17 April 2018

Power 5 S

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


POWER 5 S ~ Pengalaman setiap kita tak sama,walau hal atau peristiwanya sama namun penerimaannya berbeza.Maka wujudlah pengalaman yang ketara.Suri rumahtangga sepenuh masa - bekerja - kembali menjadi suri rumahtangga juga seorang blogger *kenkonon yang suam-suam kuku*..warna warni PC lalui.Alhamdulillah.Peluang dan pengalaman bekerjalah beri pendedahan pada PC tentang banyak hal dan salah satunya 5 S..hehe..

🐞Sisih  🐞Susun  🐞Sapu  🐞Seragam  🐞Sentiasa amal

Bila ada audit maka basah ketiak setiap hari..hehe.5 S?!? .. buat hari-hari menjadi S yang keenam iaitu Sibuk .. S ketujuh Serabut dan bila keadaan tidak terkawal dek kesuntukkan masa maka timbul S kelapan Sorok..hehehe.Maka Selamat.Kenangan sangat😁

Penambah baikkan dilakukan,daripada 5S diganti kepada EKSA iaitu Ekosistem Kondusif Sektor Awam sebagai usahausaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam. Sumber

Power 5 S

🍒As Salaam  (Maha Sejahtera)  🍒As Sami' (Maha Mendengar)  🍒As Syakur (Maha Memahami)  🍒As Syahid (Maha Menyaksikan)  🍒As Sobur (Maha Sabar)

Hebat.Allahu.Sebaik-baiknya S daripada 99 nama-NYA.Jangan memandang ringan power 5 S yang ini.Kenali,selami dan fahami supaya kita lebih mencintai.Perdu Cinta hamba pada PENCIPTA adalah dengan mengenal sifat dan nama-NYA yang indah.

Sabar mengenali .. syukur kerana berpeluang mengetahui..tidak semua daripada kita Allah dorong untuk mencari serta mendapat hidayah-Nya.Tidak juga semua taufik itu menghampiri untuk berada dijalanNYA.Allahu.Jaga rezeki Islam dan Iman yang telah DIA kurniai.

Power 5 S

#sama-sama mencari redha Ilahi 




8 comments:

  1. sebutlah namanya selalu dalam hatimu.. InshaAllah kita akan merasa ketenangan.. <3

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar betapa hebatnya 5S yang kita perlu fahami, selami, bersyukur dan sujud kepadaNya kerana dia Maha Mendengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak....Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambaNYA 😊

      Delete
  3. terima kasih atas ingatan.
    ya kami QA lah yg paling sibuk bila tiba 5S ni.. dulu lah.. dulu dulu dulu lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.....sibuk luar biasa 😊 tapi seronok sebab kerjasama.

      Delete
  4. Allahu AKbar.
    a great 5S. tq for triggering ni, PC :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..