07 April 2018

Separuh Hati ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

SEPARUH HATI ..

Berkira-kira.
Rasa ragu-ragu.
Ya atau tidak.
Betul atau salah.
Bagaimana.
Persoalan demi persoalan.
Menganggu.
Membelenggu.

Akal mengarahkan begini.
Sedang hati berbisik begitu.
Dipendengaran lain.
Pada pemerhatian berbeza.
Allahu.

Celaru.Keliru.
Sedang waktu yang kian berlalu.
Bertindak atau diam mendak.
Bicara atau diam membisu.
Yang mana satu.

Mahu.Dilarang.
Menolak.Disuruh.
Dilema.
Dilalui setiapnya makhluk Tuhan.
Cara sahaja berbeza-beza. 
Yang masing-masing tidak tahu.

Separuh hati.
Berbasa-basi.
Berdolak-dalih.
Mencari solusi.
Buntu atau menemui.
Merayu pada PEMILIK hati.
Mohon pertolongan dorongkan naluri.

Pada galur yang lurus.
Pada laluan yang tulus.
Jangan separuhnya hati.
Mantapkan sepenuhnya sanubari.
Agar sempurnanya nanti kerana Ilahi.

Biarlah.
Alang-alang menyeluk pekasam.
Biar sampai ke pangkal lengan.


Separuh hati

#sama-sama mencari redha Ilahi 

7 comments:

  1. InsyaaAllah, semoga dipermudahkan....

    ReplyDelete
  2. ya..betul tu.

    serahkan kepada Allah SWT sahaja segala permmasalahan kita selepas puas berusaha

    ReplyDelete
  3. Bila rasa separuh hati, kita tak akan berusaha bersungguh2.

    ReplyDelete
  4. Hati kita nie kadang berbolak balik kan.. Semoga sentiasa dipermudahkan semua urusan kita ya PC..

    ReplyDelete
  5. In shaa Allah, semoga Allah sentiasa permudahkan segala urusan yg baik buat kita semua... aamiin.

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan segala usaha

    ReplyDelete
  7. smoga Allah permudahkan segala urusan kita didunia dan disnaa.amin

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..