08 April 2018

Santai-santai Jangan Meng"abai" ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

SANTAI-SANTAI JANGAN MENG"ABAI" ..

Minggu pertama telah berlalu
Masuk pula minggu kedua
Bulan April pun bakal berlalu
Kita lalui sebaik-baiknya 

Hujung minggu bersilih ganti
Waktu sebaiknya bersama keluarga
Didik diri cuba mengerti
Setiap makhluk ada nilainya

Diam tak diam Ramadhan mendekat
Masih sempat qada yang ditinggalkan
Banyak hal datang menghambat
Usaha dan doa jangan diabaikan

Hiburan tiada salahnya
Apa yang penting tidak langkau hadnya
Jangan melupakan pada yang berjasa
Mengenang budi bersopan bahasa

Sudah kurang terlihat buah rambai
Terasa tekak mahu makan
Santai-santai jangan meng"abai"
Kelak merana tidak tertahan

Santai-santai Jangan Meng"abai" ..
Google image 
Re edit PC

#sama-sama mencari redha Ilahi 


14 comments:

  1. Good sharing PC, selamat berhujung minggu..

    ReplyDelete
  2. Mudah2n segala urusan dan kewajipan kita dapat dilaksanakan dengan sempurna.
    Walaupun santai jangai terabai.

    ReplyDelete
  3. dekat sangat dah kita dengan Ramadhan kan. Alhamdulillah dha habis lunas puasa ganti semua hehehee

    ReplyDelete
  4. Dalam kesibukan melaksanakan aktivit harian, masa juga pantas berlalu pergi..
    Risau, takut-takut tak sempat mengambil peluang / kesempatan yang diberi..

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yg mebawa maksud peringatan yg mendalam buat kita semua. T kasih atas peringatan ini PC.

    ReplyDelete
  6. Semoga kehidupan kita sentiasa dalam rahmatNya

    ReplyDelete
  7. terima kasih akak atas perkongsian bermakna <3

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..