26 April 2018

Berasa Susah?!?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


BERASA SUSAH?!? | Rasa yang sentiasa ada di segenapnya peringkat usia.Siapa pun ada berasa susah.Bezanya susah yang bagaimana.Itu sahaja.

Berasa susah?!?.


Berasa Susah?!?

Kecil bagi A tapi besar bagi B .. dan begitu sebaliknya. Penerimaan berbeza mewujudkan tahap menangani yang tidak serupa.Terkadang permasalahan yang sama tetapi diselesaikan dengan tindakkan atau solusi jauh beza mengikut rentak dan ragam masing-masing.Berjaya atau tidak .. tunggu hujungnya sahaja.

Pertama.Berkeluh kesah.Espresi dan tindakkan pertama.Adakah PC sahaja atau kita kebanyakkannya.Kecuali bagi yang sentiasa cool apa pun situasi.Ada jugakan yang jenis tak cepat menggelabah.Eh,mengeluh itu tidak semestinya dengan ucapan atau ungkapan .. tapi sekadar hela nafas yang dirasa dan kedengaran berat.Lega.Bukan kerana tidak redha tapi begitulah lazimnya mengurang beban dihati.

Jangan terbiasa beranggapan orang tidak sesusah kita.Kita tidak pernah tahu luar dalamnya orang.Apa yang dilihat..didengar itu boleh jadi tidak seperti yang dilindungi.Tertutup atau terbuka itu pilihan.Justeru jalani dengan kerendahan hati dan rasa kehambaan.

#sama-sama mencari redha Ilahi 

6 comments:

  1. Anggaplah rasa susah itu satu ujian Allah.
    Jika berjaya rasa susah itu akan bertukar kepada gembira.
    In syaa Allah

    ReplyDelete
  2. susah2 senang kemudian.. bezanya, boleh sabar ke tidak..

    ReplyDelete
  3. Go on and cry an ocean, but don't drown in it. Enough to put your heart at ease (Hard 2 Face Reality lyrics)

    ReplyDelete
  4. Betul tu.. Orang selalu nampak senang je tapi kesusahan tak de siapa yang tahu.. Bila dah makin berusia, pemikiran Sha pun dah mula berubah.. Mula rasa merendah diri itu lebih baik.. Semoga kita semua akan menuju ke arah kebaikan.. Aamiin..

    ReplyDelete
  5. Kalau sis ada masalah, mula-mula sis akan cuba bertenang kemudian fikir jalan penyelesaiannya bermula dari punca masalah dan so on.. Tapi sepanjang ada masalah hati memang tak tenteram PC.. Betul, orang lain tak tahu masalah atau kesusahan kita. Jadi pilih jalan terbaik..

    ReplyDelete
  6. Setiap dari kita Allah uji pasti ada hikmah dan setara dengan kemampuan kita kan PC..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..