16 April 2018

Rentak Rasa Naluri Bicara

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

RENTAK RASA NALURI BICARA

Bukannya biasa-biasa.
Mungkin berat mulut meluncur kata.
Lisan pun membeku.
Hanya hati petah bicaranya.
Mengatur.Merangka.
Lunasnya biar belum tentu.
Hanya jelas di pendengaran sendiri.
Cukup nyata diPENDENGARAN TUHAN.
Dengan izinNya.

Diam.
Kadang menjadi cacian juga.
Berlisan.
Apatah lagi berganda-ganda onarnya.
Memuskan hati?.
Semua?.
Mana mungkin terjadi.
Sengketa di mana-mana ada.
Senyap-senyap atau dengan gagah nyata.
Ada.Ya ada.
Ada matinya tersembunyi.
Hidupnya terkurung.
Dari diri sendiri kepada diri sendiri.

Rentak rasa naluri bicara
Yang dekat.Yang akrab.
Berasakan rentak rasa.
Yang menyatu.
Berasakan getarnya naluri bicara.
Halus menusuk kalbu.

Rentak Rasa Naluri Bicara

#sama-sama mencari redha Ilahi 

7 comments:

  1. kadang sukar nak bersangka baik dan menjaga hati ini

    ReplyDelete
  2. saya sedang belajar mengawal diri, jari jemari dan hati. sungguh payah tapi demi Ilahi, saya akan terus cuba dan mencuba

    ReplyDelete
  3. Pandai menyusun kata-kata. Akak suka ...

    ReplyDelete
  4. Mana mungkin kita mampu puaskan hati semua org sebab lumrah manusia tak pernah puas dengan apa yang dia atau orang sekeliling dia ada. Kena belajar bersyukur utk didik hati kita.

    ReplyDelete
  5. Yeah pedulik apa org lain kata. Be yourself

    ReplyDelete
  6. Yes, you are who you are. Embrace it and be proud. Dan kita sendiri pun kena bersangka baik juga. Nicely said.

    ReplyDelete
  7. susah untuk puaskan hati sndiri.. contohnya bila dh kaya, nak lagi kaya padahal kita lupa ada lg org ynag bawah dari kita.. hmm. smoga kita sntiasa mensyukuri.. amin :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..