan😍

#sama-sama mencari redha Ilahi


28 May 2018

Bila Tertekan

8:22 AM 3
Bila Tertekan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


BILA TERTEKAN ~ Penerimaan orang tidak sama.Kadang peristiwa yang sama dihadapi tapi cara penerimaan dan bawaannya beza.Santai..atau tertekan tahap makan dalam.Emosi atau perasaan itu halus.Tidak terlihat tapi dirasai.

Bila tertekan ..

Pastinya ada yang menekan.Siapa yang suka buat orang tertekan pastinya dia berasa biasa-biasa sahaja..atau mungkin santai juga..tapi bagaimana pula situasinya yang menjadi mangsa..yang tertekan..bila ditekan..

Ke kanan salah .. ke kiri tidak boleh.Atas terhalang .. bawah tersekat begitulah ibaratnya.Sesak dirasakan.Allahu.Justeru bagaimana untuk mengatasi keadaan ini..

🍭Tenangkan diri dengan istighfar

🍭Hindari diri dari situasi

🍭Imbas kembali hal-hal yang menyeronokkan

🍭Berbicara (luahkan)

🍭Cari sebaik-baik cara mengatasi

Ada yang berubah menjadi orang lain ketika berada disituasi tertekan.Sikapnya berubah.Besar impaknya.Jangan pandang mudah dan jangan ambil ringan.TERTEKAN bukan satu hal yang boleh dibuat main-main.1001 kemungkinan boleh terjadi.

#sama-sama mencari redha Ilahi 

27 May 2018

Jangan Biar Ramadhan Berlalu Sia-sia

8:15 AM 11
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


JANGAN BIAR RAMADHAN BERLALU SIA-SIA | Menemui Ramadhan juga salah satu daripada banyaknya nikmat rezeki yang kita perolehi.Bersahu.Berbuka.Menunaikan solat sunat tarawih.Allahu.Ya,bagi PC rezeki.Ada yang setiap hari menghitung datangnya ramadhan,tapi Allah terlebih dulu mengarah Malaikat Izrail mengambil nyawanya.

Ada yang sebelum ramadhan sihat namun bila masuk bulan ramadhan keuzuran(sakit).Yang sihat,boleh menunaikan puasa..lakukan sehabis baik.Moga hingga hujung ramadhan.Hingga juga ramadhan mendatang.

Jangan biar ramadhan berlalu sia-sia.

Rezeki depan mata jaga dan hargai.Sungguh-sungguh.Sehabis baik.Berapa banyak pahala atau ganjarannya,itu biar Allah SWT sahaja yang lakukan.

Sedar atau tidak,melalui dan menjalani Ramadhan semakin sukar dan sangat mencabar *atau PC sahaja rasa begini😂*.Sangat-sangat tercabar serta berat.Persekitaran mungkin juga menjadi salah satu sebab.Mahu tidak mahu terjebak juga untuk ambil peduli.Allahu.

Untuk menutup mata,memekakkan telinga,mengunci lisan,buat-buat bodoh bukan hal mudah.Ambil tahu bagi PC tiada salahnya tapi letakkan sempadan sebaik-baiknya supaya jangan biar ramadhan berlalu sia-sia.


JANGAN BIAR RAMADHAN BERLALU SIA-SIA
Google Image

#sama-sama mencari redha Ilahi

26 May 2018

Ambil Dan Gunakan Kesempatan

9:56 AM 4
Ambil Dan Gunakan Kesempatan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


AMBIL DAN GUNAKAN KESEMPATAN | Terkadang kurang enak dipendengaran tapi dari segi perbuatannya dibolehkan.Tambahan masih berada di bulan Ramadhan ini,pilih dan amalkan amalan-amalan yang merapat serta mendekatkan kita pada kunci kasih sayang-NYA.

Ambil dan gunakan kesempatan.

Tidak semua orang merasai apa yang kita rasa.Mungkin juga kita tidak meĺalui apa yang mereka lalui.Itu pun rezeki juga.Pada perbezaan setiap daripada kita,satu hal yang mesti sama adalah menghidupkan dan menggilap rasa syukur.

Jangan ambil kesempatan..dosa!..betul sangat.Tapi kalau kita ambil kesempatan pada perkara yang baik,insyaAllah tiada masalah pun sebenarnya.Biar pun melakukan hal-hal yang kecil atau macam remeh tapi kalau baik,kebaikkan itu berbalik pada kita semula.InsyaAllah.

#sama-sama mencari redha Ilahi

25 May 2018

Fasa Demi Fasa

7:02 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

FASA DEMI FASA


FASA DEMI FASA

Jumaat kedua Ramadhan ini
Sentiasa dinanti sentiasa dialu-alu
9 Ramadhan hari ini
Diam tak diam seminggu berlalu

Buat kerabu mempelam muda
Menu tambahan semasa berbuka
Bayi kanan-kanak dewasa tua
Sampai masa menghadap Pencipta

Perjalanan hidup bukan mudah
Banyak juga menempuh dugaan
Bila bersusah-susah jangan gundah
Itulah rencah menuju kesenangan

Atab bocor segera diganti
Sebelum rosak meja kerusi
Sihat dan sakit bersilih ganti
Nikmat yang diberi jangan dilupai

Anak gadis bertudung litup
Jalannya tertib berkebaya jingga
Turun naik lumrahnya hidup
Terus usaha rahsia berjaya

#sama-sama mencari redha Ilahi

24 May 2018

Yang Sebenarnya ...

7:11 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

YANG SEBENARNYA | Persepsi.Kesimpulan.Teka-teka.Mudah sangat untuk segelintir orang berbicara.Betul juga,nak nilai dalam lihat luarannya.Tapi kalau buah,luarannya molek belum tentu isinya bagus.Sesama kita bagaimana?..hati-hati jangan sampai terpedaya dengan kepura-puraan.

Kebaikkan .. berapa lama pun di rahsiakan ianya akan tetap terserlah juga.Keburukkan .. dilindungi seberapa banyak benteng pun akan lebur dan terpancar.Hanya masa dan izin-NYA menentukan.

Yang sebenarnya.

Kualiti dan taraf akademik sering menjadi ukuran.Wang ringgit dan digit serta angka pada gaji atau pendapatan sentiasa menjadi topik sembang kencang.Pangkat di tempat kerja sentiasa didambakan.Jenama apa yang dipakai sering diperhatikan.Seandainya luar dari kotak kejayaan atau kecemerlangan  akademik itu dianggap gagal dan bodoh.Jika cukup untuk memilih biasa-biasa dan sederhana pula ditafsir tidak mampu.


Bertenanglah .. santai nikmati kehidupan yang singkat.

yang sebenarnya

Wahai si pintar .. syukuri nikmat kepintaran itu agar tidak dimanipulasi indahnya dunia.Jagalah kepintaran itu agar tidak menjadi topeng kebodohan sendiri.

Kalau ada yang mengatakan bodoh kepada kita .. santaikan sahaja.Selagi kita berada dilandasan-NYA .. kepintaran itu milik kita.InsyaAllah.Amin.

#sama-sama mencari redha Ilahi.




23 May 2018

Sayang Itu .....

10:21 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

SAYANG ITU .....


Sayang Itu .....
Google image


Anugerah.Hadiah.
Daripada DIA kepada hamba-hamba-NYA.
Lebih tepat juga pada makhluk ciptaan-NYA.
Allahu.
Semulajadi.Disemai.
Munculnya dari mana.
Ya,tetap sahaja mesti dipupuk sentiasa.

Sayang itu ..
Bersih.Baik.Cantik.
Sesama insan.
Sesama makhluk.
Mentarbiah musuh.
Melenturnya dengan sayang.

Setia.Pengorbanan.
Ikhlas.Berjuang.
S A B A R pastinya mesti ada.
Tidak usah sayang yang melulu.
Yang terburu-buru.
Yang membesarkan nafsu.

Ya,sayang itu.
Meletakkan DIA nombor satu.
Setiap waktu.
Bukan ikut apa yang kita mahu.
Hakikatnya perlu begitu.

Sayang itu mahal.
Hambarnya membubar.
Manisnya menyatu.
Sayang itu mengajar.
Untuk lebih menghargai.

#sama-sama mencari redha Ilahi

22 May 2018

Puasa .. Tidak Melemahkan

9:46 AM 7
Puasa .. Tidak Melemahkan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

PUASA .. TIDAK MELEMAHKAN

Hari ini Ramadhan keenam
Kita berpuasa penuh kesyukuran
Solat berjamaah mengikut imam
Membentuk disiplin juga keimanan

Lapar dan dahaga sepanjang hari
Niat itu menjadi benteng
Terus bergerak dan beraktiviti
Fikiran lapang jiwa pun senang

Singgah sebentar ke pasaraya
Mahu membeli gula melaka
Setiap tingkah ada batasnya
Berpuasa juga antara acuannya

Lesu dilalui sepanjang hari
Kerana Allah kita melunasi
Setiap pekerjaan terus diterajui
Tiada alasan begitu begini

Lagu raya sudah kedengaran
Hati terhibur melalui pendengaran
Biar tidak menjamah sebarang makanan
Puasa itu tidak melemahkan

Tidak didamba banyak berlian
Emas seurat ikhlas pemberian
Rehatkan perut dari makanan
Moga meningkat nilai keimanan 

#sama-sama mencari redha Ilahi

21 May 2018

Ikan Pun Pandai Pilih Umpan

6:34 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


IKAN PUN PANDAI PILIH UMPAN | Bagi kaki pancing ianya bukan suatu yang asing.Ya,tidak asing dengan pasang surutnya air laut,kualiti dan kuantiti umpan,pemilihan peralatan dan teknik-teknik minimum gagal.Rezeki kalau diusahakan insyaAllah ada.Kalau tidak hari ini mungkin hari esok dan seterusnya.

Ikan pun ada citarasa.Kalau tak kena selera sampai kita dah balik dari pasar dah siap masak kawannya pun umpan tu masih di mata kail - Abah Mertua

Biar tak berakal tapi Tuhan beri deria rasa dan naluri - En Suami

Nasib.Tawakkal.Pemancing dan ikan.Sama ada rezeki pemancing atau rezeki ikan - Babah

Ikan pun pandai pilih umpan.

Cacing.Cengkerik.Cicak.Ulat.Belalang.Udang hidup.Antara beberapa jenis umpan yang dijual dan menjadi pilihan pemancing.Setiap sasaran ikan yang ingin dipancing lain umpannya.Lain juga modalnya.Nak memancing ikan pun kena pandai ambil hati ikan.Bukan nak pikat orang je bermodal dan kena ada skill.Tak gitu.He he he heeeee.

Manusia sebaik-baik ciptaan daripada Allah SWT.Dikurniakan otak yang berakal.Dihatinya terletak iman.Justeru berhati-hati bertindak,berpada-pada memilih dan dahulukan petunjuk-NYA untuk memilih.Sesekali tersilap tingkah itu wajar,melakukan kesilapan-kesilapan kecil itu patut kerana sempurna itu milik Tuhan.

Ikan Pun Pandai Pilih Umpan
Google image

#sama-sama mencari redha Ilahi

20 May 2018

Mencukupkan Rasa ...

8:55 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


MENCUKUPKAN RASA | Rasa pada makanan yang dimasak kemudian dihidang sangat memainkan peranan.Termasuklah persembahannya.Bukan lah makanan tu menari,menyanyi atau bergurindam..hehe.Tapi pertama yang menentukan kualiti makanan adalah rasa selain halal dan sucinyalah bagi kita umat Islam.Maklum,setiap suapan pelaburan membentuk darah daging.

Mencukupkan rasa.

Bukan sekadar dalam masakkan..makanan atau minuman rasa dititikberatkan.Waima dalam adik beradik pun perangai masing-masing mencukupkan rasa.Lain-lain perangai lagi meriah sebenarnya.Ada kaki sokong .. ada tukang bantah .. tak kurang suka menyakat.Paling teraniaya yang kuat merajuk,lagilah kena sakat bertubi-tubi.Namun hati tetap satu dan sentiasa bersatu dalam susah.

Bersatu hati dalam susah itu bukan hal mudah.Seperti mencantum kaca yang hancur terhempas ke lantai.Saat senang,ketika gembira tak usah dibahas..yang tidak tahu hujung pangkal pun mengaku saudara bau-bau ketiak masam😅..tiba-tiba sangat😜

Ramadhan dan solat sunat tarawih sangat sinonim.Anak kecil pun sedia maklum.Bersahur awal pagi.Berbuka bila azan maghrib berkumandang.Bazar atau pasar ramadhan.Sangat dimaklumi.

Dan .. dannnn .. bunyi meriam serta mercun pun sudah mula kedengaran.Hehehe.Pra syawal.Awal ramadhan juga menjadi pra syawal sebenarnya.Meriah.Moga meningkatkan semangat untuk lebih khusyuk dan istiqhamah beribadah la ya.

Mencukupkan Rasa ...
Google Image

#sama-sama mencari redha Ilahi.





19 May 2018

Bergurau Senda

9:22 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

BERGURAU SENDA

Hari ketiga kita berpuasa
Bukan sekadar tahan lapar dahaga
Kalian beraktiviti apa
Peruntukkanlah waktu bersama keluarga

Lompat si katak lompat
Lompat tidak setempat
Rutin hidup sememangnya padat
Jangan sampai senyum tak sempat

Ralit sentuh pokok semalu
Sambil melihat unggu bunganya
Bergurau senda biarlah selalu
Namun jangan melepasi hadnya

Semalam Jumaat hari ini Sabtu
Alahai itu semua orang tahu
Berlawak jenaka menghibur kalbu
Terapi diri yang murung selalu

bergurau senda

Petik jambu air di rumah bonda
Salah satu juadah untuk berbuka
Bergurau senda itu juga sunnah Baginda
Amalkan sentiasa membawa bahagia

Masuk hutan memburu rusa
Rusa jantan rusa betina
Hati-hati jangan sampai ada yang terasa
Buruk padahnya sepanjang masa

#sama-sama mencari redha Ilahi



18 May 2018

Memenuhkan Gudang

8:30 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


MEMENUHKAN GUDANG | Harga gudang .. jualan gudang .. rumah sebesar gudang .. bekerja di gudang .. 😅 sebut gudang boleh bayangkan keluasannya .. berskala besar.Ya begitulah gudang.

Memenuhkan gudang.

MEMENUHKAN GUDANG

Percaya atau tidak .. dan sedar atau tidak juga setiap kita memiliki gudang.Gudang yang ghaib.Ada tapi tidak kelihatan yang satu ketika nanti setiap apa yang dikumpul akan menampakkan hasilnya satu per satu.

Kehadiran bulan Ramadhan yang berulang kali dikesempatan sepanjang usia yang dipinjamkan Allah SWT juga salah satu cara untuk kita mengisi dan memenuhkan gudang tersebut.Ada banyak caranya yang boleh kita pilih mengikut keterdayaan dan usaha yang dilakukan.Doa minta Allah bantu setiap nawaitu yang jernih dipermudahkan.

Ramadhan kedua bertemu Jumaat indah moga semuanya berganda dan terisi setiap ruang gudang dengan pahala-pahala yang mewangi.

#sama-sama mencari redha Ilahi.






17 May 2018

Berganda-ganda ..

8:05 AM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


BERGANDA-GANDA .. | Ramadhan pertama.Hari ini.Lazimnya hari pertama lain sedikit cabarannya terutama bagi pertama kali berpuasa.Kanak-kanaklah khasnya.Atau mungkin juga saudara baru.Tidak mustahil serba serbi rasa tidak karuan.Gelisah lain macam😉.Tengok air paip dan macam air sirap bandung laici yang keluar mencurah-curah..hehehe.Dahsyat wooooooo.

Berganda-ganda.

Selain hari Jumaat,di bulan Ramadhan juga bulan gandaan ganjaran kebaikkan pada umat Islam yang beramal ma'ruf.Syaratnya ikhlas.Sungguh-sungguh ikhlas.Tak mengapalah kebaikkan itu kecil atau sedikit.Biar Allah yang nilai.Jangan bimbang.

Kalau ganjarannya berganda-ganda rugi dibiarkan begitu sahaja.Maka usahanya berganda-ganda juga ya.Susah nak kikis apa yang telah sebati lagi-lagi hal yang kurang baik.Tapi tidak mustahil kalau berkehendak.Di madrasah ramadhan ini ambil kesempatan.Siapa tahu ramadhan ini titik permulaan satu hijrah yang manis,indah dan luar biasa.InsyaAllah.Aamin.

Berganda-ganda ..

#sama-sama mencari redha Ilahi

16 May 2018

Menyusun Sepuluh Jari

8:00 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

MENYUSUN SEPULUH JARI | Apa yang dinanti semakin menghampiri.Beratus hari.Berpuluh hari.Berbelas hari.Dan kini alhamdulillah tinggal hari ini hitungannya mengikut kiraan jam sahaja pun sebenarnya.InsyaAllah andai diizin Tuhan .. esok harinya untuk ummat Islam menunaikan rukun Islam ketiga.Berpuasa di bulan Ramadhan.Allahu.SubhanAllah.Alhamdulillah.Allahuakbar.

Menyusun Sepuluh Jari

Menyusun sepuluh jari.

Khilaf pasti ada.Baik daripada setiap patah kata yang diguna atau apa sahaja coretan yang dikongsi kepada teman-teman.Justeru dengan rasa rendah hati selaku pengemudi blog Perdu Cinta menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf sepanjang perkenalan dilapangan dan medium blog ini.

Kita tidak pernah tahu bila Malaikat Izrail melunaskan tanggungjawabnya.Moga Ramadhan kali ini menjadi yang paling terbaik berbanding sebelum-sebelumnya.Aamin.

#sama-sama mencari redha Ilahi




15 May 2018

Undanglah Aura-aura Positif

9:04 AM 11
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


UNDANGLAH AURA-AURA POSITIF | Masuk kilang minyak wangi,bila keluar insyaAllah haruman wangian itu dapat dihidu kerana melekat dipakaian kita.Bila masuk kilang arang,tidak banyak..walau sedikit terpalit juga warna hitam arang yang pekat.Begitulah kehidupan kita betapa banyak hal dan sekeliling boleh mempengaruhi.

Undanglah aura-aura positif.

Bukan mudah.Tidak semudah bercakap mengikut suka atau wajaran  hati dan logik akal.Ada masa tertentu kita bertekad untuk sangat-sangat positif.Namun mentah-mentah ditolak tanpa berpaling untuk menilai kembali.Ada masa kita pula hanyut dan larut dengan cara dan rentak sendiri sehinggakan ada yang sudi menasihati dan membimbing diri.Allahu.

Muhasabah diri.Kita lahir dengan cukup bersih.Sangat harum.Umpama kapas.Ibarat selembar kain putih.SubhanAllah.Kemudian dicorakkan.Justeru tidak ada salahnya untuk kita kembali menjadi lebih putih,lebih jernih biarpun telah terlakar dan diwarnai.Kehidupan insyaAllah lebih berseri dan diberkati Ilahi.

Mintalah sentiasa dengan DIA agar sentiasa menghadirkan aura-aura positif.Andai tidak kita mencari,kita dicari.Moga menjadi sinar dikehidupan tanpa ada laluan berpatah balik.


Undanglah Aura-aura Positif

#sama-sama mencari redha Ilahi



14 May 2018

Cukup .. Cukuplah

10:23 AM 6
Cukup .. Cukuplah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

CUKUP .. CUKUPLAH

Hakikat hidup.
Sesiapa sahaja.
Di mana-mana sahaja.
Aku betul.
Engkau salah.
Hujungnya nanti.
Dan sebenarnya.
Dua-dua betul-betul salah.


Kerugian paling besar.
Meletak cermin besar pada orang.
Mengecilkan cermin di diri sendiri.
Rugi.Sangat rugi.
Mungkin tidak di dunia ini.
Tapi di akhirat nanti.
Bila dititian tidak selancar meniti.


Di sini masih boleh berteka teki.
Di sini bebas maki dan dengki.
Di sini masih luas untuk bergendang menari.
Walau mungkin sumbang tak peduli. 
Di sini.
Cukup .. cukuplah.
Ingatlah di sana rupa bagaimana nanti.


Nampak.
Biar berselindung.
Tidak nampak.
Walau berhadapan.
Sebenarnya.
Mata hati.
Di terangkan dalam samar.
Atau digelapkan ketikanya terang.


Cukup .. cukuplah.
Berasa betul.
Berasa yang datang bakal pantul.
Menjadilah yang ditengah.
Kalau tidak mempu menjadi yang di hadapan.


#sama-sama mencari redha Ilahi



13 May 2018

Ahad .. Yang SATU

10:31 AM 3
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

AHAD .. YANG SATU

Ahad itu ertinya SATU
Melambang SATU-SATUNYA hanya DIA
Biar ada berpuluh beribu
Kekuasaan itu tetap hebat DARI-NYA

Qada dan qadar telah tertulis
Percayai itu rukun iman
Tiada salah merintih menangis
Cepat bangkit ingat hidup berTUHAN

Pusing kanan pusing kiri
Maju mundur mencari selesa
Buang rasa tamak dan iri hati
Tenang datang dengan sendirinya

Kun fayakun tidak mustahil
Tidak kira pada siapa
Kita rasa bijak tapi Tuhan TIDAK jahil
Di hari pembalasan terpaksa terima


AHAD YANG SATU

Makan tengahari berlaukkan urab
Urab pegaga banyak sekuali
Suatu yang berlaku pasti bersebab
Pasti ada sesuatu perlu dipelajari

#sama-sama mencari redha Ilahi

12 May 2018

Tertangguh

11:32 AM 6
Tertangguh
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


TERTANGGUH || Hajat.Impian.Cita-cita.Terselit pada setiap doa.Hari-hari permintaan yang sama.Lambat atau cepat itu hanya DIA yang sediakan waktu paling sesuai.

Tertangguh.

Siapa pun,bila mengharapkan sesuatu itu berlaku namun tidak seperti yang diimpikan berlaku..rasa merekah dihati itu ada.Namun tidak ada satu hal yang Allah SWT tangguh itu sia-sia.

Sia-sia itu merugikan.Sabtu akhir sebelum Ramadhan.Bagi yang mahu mengqada puasa masih berpeluang.Gunakan saki baki hari yang tinggal ini.

Bila permintaan kita tidak tertunai..bersangka baik pada-Nya.Tertangguh untuk kita nikmati dan lalui mungkin mendatangkan 1001 nikmat luar biasa.

Beberapa hari pulang ke kampung untuk menzirahi ibu bapa dan ibu bapa mertua sekaligus melunaskan tanggungjawab sebagai warganegara buat PC tidak dapat blogwalking ke blog sahabat-sahabat blogger..PC MINTA MAAF YA.InsyaAllah nanti satu persatu PC singgah.

#sama-sama mencari redha Ilahi



11 May 2018

Ulang .. Ulang Dan Terus Ulang

8:00 AM 2
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

ULANG .. ULANG DAN TERUS ULANG

Sekali.Dua kali.Tiga Kali.
Mungkin sudah mencukupi.
Mungkin juga kurang memadai.
Bukankah penerimaan itu berbeza-beza.
Hakikat.
Terus dihadam.
Ada juga segera dimuntahkan.
ALLAHU.


Ulang .. ulang dan terus ulang.
Bosan.
Campak jauh-jauh.
Menyampah.
Nanti dulu.
Tidak usahlah terburu-buru.
Paling tidak ditapis-tapis dahulu.


Tidak ingatkah.
Atau buat-buat lupakah.
Diketika wahyu pertama.
Getaran pertama.
Ilmu pertama.
Malaikat Jibril mengajarkan.
Baginda Rasulullah SAW menerima.
Iqra'.Iqra'.Iqra'.
Bacalah.Bacalah.Bacalah.
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)


Ambillah simboliknya.
Ulang .. ulang dan terus ulang.
Berpesan-pesan pada kebaikkan.
Mengingatkan pada kebenaran.
Jangan sampai hilang melayang.
Biar di sini masam memanjang.
Supaya di akhirat senyum girang.


#sama-sama mencari redha Ilahi 





10 May 2018

Sangat-sangat Mempengaruhi

9:00 AM 4
Sangat-sangat Mempengaruhi
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SANGAT-SANGAT MEMPENGARUHI ~ Setiap kita saling bergantungan..saling memerlukan juga sentiasa mengharapkan sokongan dan dukungan.Tidak kiralah dari sudut mana pun.Sesiapa pun..kecil besar tua mahupun yang muda.Haiwan waima tumbuhan pun sentiasa memerlukan sokongan,dengan cara masing-masing.

Sangat-sangat mempengaruhi ..

Sedari alam rahim.Sahsiah anak-anak sering dikatakan terbentuk dan terlentur sedari alam rahim lagi.Justeru ketika melalui fasa kehamilan wanita atau ibu serta bapanya harus menjaga bukan sahaja pada bab pemakanan,malahan pada semua aspek.PC belum berpengalaman,namun majoriti sahabat-sahabat PC mengatakan didikan pertama anak adalah sedari alam rahim lagi,kerana apa pun tingkah yang ibunya lakukan semasa hamil,ianya akan menurun ke anak-anak selepas dilahirkan.

Masyarakat jadilah pembentung yang bulat.Bulat air kerana pembentung,bulat masyarakat kerana muafakat.Sesiapa pun risiko mudah terpengaruh itu ada.Kalau tidak kita mempengaruhi,kita dipengaruhi.Rasa terpengaruh dan ingin mempengaruhi mungkin tidak dalam hangka waktu yang singkat namun bila ianya sentiasa..hujungnya terikut juga.

Tingkah,pemikiran dan lisan kita sebenarnya sangat-sangat mempengaruhi dan dipengaruhi banyak pihak.Sedar atau tidak,terkadang ianya membina dan mungkin juga membinasa.Justeru,hati-hati dan fikir berulangkali.

#sama-sama mencari redha Ilahi 

09 May 2018

Terpaksa .. Mesti Paksa

8:00 AM 1
Terpaksa .. Mesti Paksa
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


TERPAKSA .. MESTI PAKSA ~ Dilema.Ada waktu macam berada dalam dilema.Bukan dengan orang lain,tidak dengan mana-mana pihak pun tapi dengan diri sendiri.Dan ada juga sesekali hadapi dilema dengan pihak lain.

Terpaksa .. mesti paksa.

Aduh!?! .. Banyak hal yang tak sedap untuk di dengar terpaksa kita dengar.Sengaja atau tidak sengaja.Hadaplah walau bengkak dan terdera rasa hati.Merah berasap-rasap cuping telinga .. he..he..he.Redha di permulaan..bila lelah untuk memujuk diri maka pasrah jadinya.Tanpa rela itu bererti terpaksa.Bahaya kerana hambar tanpa rasa ikhlas yang berharga.

Lain halnya mesti paksa.Malas itu ada.Bad mood juga ada.Bersemangat dan bermotivasi macam mana pun kita .. ada masa-masanya kita "lemau" juga .. ada hari-harinya lesu tidak bermaya.Semangat ditahap negatif.Beku.Tepu.Tawar.Ke PC sahaja begitu...😥😩bahaya ni.Maka di situasi inilah mesti paksa diri.Tak ada siapa pun suka di paksa..silap-silap mahunya bertumbuk...main paksa-paksa pulak ya..😂.

Hidup dikehidupan ini .. ada masa terpaksa .. adakala mesti paksa.Sebelum melanjutkan tindakkan,perhalusi terlebih dulu.

#sama-sama mencari redha Ilahi 

08 May 2018

Gelombang Kedua Yang Menyesak Jiwa

7:30 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


GELOMBANG KEDUA YANG MENYESAK JIWA | Demam pilihanraya yang belum berkesudahan.Masih terlihat bendera di sana sini.Apalah agaknya yang sedang bendera-bendera tersebut bicarakan satu sama lain.Adakah hangat juga mereka berdebat sepertinya kita.

Jangan dipandang sepi kerana disuatu detik nanti bakal dia bangkit menjadi saksi karenah-karenah manusia di duniawi.Allahu.

Gelombang kedua yang menyesak jiwa.

Tajuk bukan main .. hehe.Agak-agak buat tajuk filem boommm tak.Tidak pun dijadikan tajuk novel .. huhuhu.Sampai tak sasaran jualan.Janji Allah itu pasti.Baik atau buruk yang kita lakukan,impaknya lambat atau cepat kembali kepada kita semula.

Mungkin ada yang telah selamat sampai ke kampung.Atau mungkin sedang berada di perjalanan menuju ke kampung halaman.Jangan niatkan untuk satu matlamat tetapi niatkan untuk merasai banyak nikmat.

Gelombang Kedua Yang Menyesak Jiwa

#sama-sama mencari redha Ilahi 

07 May 2018

Sudah Berpuas Hati? .. Sejauh Mana

8:29 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


SUDAH BERPUAS HATI? .. SEJAUH MANA | Ada segelintir mudah berpuas hati.Ada lainnya sangat susah berasa selesa dengan apa yang telah dia ada.Nanti dulu.Jangan prasangka cepat sangat.Setiap orang ada target masing-masing.

Wajar ada rasa tidak berpuas hati .. bukan tamak .. bukan nafsu nafsi .. tetapi rasa tidak berpuas hati untuk terus menambah dan perbaiki diri agar cemerlang dipandangan Tuhan tiada salahnya..silakan. -PerduCINTA 

Sudah berpuas hati? .. sejauh mana.

Semua milikNYA yang hanya dipinjamkan pada hamba-hambaNYA.Yang mensyukuri .. yang mengkufuri tetap menikmati cuma bezanya rasa keberkatan yang boleh dirasa tapi sukar untuk dicerita.Harapnya dalam banyaknya nikmat disertai 1001 hikmah dan keberkatanlah untuk kita.Amin.

Kecukupan ada dalam keberkatan.Keberkatan ada dalam rasa mensyukuri.Mensyukuri itu sangat erat dengan keimanan.SubhanaAllah.Seharian.Semalaman.Adakah kita sudah berpuas hati? .. memberi dan melunaskan seperti apa yang DIA ingini..sejauh mana kita kerah diri untuk melunasi dan mentaati.

Jujur .. PC sendiri masih belum cukup mantap untuk berasa puas hati..sejauh ini masih sahaja lagi banyak khilaf sana sini..banyak longgar dan kelabu itu ini.Puas hati kita sering ada campur tangan hasutan dan bisikkan.Tanya semula pada diri .. puas hati siapa yang perlu didahulukan .. yang mesti diberatkan dan di highlight kan.

Sudah Berpuas Hati? .. Sejauh Mana


#sama-sama mencari redha Ilahi 

06 May 2018

Silaturahim

11:04 AM 3
 Silaturahim
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

SILATURAHIM

Hujan panas bersilih ganti
Putaran alam sama nikmati
Silaturahim disimpul mati
Jauh di mata dekat dihati

Jauh di mata dekat dihati
Kasih sayang sentiasa sebati
Kurniaan Ilahi bernilai tinggi
Rajuk jangan simpan dihati

Rajuk jangan simpan dihati
Rugi nanti kemudian hari
Nikmati hari-hari yang masih berbaki
Harap Rahmat Ilahi mendekati

Harap Rahmat Ilahi mendekati
Ketika susah senang yang bersilih ganti
Doa-doa ihsan sentiasa dinanti
Rasa tenang difikiran lapang dihati

Rasa tenang difikiran lapang dihati
Anugerah tidak mampu dijual beli
Jagalah silaturahim hingga ke mati
Berat hukumnya jika dicemari

#sama-sama mencari redha Ilahi 



05 May 2018

Di Bulan Mei 2018

7:31 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


DI BULAN MEI 2018 | Masuk bulan Mei dah kita.Alhamdulillah.Ada yang berasa cepatnya masa.Ada juga yang berasa sebaliknya .. lambat waktu dan tarikh berganjak.Bila yang gembira cepat berlalu..bila yang sebaliknya lambat nak bertukar waktu.Walhal sama sahaja cuma mungkin perasaan dan pemikiran kita mempengaruhi rasa.Adakala kita mengharapkan janganlah masa cepat berlalu...ada ketika segeralah waktu berlalu pergi.

Di Bulan Mei 2018

Di bulan Mei 2018.

Selepas lima tahun dan setiap lima tahun gelombang pilihanraya menjadi hangat dan mengambil alih tumpuan.SubhanaAllah.Tiada yang lebih bererti melainkan rakyat Negara Malaysia sentiasa harmoni dan bersatu hati biarpun dengan kepercayaan,fahaman agama dan pendirian masing-masing.

Saling menghormati dan menghargai.Sentiasa menyokong dan menasihati.

Hari ini ...

Pilihanraya Umum Ke-14
5 Mei
Mengundi untuk warga ATM serta anggota PDRM dan pasangan.

Kemudian ...

9 Mei
Mengundi untuk orang awam yang layak dan telah berdaftar serta mendaftar.

Seterusnya ...

16 Mei 
Sambutan Hari Guru.Tema tahun ini (2018) PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN.

Yang dinanti-nanti ... 

17 Mei
1 Ramadhan 1439H 

Ada yang terlebih dahulu kembali menghadap Ilahi sebelum sempat melalui apa yang bakal dirai..kita yang masih diberi peluang olehNYA jangan mensia-siakan.

#sama-sama mencari redha Ilahi 

04 May 2018

Pecut!

8:06 AM 11
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


PECUT! | Sebut pecut pasti terbayang satu perlumbaan.Di atas padang.Di litar.Pada hari sukan.Atau riadah persendirian.Tapi sekarang..di zaman ini,yang kurang power dibuat menjadi lebih super power..supaya boleh lebih pecut..tidak hairan jalanraya yang digunakan untuk memudahkan menjadi gelanggang satu sama lain pecut supaya sampai ke destinasi dalam tempoh singkat.Kalau keadaan darurat mungkin diperbolehkan namun keselamatan sangat-sangat mesti diambil berat.

Pecut

Pecut!

Perlahan.Lembab.Menjadi masalah juga pada orang.Pecut pun menimbulkan isu juga pada sekeliling.Penyudahnya bagaimana?.Sederhana dan berpada-pada.Jangan ikut suka.Jangan ikut selera.Betul,ikut suka .. tapi jangan sampai apa kita suka menimbulkan kebencian orang lain.Tiada salahnya sesekali luaskan pendengaran..dengar pendapat orang lain.Hujungnya nanti baik ambil kurang baik jentik jauh-jauh.

Jentik jauh-jauh bertangguh.Bermalas-malasan.Bukan kena buat drastik pun.Perlahan-lahan tapi sentiasa.Semakin hari semakin tambah speed..terutama untuk amal ma'ruf.Berlenggah sekarang bukan saatnya.Sungguh.PC sendiri rasa begitu.Cumanya mahu terus berada di laluan yang dirintis bukan mudah.Niat dan buat.Niat tanpa melakukan sia-sia.Buat tanpa niat kosong sahaja.

#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan semakin mendekat 



03 May 2018

Semai Rasa Bahagia

10:35 AM 13
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

SEMAI RASA BAHAGIA

Semai Rasa Bahagia

Sarapan pagi nugget ayam Tempura
Enak dimakan dengan sos cili katanya
Hidup elak berpura-pura 
InsyaAllah bahagia apa adanya


Pokok mangga ditabur baja
Baja di import dari luar negeri
Sentiasa mensyukuri di mana sahaja
Bahagia itu sentiasa mendampingi 


Ular tedung ada bisa
Silap tingkah bawa binasa
Tidak mengapalah biasa-biasa 
Utamanya tenang gembira sentiasa


Ilmu ibarat pelita hidup
Sangat berguna di mana berada
Berlebih kurang adatnya hidup
Berlapang dada tentu ceria


Pokok manggis lebat berbunga
Semua rezeki atas izinNYA
Usaha semai rasa bahagia
Agar tenang hingga ke SANA


Masuk hutan cari periuk kera
Bukan suka-suka tapi ada gunanya
Elak hasad sesama kita
Sama-sama bahagia hidup sejahtera


#sama-sama  mencari redha Ilahi