15 April 2018

Hadam Betul-betul

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

HADAM BETUL-BETUL 

Hujung minggu ke Singapura
Johor Singapura hanya berjiran
Apa di dengar pastikan sahihnya
Mengelak hidup daripada bermusuhan

Tapai ubi tapai pulut
Ada yang suka tidak kurang sebaliknya
Hadam bukan sekadar di perut
Hadam juga pada kewarasan minda

Bengkak jari tertusuk selumbar
Lambat dirawat luka bernanah
Siasat dulu sebelum menyebar
Elak fitnah merosak ukhuwah

Mencari cencaluk di Negeri Melaka
Bertemu kaum baba nyonya
Berkongsi ilmu tiada salahnya
Asal betul selari syariat -NYA

Comel molek buah bidara
Lebih menarik warnanya hijau muda
Sebelum menyiasat kaji kisahnya
Barulah terpelihara nilai yang ada

Katak si katak lompat
Lompat tengah malam
Jangan terus ditelan apa yang dapat
Takut masa depan menjadi kelam

Hadam Betul-betul

#sama-sama mencari redha Ilahi 

8 comments:

  1. Ewahhh berpantun kak pc..

    Deep kak.. TQ share ni.. Byk pengajaran disebalik pantun ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Lea 😅
      Moga berguna ya...

      Delete
  2. KEPUTUSN TERBAIK DITIMBNG NERACA MINDA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...kewarasan minda...kejernihan hati😅

      Delete
  3. Dah ada akta berita palsu sekarang.
    kita kena berhati2

    ReplyDelete
  4. Betul tu, setuju tiap yang kita terima dengar dulu penjelasannya.. Jangan di dengar 1 pihak
    saja kena berhati hati, dunia sekarang penuh fitnah, adu domba..

    ReplyDelete
  5. Ilmu itu elok dikongsi elok utk diri Kita juga

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..