20 April 2018

Jangan Dibiar Terus Kalah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

JANGAN DIBIAR TERUS KALAH

Kalah.Bermakna tewas.
Tiada yang suka akan kekalahan.
Tapi terkadang diri sendiri membenarkan kekalahan itu.
Meluaskan ruang.Memudahkan peluang.
Bukan sekali tapi seringkali.

Kalah.Memalukan.Ya,rasa semulajadi.
Bagai maruah dihenyak.
Umpama air muka dijaja tanpa rela.
Tidak mahu menampakkan diri.
Ingin sendiri.Mahu sepi.
Meminggirkan diri.
Besar.Ya besar kesannya kalah.
Harapan biar serendah busut.
Agar kecewanya tidak melangit tinggi.

Bangunlah jasad yang sihat.
Bangkitlah hati yang sakit layu.
Lemah lesu.
Mati kaku.
Hidup penuh subur.

Jangan dibiar terus kalah.
Antara dua.
Teknologi itu perlu.
Al-Quran itu wahyu.
Mana mesti didahulu.
Mana yang hakikat terlebih dahulu dan membantu.
Duniawi.Barzakh.Ukhrawi.
Di tiga kehidupan.
Tidak mungkin mampu lari.
Mesti lalui.
Bagaimana nanti.
Mulanya di sini.
Jangan dibiar terus kalah.
Sedari dunia lagi.

JANGAN DIBIAR TERUS KALAH

#sama-sama mencari redha Ilahi 

6 comments:

  1. salam Jumaat 4 syaaban 1439H PC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni dah 5 Syaaban kak...kejap je...

      Delete
  2. in shaa Allah tidak mahu kalah ..terus berjuang mencari kebenaran

    ReplyDelete
  3. wahyu pertama, barzah kedua teknologi ketiga. Kita mampu tidup tanpa teknologi namun belum tentu kita mampu bahagia hisup tanpa wahyu.... Kalah mungki di dunia, namun menang di syurga siapa yang tahu....

    ReplyDelete
  4. tq for reminding, PC.
    iye. nampak sgt teknologi mendahului :( sedih aida dgn diri sendiri.
    moga kita sedar akan priority kan.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..