05 April 2018

Eleh .. Celah Gigi Je

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


ELEH .. CELAH GIGI JE ~ Budak-budak .. dengar tapi tidak memahami.Dengar lagi tidak juga fahami.Tetapi bila kerap didengari dan berulangkali biar tidak memahami namun diingati.Itu sebabnya mengapa orang dewasa harus sentiasa menjaga lisan satu sama lain apatah lagi ketika ada anak-anak atau kanak-kanak.Lebih berhati-hati.

Eleh .. celah gigi je.


Eleh .. Celah Gigi Je
Google image 

Bunyinya menunjukkan rasa angkuh.Memberi persepsi memandang rendah juga pada orang lain.Ya,mencabar juga..lebih mudah "senang je" .. "hal kecil" .. "petik jari je" .. haaa inilah yang PC faham apa yang dikatakan "eleh .. celah gigi je".Mungkin bagi sesetengah orang ianya santai dan gurauan..tapi entah mengapa dipendengaran PC kurang enak bunyinya.He he he😅.Atau mungkin bergantung pada cara dan gaya serta situasi frasa tersebut digunakan.Mungkin jugalah.

Pemberian orang mengikut suka si pemberi.Banyak atau sedikit,terserah.Walaupun terkadang lebih baik tidak perlu memberi kerana bakal mencetuskan peperangan diantara anak-anak kecil dan sebagainya.Penerima sila terima dan syukuri.Terima dengan senyuman walau mungkin masam dihati.Cover.Hormati.Sedikit itu rezeki.Banyak itu juga rezeki.Cuba terima apa adanya.Agak-agak kurang tambah sendiri.Haaaa gitu.

Mungkin bagi kita kecil dan bukan apa-apa pun .. tapi ianya besar dan bermakna bagi orang lain.Justeru kerana dipandangan ianya nampak berbeza maka berhati-hati untuk menampakkan apa pun espresi.

#sama-sama mencari redha Ilahi 

15 comments:

  1. betul tu. kadang2 rasa mcm tak sopan bila dia ckp macam tu. seolah dia paling handal dalam menguruskan hal2 tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...ingat kak PC je rasa macam tu....tak selesa di pendengaran....😅

      Delete
  2. MESTI BERSYUKUR DGN SETIAP REZEKI YG DITERIMA.

    ReplyDelete
  3. Jangan pandang remeh terhadap kebaikan walau sekecil zarah.. Allah tetap memberi ganjaran pahal kan 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...asal di hati mewah dengan keikhlasan insyaAllah tetap besar ganjarannya..😊

      Delete
  4. Kak ana selalu juga guna ayat tu masa kecik2 dulu. Selalunya masa bermain. Tapi masing2 pun guna ayat yg sama jadi xde istilah kecil hati. Cuma dah dewasa ni memang berjaga2 bila nak berkata. Hati orang susah diduga kan PC. Bicara biar molek agar semua hati terjaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak kadang cakap atas dasar budak-budak kak..kalau yang dewasa dengar macam sekadar jenaka dan kita anggap sekadar cakap semata-mata....tapi kalau dewasa yang cakap...memang kena hati-hati 😊

      Delete
  5. Kalo celah gigi yg berlubang dalam, sakit juga nak keluarkan....

    ReplyDelete
  6. anak-anak sekarang ni mudah sangat copy and paste apa mak ayah dia cakap. kena berlapik klau berborak depan anak-anak walaupun dengan kawan baik.

    shu pernah melatah depan sophea, jap lagi dia pun melatih. opocot. huhu malu ibu kalau sophea pun buat-buat melatah macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka mendengar melihat dan mengingat...itu yang kena hati-hati..bila balik kampung berjaga-jaga PC nak sembang depan anak-anak buah😊

      Delete
  7. Celah gigi kita, mungkin besar bagi orang lain
    begitu juga sebaliknya.

    ReplyDelete
  8. Kak Sue pun pernah guna guna ayat celah gigi tu.. ehehe, tapi nada bergurau dan dengan orang yang rapat sahaja. Tapi tu lah, Kak Sue setuju juga kalau kita bercakap tu kena hati-hati, kita tak tau penerimaan masing-masing kan..

    ReplyDelete
  9. bersyukurlah kita dengan apa yg kta ada skrng.. <3

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..