30 April 2018

Betul Ke Sudah Cukup Kaya ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


BETUL KE SUDAH CUKUP KAYA .. | Ahmad Albab .. Tiga Abdul .. Ibu Mertuaku .. karya menarik yang penuh pengajaran dan bukan hiburan semata-mata.Biar pun persamaannya memberatkan harta pada jalan ceritanya .. namun hujungnya tersirat banyak pengajaran dan peringatan.Tan Sri P Ramli benar-benar hidup setelah ketiadaannya.Moga filem-filem beliau menjadi saham akhirat.

Betul ke sudah cukup kaya ..

BETUL KE SUDAH CUKUP KAYA

Kediaman tersergam indah,lengkap seperti yang diingini.Gedung perniagaan yang sentiasa menjana ribuan malahan jutaan ringgit setiap masa.Kenderaan import dan berjenama mewah yang tidak kalah hebatnya.Kebun,ladang berhektar-hektar.SubhanaAllah.Allahu.

Diam.Bertenang.Fikir.Betul ke sudah cukup kaya .. cuba direnung.Cuba muhasabah.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ.]صحيح البخاري , كتاب الرقاق , باب الغنى غنى النفس , حديث رقم 6446[]صحيح مسلم ، كتاب الزكاة , باب ليس الغنى عن كثرة العرض , حديث رقم 1051[ 
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.hadith : 6446, Muslim, No.hadith : 1051, at-Tirmizi, No.hadith : 2373, Ibnu Majah, No.hadith : 4137 Ahmad, No.hadith : 7015, 7240) SUMBER

Susu dan nila mana mungkin boleh dicampur.Akan tercemar susu tersebut.Begitu juga kisahnya minyak dan air..air laut yang masin dan tawar berdampingan namun tidak menyatu.Ya bukti kekuasaan Allah SWT selain memberi perumpamaan pengajaran bahawa baik itu baik jangan dicampur pada yang sebaliknya.

Ujian dan nikmat itu unlimited..

#sama-sama mencari redha Ilahi 

 

9 comments:

  1. file p ramlee memang banyak pengajaran pada yang berfikir. bukan drama semata tapi tu hakikatnya. kaya di dunia tak menjamin kaya di sana nanti. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Ana...setuju..dalam ketawa ada yang tersirat disampaikan😊

      Delete
  2. betul tu
    bila hati dan jiwa kaya
    mesti rasa tenang hidup :)

    ReplyDelete
  3. citer2 Pramlee mmg byk pengajaran kan sbnrnye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...bukan kosong dan bukan sekadar hiburan😊

      Delete
  4. kaya itu nikmat.

    miskin pun nikmat

    tapi kenikmatan yang terbaik ialah kaya.

    bila dah kaya boleh pergi haji dan belanja orang pergi haji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nikmat kaya kalau betul dilandasannya pasti melimpah ganjarannya....amin😊

      Delete
  5. Pengajaran yg baik utk direnungkan bersama.. kaya hati, kaya jiwa, semoga segala amalan diterima.. aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..