23 April 2018

Sensasi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

SENSASI

Terkini.Panas.Hangat.
Boleh jadi diberi.
Sudah tentu diicari-cari.
Pasti juga dinanti-nanti. 
Ada yang memandang sepi.
Tidak kurang terlebih berapi-api.

Benarkah.
Dustakah.
Eh itu belakang cerita.
Mesti yang pertama.
Sebolehnya yang utama dari yang pertama.

Sensasi.
Ada di mana-mana.
Terkesan.
Tidak terkesan.
Tersembunyi.
Diwarwarkan.
Insan biasa-biasa.
Insan sorotan mata.
Ya,sensasi merata-rata.

Ada sensasi yang tertangguh.
Ada sensasi yang ditangguh.
Ada sensasi yang tidak utuh.

Sensasi sentiasa dicari.
Mudah disebari.
Senang dipercayai.
Ianya mampu memadam.
Pahala terhapus.Lupus.
Dan dosa subur.Menghancur.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

18 comments:

  1. Hari ni sensasi berita tentang PRU. Hehe. Tapi sensasi yang terkesan berita pembunuhan imam palestin tu. Syahid buat beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...kan kak.Amin..moga syurga tempat beliau kan kak Ana☺

      Delete
  2. hmmm what can i say, PC.
    masa kini. jari jemari penyebar nyer.
    satu yg benar ditutup oleh satu yg sensasi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakikat akhir zaman kak...yang sensasi sentiasa jadi buruan...☺

      Delete
  3. Macam-macam kisah sensasi yang selalunya berjaya meraih popularity

    ReplyDelete
  4. sensasi..ada sensasi yang positif dan ada juga yang sekadar untuk mencari populariti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat..moga sensasi yang positif menjadi keutamaan☺

      Delete
  5. Pelbagai kisah sensasi. Semoga dijauhkan kita semua dari sensasi yg boleh memadamkan kebaikan dan keberkatan... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang menakutkan...takut terpengaruh pada sensasi yang tidak baik☺

      Delete
  6. Sensasi, perkara paling senang dapat zaman sekarang. Cuma sensasi baik tak berapa banyak..banyak yang kurang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat-sangat.Risau kanak-kanak pun terpengaruh bila keadaan berterusan☺

      Delete
  7. Replies
    1. Setuju,supaya kebaikkan itu berterusan dan bertebaran☺

      Delete
  8. Sensasi yang benar dan membawa kebaikan ok,
    sensasi hanya untuk mencari publisiti dan kepalsuan perlu dihindari

    ReplyDelete
  9. Sensasi silih berganti. Ada yang mengerikan, ada yang mengujakan malah tak kurang untuk mencari publisiti

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..