29 April 2018

Kerapuhan Seketika Atau ...

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


KERAPUHAN SEKETIKA ATAU ... | Ada yang tegar hatinya.Ada yang gembeng orang cakap.Mudah meleleh air mata.Hati tisulah gitu.Nampak lipas mati tersepit pintu kabinet boleh nangis.Tahap tisu paling tipis nih😂.Sebenarnya perwatakkan diri masing-masinglah.Jangan dikecam.Jangan ringan mulut cakap orang mengada-ngada.Tengok juga situasinya.

Kerapuhan seketika atau ...

Banyak yang berlaku disekeliling kita mampu menyentuh hati .. membuat emosi galau dan rapuh.Wajarlah kita manusia.Rasa belas yang Allah SWT hidupkan pada diri hamba-hambaNYA.Waima makhluk lain pun ada rasa sedih .. yang diterjemahkan dengan cara masing-masing dan tersendiri.Di zaman Rasulullah SAW pokok tamar tangisannya boleh didengari .. bicara batu juga boleh di dengari .. Allahu.Di akhir zaman dunia yang semakin uzur ini ... rezeki dan insan-insan terpilih yang dapat melihat dan mendengar bicara makhluk lain..subhanAllah.

Sejauh mana rasa kerapuhan hati kita.Sedih itu.Melihat keganasan,pembunuhan,penyeksaan,penderaan,kesakitan,kehilangan.Seketika atau selamanya menyubur disanubari.Sesaat.Sejam.Sehari.Sebulan.Setahun.Move on .. boleh dan bagus namun biar kena dengan ceritanya.

Ada yang bijak menyembunyi rasa pilu dengan senda tawa riang gembira.Ada yang lebih memilih meluah gundah yang dirasa menyesak dada.Terpulanglah dengan solusi masing-masing.Jangan pantas membuat rumusan sekadar melihat disekilas jelingan.Takut-takut menjadi fitnah.

#sama-sama mencari redha Ilahi 



3 comments:

  1. "Jangan pantas membuat rumusan sekadar melihat disekilas jelingan.Takut-takut menjadi fitnah." --> baik. saya suka ayat ini. tapi manusia skrg ni, kebanyakkan nya macam ni lah.. moga2 diri ini dan kita semua dipelihara Allah dari menjadi penabur fitnah hendaknya.

    ReplyDelete
  2. setiap kali dengar cerita atau lagu dakmie tangisan sebatang tamar tua tu memang tersentuh hati di buatnya. sedangkan si tamar pun menangis rindukan nabi sedangkan nabi berpindah bersebelahan je apa lagi kita umat Baginda kan. rasa hina lagi kita ni dari si batang tamar .

    ReplyDelete
  3. Rasa belas kasihan yg Allah kurniakan adalah anugerah lembutnya hati kita. Bila sifat itu pudar, gelaplah hati, keraslah jiwa, nauzubillah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..