24 April 2018

Suntik Rasa Teruja

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


SUNTIK RASA TERUJA | Teruja? .. wow.Bila apa yang diidam diperolehi .. bila apa yang dihajati terlaksana dan bila ada kejutan yang buat hati berbung-bunga .. ya,mahu tidak mahu reaksi teruja itu terbit.Adakala bertindak spontan dan sangat luar duga.Itulah yang menjadi sebab terkadang silap tingkah yang kemudian menjadi isu bertebaran di sana sini.

Rasa teruja boleh menjadikan kita bukan kita di pandangan orang.Kemungkinan untuk melakukan khilaf juga besar di ketika rasa teruja itu memenuhi ruang hati.Gembira .. tetapi rasa gembira yang luar biasa .. itulah teruja.Silap-silap boleh hilang kawalan .. hehe.Bila sedar barulah terbit istilah "tidak sengaja".Semasa dibaluti rasa teruja inilah boleh lihat banyak true colour seseorang.He he he.

SUNTIK RASA TERUJA.

Bolehkah dan baguskah kita suntik rasa teruja.Boleh kalau ianya membawa manfaat pada diri sendiri dan orang lain.Bagus seandainya ia menambah saham kita dan insan-insan sekeliling di SANA kelak.

Suntik rasa teruja bukan hal mudah apatah lagi pada sesuatu yang baik.Kalau menanam pokok sekalipun .. hendak menghidupkan benih yang baik susah.Mesti lebih serba serbi.Penjagaannya,perhatiannya dan kesungguhan.Begitu juga suntik rasa teruja pada hal baik.Pupuk minat dan sentiasa berterusan.Buat dan fokus pada sesuatu yang kita minat dan memberi aura positif.Rasa teruja insyaAllah berganda.

Wahai akal .. berilah arahan pada hati kita agar sentiasa teruja mendekati-NYA .Moga iman sentiasa menebal dan teguh.

Suntik Rasa Teruja

#sama-sama mencari redha Ilahi 

9 comments:

  1. exactly!..bila kita dapat sesuatu yang kita idamkan rasanya macam nak lompat tinggi ke bulan..hihi..

    ReplyDelete
  2. Rasa teruja kena semai bersama rasa tunduk padaNya.. insyaAllah

    ReplyDelete
  3. In shaa Allah, semoga iman sentiasa menebal di hati..aamiin..

    ReplyDelete
  4. abe kie teruja nak menyambut Ramadhan ni...

    ReplyDelete
  5. teruja harus berhati-hati..terlalu teruja takut mudarat diri nanti =)

    ReplyDelete
  6. Teruja boleh dorong seseorang untuk ke arah yg lebih baik. Tapi kena beringat sentiasa.

    ReplyDelete
  7. Turuja untuk melakukan sesuatu kebaikan memang digalakkan.
    Cuma niatnya hendaklah kerana Allah bukan untuk menunjuk2.

    ReplyDelete
  8. Betul tu PC, kadang bila teruja kadang memang kita akan nampak true colour seseorang tu..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..