Betul Ke Sudah Cukup Kaya ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


BETUL KE SUDAH CUKUP KAYA .. | Ahmad Albab .. Tiga Abdul .. Ibu Mertuaku .. karya menarik yang penuh pengajaran dan bukan hiburan semata-mata.Biar pun persamaannya memberatkan harta pada jalan ceritanya .. namun hujungnya tersirat banyak pengajaran dan peringatan.Tan Sri P Ramli benar-benar hidup setelah ketiadaannya.Moga filem-filem beliau menjadi saham akhirat.

Betul ke sudah cukup kaya ..

BETUL KE SUDAH CUKUP KAYA

Kediaman tersergam indah,lengkap seperti yang diingini.Gedung perniagaan yang sentiasa menjana ribuan malahan jutaan ringgit setiap masa.Kenderaan import dan berjenama mewah yang tidak kalah hebatnya.Kebun,ladang berhektar-hektar.SubhanaAllah.Allahu.

Diam.Bertenang.Fikir.Betul ke sudah cukup kaya .. cuba direnung.Cuba muhasabah.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ.]صحيح البخاري , كتاب الرقاق , باب الغنى غنى النفس , حديث رقم 6446[]صحيح مسلم ، كتاب الزكاة , باب ليس الغنى عن كثرة العرض , حديث رقم 1051[ 
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.hadith : 6446, Muslim, No.hadith : 1051, at-Tirmizi, No.hadith : 2373, Ibnu Majah, No.hadith : 4137 Ahmad, No.hadith : 7015, 7240) 

Susu dan nila mana mungkin boleh dicampur.Akan tercemar susu tersebut.Begitu juga kisahnya minyak dan air..air laut yang masin dan tawar berdampingan namun tidak menyatu.Ya bukti kekuasaan Allah SWT selain memberi perumpamaan pengajaran bahawa baik itu baik jangan dicampur pada yang sebaliknya.

Ujian dan nikmat itu unlimited..

#sama-sama mencari redha Ilahi 

 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. file p ramlee memang banyak pengajaran pada yang berfikir. bukan drama semata tapi tu hakikatnya. kaya di dunia tak menjamin kaya di sana nanti. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak Ana...setuju..dalam ketawa ada yang tersirat disampaikan😊

      Padam
  2. betul tu
    bila hati dan jiwa kaya
    mesti rasa tenang hidup :)

    BalasPadam
  3. citer2 Pramlee mmg byk pengajaran kan sbnrnye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju...bukan kosong dan bukan sekadar hiburan😊

      Padam
  4. kaya itu nikmat.

    miskin pun nikmat

    tapi kenikmatan yang terbaik ialah kaya.

    bila dah kaya boleh pergi haji dan belanja orang pergi haji.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nikmat kaya kalau betul dilandasannya pasti melimpah ganjarannya....amin😊

      Padam
  5. Pengajaran yg baik utk direnungkan bersama.. kaya hati, kaya jiwa, semoga segala amalan diterima.. aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama