14 April 2018

Mungkin Tidak Seperti Yang Kita Sangka

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


MUNGKIN TIDAK SEPERTI YANG KITA SANGKA ~ Perasaan atau naluri ada pada setiap kita.Anak-anak kecil pun ada perasaan..ada naluri.Waima haiwan pun ada naluri.Kita yang Allah SWT pinjamkan otak yang berakal..seharusnya lebih baik pada ketika mahu bertindak.

Beranggapan itu perlu supaya ada rasa waspada.Curiga buat kita sentiasa sensitif pada keadaan sekeliling.TETAPI jangan sampai berlarutan dan merosakkan diri dan orang lain.

Mungkin tidak seperti yang kita sangka.

Bersangka-sangan ada banyak faktor juga yang menyumbang.Sama ada bermula daripada diri sendiri yang senantiasa menyuburkan aura negatif atau mungkin dipengaruhi dan terpengaruh dengan persekitaran sehari-hari yang dilalui.

Terkadang kita turutkan emosi..berfikir malangkaui apa yang tidak sewajarnya.SubhanaAllah.PC sendiri pun kadang hanyut dengan perasaan sendiri,,walhal hakikatnya sesuatu itu mungkin tidak seperti yang kita sangka.Jernihkan fikiran dan hati.Tunda membuat kesimpulan sebelum sesuatu itu menemui kepastian yang diakui sahihnya.


MUNGKIN TIDAK SEPERTI YANG KITA SANGKA


#sama-sama mencari redha Ilahi 

15 comments:

  1. pewrcayalah bila kita sentiasa bersangka baik dengan semua benda, insyaAllah benda benda baik pun slalu dekat dengan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantul kepada kita semula kan kebaikkan itu😊

      Delete
  2. tu la.. sejak sakit ni, kuat juga rasa bersangka2 dengan setiap nasihat orang. Tapi nasib lah sejenis lambat memberi respon, kalau tidak, mau kacau bilau emosi kan..

    ReplyDelete
  3. Bersangka baik akan buatkan hati kita tenangkan kak pc..

    Semoga yang baik baik aja untuk kak pc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...setuju...hati tenang..fikiran pun lapang...amin insyaAllah 😊

      Delete
  4. Entah la PC, kekadang bila maafkan orang, sekali sekali terprasangka orang tu nak buat lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan terprasangka...tapi rasa fobia dan takut berulang lagi disakiti😊

      Delete
  5. bersangka baik dalam setiap perkara :)

    ReplyDelete
  6. Kadang-kadang Siqah pun hanyut dengan perasaan. Bila tersedar, cepat-cepat berubah. Huhu. Semoga baik-baik saja untuk kita semua ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apatah lagi kak PC...sama je Siqah...kita mudah untuk tersasar...bila ingat dan sedar segera berubah😊

      Delete
  7. Fikir yang baik2, bersangka yang baik2,
    mintak yang baik2
    in syaa Allah

    ReplyDelete
  8. Bersangka baiklah dengan semua terutama sekali dgn Allah

    ReplyDelete
  9. Bila kita bersangka baik, kita sndiri akan merasa tenang..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..