06 April 2018

Tidak Dinafikan ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


TIDAK DINAFIKAN ~ Menduduki ujian bulanan ketika sekolah sudah membuat hati tidak tenang apatah lagi ujian hidup.Bagi anak-anak atau kanak-kanak rebina ujian atau peperiksaan di sekolah itu sudah cukup berat dan menyesakkan.Inilah yang PC rasa.Ha ha ha😄.Dapat jadual sahaja pun sudah terganggu lena malam ku...ceh!..itu belum lagi minggu pemeriksaan gigi dari klinik pergigian Kementerian Kesihatan..fuhhhhhhhhh peluh ketiak.Kalau boleh nak kecikkan diri sembunyi dalam laci.😁

Tidak dinafikan ..

Seiringnya waktu berlalu .. berganjaknya angka pada usia buat PC atau kita semua menjadi lebih dewasa.Ada yang meletakkan tahap kematangan pada usia dan ada juga sebaliknya,kerana untuk menjadi dan bertindak lebih dewasa pengalaman serta persekitaran sangat-sangat mempengaruhi.Justeru ianya tidak boleh juga dinilai dengan angka pada usia.

Ujian,tiada siapa mahukannya.Ramai yang tewas dek ujian atau dugaan.Jangan lupa,banyak juga yang bangkit lebih baik dan lebih berjaya selepas mengharungi pelbagai ujian atau dugaan.

Seperkara ..

Daripada Ka'ab bin 'Iyadh RA katanya,aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,  "Sesungguhnya bagi setiap umatku ada ujian.Ujian ke atas umatku ialah harta benda". (Hadith Riwayat at-Tirmizi,katanya)

Beringat sentiasa .. hati-hati dengan tipu daya dunia.Indahnya sementara,nikmatnya seketika.

*sama-sama mencari redha Ilahi 

14 comments:

  1. Selalunya Allah turunkan ujian buat insan sebab allah sayang..masa tu kita diuji sejauh mana kemampuan kita menghadapi ujian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SA...macam tulah sebenarnya 😊

      Delete
  2. berjalan dengan positif. terima dugaan dengan redha.. semua akan jadi baik2 walaupun dalam situasi pahit¬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat..moga nanti dipermudahkan semuanya😊

      Delete
  3. Selagi hidup selagi itu kita di uji

    ReplyDelete
  4. betul tu
    kena sentiasa beringat dan sentiasa istiqamah

    ReplyDelete
  5. Ujian dan dugaan sentiasa ada tak kira dalam senang ataupun susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat..cuma kita sedar atau tidak sahaja..😊

      Delete
  6. Terima kasih PC atas peringatan. Walaupun ujian selalu melanda tapi Insha Allah pada Dia juga zumal tetapkan jalan ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...alhamdulillah...semakin dekat..semakin merapat😊

      Delete
  7. Mudah2an kita dihindari daripada ujian yang tak tertanggung

    ReplyDelete
  8. Yang pastinya setiap ujian pasti ada hikmah yang tersembunyi kan PC..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..