10 April 2018

Sebenarnya Beginilah Hakikat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


SEBENARNYA BEGINILAH HAKIKAT ~ Kadang bila asyik dibuai keindahan duniawi kita alpa seketika sehinggalah Allah SWT kirim teguran..teguran yang pelbagai bentuk dan cara.Kadang teguran yang menyentap rasa.Tidak kurang yang halus namun sakitnya bagai luka yang merah berdarah disiram cuka.SubhanaAllah,teguran-teguran itu tanda kasih Allah SWT kepada kita.

Sebenarnya beginilah hakikat.

Lupa atau langsung tidak tahu baik buruk dan salah betul  membuatkan segelintir daripada kita lalai dan berterusan lakukan khilaf.Jalan pulang sentiasa ada kawan.Sentiasa terbuka dan tersedia dari DIA untuk kita hamba-hambaNYA.Cari tali itu.Gilap kusam pada kaca kerana tidak mustahil ia lebih bersinar daripada permata.

SEBENARNYA BEGINILAH HAKIKAT
Sumber imej : Perkongsian Rakan-rakan 

Kembalinya kita semua ke tempat asal yang sama.Sungguh.Diketika hanya kain putih menutupi sekujur tubuh yang dingin..tiada apa yang diharap lagi.Ingatan daripada anak-anak soleh solehah..ilmu yang bermanfaat..sedekah jariah...Allahu..bergantung bagaimana kita usahakan semasa berhayat sihat.

Sebenarnya kita bukan pun sesiapa.Tidak juga punya apa-apa..semuanya bakal hancur lebur .. hari ini selesa di kerusi mewah yang indah .. atau duduk di atas tikar yang lusuh .. satu saat akan ke liang yang serupa.Allahu.

# mencari redha Ilahi 


8 comments:

  1. Akhirnya tiada suatu apa kebanggaan pun dapat kita bawa ke sana...

    ReplyDelete
  2. HANYA SELIMT PUTIH MMBALUT TUBUH

    ReplyDelete
  3. Allah tegur tanda Dia sayang. Ada hikmah dan 1001 kebaikan di sebalik teguran tersebut. Berbaik sangka lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak Ana..bersangka baik dan sabar.

      Delete
  4. yang meluaskan kubur kita nanti ialah amal ibadat dan kebaikan yang kita tinggalkan

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..