30 April 2018

Betul Ke Sudah Cukup Kaya ..

7:05 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


BETUL KE SUDAH CUKUP KAYA .. | Ahmad Albab .. Tiga Abdul .. Ibu Mertuaku .. karya menarik yang penuh pengajaran dan bukan hiburan semata-mata.Biar pun persamaannya memberatkan harta pada jalan ceritanya .. namun hujungnya tersirat banyak pengajaran dan peringatan.Tan Sri P Ramli benar-benar hidup setelah ketiadaannya.Moga filem-filem beliau menjadi saham akhirat.

Betul ke sudah cukup kaya ..

BETUL KE SUDAH CUKUP KAYA

Kediaman tersergam indah,lengkap seperti yang diingini.Gedung perniagaan yang sentiasa menjana ribuan malahan jutaan ringgit setiap masa.Kenderaan import dan berjenama mewah yang tidak kalah hebatnya.Kebun,ladang berhektar-hektar.SubhanaAllah.Allahu.

Diam.Bertenang.Fikir.Betul ke sudah cukup kaya .. cuba direnung.Cuba muhasabah.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ.]صحيح البخاري , كتاب الرقاق , باب الغنى غنى النفس , حديث رقم 6446[]صحيح مسلم ، كتاب الزكاة , باب ليس الغنى عن كثرة العرض , حديث رقم 1051[ 
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.hadith : 6446, Muslim, No.hadith : 1051, at-Tirmizi, No.hadith : 2373, Ibnu Majah, No.hadith : 4137 Ahmad, No.hadith : 7015, 7240) SUMBER

Susu dan nila mana mungkin boleh dicampur.Akan tercemar susu tersebut.Begitu juga kisahnya minyak dan air..air laut yang masin dan tawar berdampingan namun tidak menyatu.Ya bukti kekuasaan Allah SWT selain memberi perumpamaan pengajaran bahawa baik itu baik jangan dicampur pada yang sebaliknya.

Ujian dan nikmat itu unlimited..

#sama-sama mencari redha Ilahi 

 

29 April 2018

Kerapuhan Seketika Atau ...

9:54 AM 3
Kerapuhan Seketika Atau ...
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


KERAPUHAN SEKETIKA ATAU ... | Ada yang tegar hatinya.Ada yang gembeng orang cakap.Mudah meleleh air mata.Hati tisulah gitu.Nampak lipas mati tersepit pintu kabinet boleh nangis.Tahap tisu paling tipis nih😂.Sebenarnya perwatakkan diri masing-masinglah.Jangan dikecam.Jangan ringan mulut cakap orang mengada-ngada.Tengok juga situasinya.

Kerapuhan seketika atau ...

Banyak yang berlaku disekeliling kita mampu menyentuh hati .. membuat emosi galau dan rapuh.Wajarlah kita manusia.Rasa belas yang Allah SWT hidupkan pada diri hamba-hambaNYA.Waima makhluk lain pun ada rasa sedih .. yang diterjemahkan dengan cara masing-masing dan tersendiri.Di zaman Rasulullah SAW pokok tamar tangisannya boleh didengari .. bicara batu juga boleh di dengari .. Allahu.Di akhir zaman dunia yang semakin uzur ini ... rezeki dan insan-insan terpilih yang dapat melihat dan mendengar bicara makhluk lain..subhanAllah.

Sejauh mana rasa kerapuhan hati kita.Sedih itu.Melihat keganasan,pembunuhan,penyeksaan,penderaan,kesakitan,kehilangan.Seketika atau selamanya menyubur disanubari.Sesaat.Sejam.Sehari.Sebulan.Setahun.Move on .. boleh dan bagus namun biar kena dengan ceritanya.

Ada yang bijak menyembunyi rasa pilu dengan senda tawa riang gembira.Ada yang lebih memilih meluah gundah yang dirasa menyesak dada.Terpulanglah dengan solusi masing-masing.Jangan pantas membuat rumusan sekadar melihat disekilas jelingan.Takut-takut menjadi fitnah.

#sama-sama mencari redha Ilahi 



28 April 2018

Toleh Kanan Toleh Kiri

8:37 AM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


TOLEH KANAN TOLEH KIRI 

Lihatlah.Fungsikan mata.
Hidupkan mata hati wahai insan.
Pancaindera dikurnia.Dari DIA.
Ujian juga.Semua.

Pandang-pandang.
Baik itu pahala. 
Maksiat itu titik hitam noda.
Difikiran.Dijiwa beriman.
Awas.

Pandang di jalan yang lurus.
Fokus.
Untuk diri.Kerana DIA.
Sehingga sebelum itu.
Toleh kanan.Toleh kiri.
Percayalah tidakkan rugi.
InsyaAllah tidak.

Toleh kanan.Toleh kiri.
Hati-hati.
Waspada.Ingatkan diri.
Agar tiada terasa hati.
Supaya tiada berasa sangsi.



Luka berparut.
Tidak mudah pulihnya.
Tidak juga senang rawatnya.
Bertindak tanduk.
Lihat-lihat.

#sama-sama mencari redha Ilahi 

27 April 2018

Setiap Minggu

9:07 AM 12
Setiap Minggu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


SETIAP MINGGU | Biar pun mungkin kita mengulangi atau melakukan hal sama setiap hari .. namun tetap ada perbezaannya.Setiap hari ibarat helaian baru yang ada catatan dan warna yang berlainan.

Setiap minggu.

Sebagaimana enam hari lainnya .. hari Jumaat juga akan bertandang melengkapkan tujuh hari seminggu.Bukan hari lain tidak bagus .. tidak istimewa .. namun Hari Jumaat lebih istimewa.

Antara peristiwa dan keistimewaan yang berlaku pada hari Jumaat ..

🍒Nabi Adam a.s dijadikan pada hari Jumaat .. dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga juga hari Jumaat.
🍒 Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat.
🍒 Ayat pertama Al Quran diturunkan pada malam Jumaat (Nuzul Al Quran )
🍒 Terhindar dari azab dan fitnah kubur.
🍒 Umat Islam berkumpul di masjid-masjid menunaikan solat Jumaat.

Mungkin ianya biasa-biasa atau rutin yang dirasakan sepi..namun bagi yang mengetahui hikmah penghulu segala hari ini..akan mengisinya dengan sebaik-baik amalan...

SALAM JUMAAT BARAKAH SEMUA.

#sama-sama mencari redha Ilahi 

26 April 2018

Berasa Susah?!?

10:25 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


BERASA SUSAH?!? | Rasa yang sentiasa ada di segenapnya peringkat usia.Siapa pun ada berasa susah.Bezanya susah yang bagaimana.Itu sahaja.

Berasa susah?!?.


Berasa Susah?!?

Kecil bagi A tapi besar bagi B .. dan begitu sebaliknya. Penerimaan berbeza mewujudkan tahap menangani yang tidak serupa.Terkadang permasalahan yang sama tetapi diselesaikan dengan tindakkan atau solusi jauh beza mengikut rentak dan ragam masing-masing.Berjaya atau tidak .. tunggu hujungnya sahaja.

Pertama.Berkeluh kesah.Espresi dan tindakkan pertama.Adakah PC sahaja atau kita kebanyakkannya.Kecuali bagi yang sentiasa cool apa pun situasi.Ada jugakan yang jenis tak cepat menggelabah.Eh,mengeluh itu tidak semestinya dengan ucapan atau ungkapan .. tapi sekadar hela nafas yang dirasa dan kedengaran berat.Lega.Bukan kerana tidak redha tapi begitulah lazimnya mengurang beban dihati.

Jangan terbiasa beranggapan orang tidak sesusah kita.Kita tidak pernah tahu luar dalamnya orang.Apa yang dilihat..didengar itu boleh jadi tidak seperti yang dilindungi.Tertutup atau terbuka itu pilihan.Justeru jalani dengan kerendahan hati dan rasa kehambaan.

#sama-sama mencari redha Ilahi 

25 April 2018

Jangan Suka Tinggal-tinggal

8:24 AM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

JANGAN SUKA TINGGAL-TINGGAL

Ada cerita hantu penanggal
Belum tengok lutut menggeletar 
Solat jangan sengaja ditinggal
Usahakan juga walau jasad terlantar

Sekian lama kampung ditinggal
Ke luar negara niat merantau
Anak kecil jangan ditinggal-tinggal
Musibah itu tidak berbau

Lima tahun sekali penggal
Kemudian undian diadakan semula
Sisa makanan jangan ditinggal-tinggal 
Buanglah di tempat sepatutnya

Masak kicap ikan tengkiri
Pergi ke kebun bawa bekal
Bila berjanji jangan mungkiri
Hilang kepercayaan rugi yang tinggal


Jangan Suka Tinggal-tinggal

Semalam PC buat kuih
Kuih buah melaka pilihan hati 
Tinggal-tinggal kerana kasih
Niat mencari rezeki untuk permaisuri

#sama-sama mencari redha Ilahi 

24 April 2018

Suntik Rasa Teruja

10:32 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


SUNTIK RASA TERUJA | Teruja? .. wow.Bila apa yang diidam diperolehi .. bila apa yang dihajati terlaksana dan bila ada kejutan yang buat hati berbung-bunga .. ya,mahu tidak mahu reaksi teruja itu terbit.Adakala bertindak spontan dan sangat luar duga.Itulah yang menjadi sebab terkadang silap tingkah yang kemudian menjadi isu bertebaran di sana sini.

Rasa teruja boleh menjadikan kita bukan kita di pandangan orang.Kemungkinan untuk melakukan khilaf juga besar di ketika rasa teruja itu memenuhi ruang hati.Gembira .. tetapi rasa gembira yang luar biasa .. itulah teruja.Silap-silap boleh hilang kawalan .. hehe.Bila sedar barulah terbit istilah "tidak sengaja".Semasa dibaluti rasa teruja inilah boleh lihat banyak true colour seseorang.He he he.

SUNTIK RASA TERUJA.

Bolehkah dan baguskah kita suntik rasa teruja.Boleh kalau ianya membawa manfaat pada diri sendiri dan orang lain.Bagus seandainya ia menambah saham kita dan insan-insan sekeliling di SANA kelak.

Suntik rasa teruja bukan hal mudah apatah lagi pada sesuatu yang baik.Kalau menanam pokok sekalipun .. hendak menghidupkan benih yang baik susah.Mesti lebih serba serbi.Penjagaannya,perhatiannya dan kesungguhan.Begitu juga suntik rasa teruja pada hal baik.Pupuk minat dan sentiasa berterusan.Buat dan fokus pada sesuatu yang kita minat dan memberi aura positif.Rasa teruja insyaAllah berganda.

Wahai akal .. berilah arahan pada hati kita agar sentiasa teruja mendekati-NYA .Moga iman sentiasa menebal dan teguh.

Suntik Rasa Teruja

#sama-sama mencari redha Ilahi 

23 April 2018

Sensasi

8:38 AM 18
Sensasi
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

SENSASI

Terkini.Panas.Hangat.
Boleh jadi diberi.
Sudah tentu diicari-cari.
Pasti juga dinanti-nanti. 
Ada yang memandang sepi.
Tidak kurang terlebih berapi-api.

Benarkah.
Dustakah.
Eh itu belakang cerita.
Mesti yang pertama.
Sebolehnya yang utama dari yang pertama.

Sensasi.
Ada di mana-mana.
Terkesan.
Tidak terkesan.
Tersembunyi.
Diwarwarkan.
Insan biasa-biasa.
Insan sorotan mata.
Ya,sensasi merata-rata.

Ada sensasi yang tertangguh.
Ada sensasi yang ditangguh.
Ada sensasi yang tidak utuh.

Sensasi sentiasa dicari.
Mudah disebari.
Senang dipercayai.
Ianya mampu memadam.
Pahala terhapus.Lupus.
Dan dosa subur.Menghancur.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

22 April 2018

Berlaku Perkembangan Juga

11:15 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


BERLAKU PERKEMBANGAN JUGA ~ Hujung minggu.Salam santai.Salam menggalas tugas juga.Moga semua baik-baik sahaja.

Berlaku perkembangan juga.

Takut.Bila difikirkan ada rasa takut.Bila berlaku perkembangan pada hal yang kurang baik dan tidak sepatutnya.Bila timbang contohnya..takut bila jarum pada penimbang tu dengan santai ke angka yang membuat hati hambar dan senyuman tawar.Hehe.Berlaku perkembangan juga tukan...😄..alhamdulillah.Bagi yang tidak mengharap ianya begitu..berlaku, pasti mengecewakan..dalam banyak perkara bukan sekadar pada berat badan sahaja ya.

Tinggalkan kisah berat badan.Kadang tak terikut dengan pantasnya perubahan dan pengisian-pengisian baru yang di wujudkan hingga menjadi fenomena atau pun ikutan.Dulu Cik Kiah .. Mak Senah .. tahulah apa watak yang melambangkan peribadi mereka..terkini hangat menjadi sebutan MakCik bawang .. membawang dan seangkatan dengannya.

Berlaku Perkembangan Juga


Hakikatnya .. apa yang dimaksudkan dengan "membawang" itu.Mengata .. mengumpat .. memfitnah .. bergosip atau bagaimana.Hehehe..kesian bawang.

Perkembangan boleh berlaku bila-bila dan di mana-mana sahaja.Cuma,baik yang mencetuskan idea mahupun yang mengikut atau meniru..hati-hati.Baik ke..buruk ke..kesan atau akibatnya tetap ada..bukan dalam isu makcik  bawang sahaja...pada keseluruhan dan hal-hal lain juga.Ada budaya yang boleh dan wajar dicontohi dan diamalkan....dan sebaliknya.

#sama-sama mencari redha Ilahi 

21 April 2018

Cara Masing-masing

10:37 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

CARA MASING-MASING

Hari Sabtu muncul lagi
Buntu memikir hidangan nanti
Tidak semua hal berkenan dihati
Ambillah masa cuba lebih perhati

Aura Ramadhan kian terasa
Sudah banyak kelihatan kurma
Cara kita mungkin tidak sama
Belajarlah untuk berlapang dada

Lepas mandi main gasing
Gasing ligat berpusing-pusing
Lihat dulu jangan bising
Hadam dulu hal yang penting

Di jalanraya jangan berlumba
Amalkan memandu dengan bertenang
Hilangkan tekanan banyak cara
Asalkan baik jangan dilarang

Sarapan pagi minum jus tembikai
Sesekali menikmati laicikang
Jangan cepat mempertikai
Hormatilah cara masing-masing 

Cara masing-masing

#sama-sama mencari redha Ilahi 

20 April 2018

Jangan Dibiar Terus Kalah

7:41 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

JANGAN DIBIAR TERUS KALAH

Kalah.Bermakna tewas.
Tiada yang suka akan kekalahan.
Tapi terkadang diri sendiri membenarkan kekalahan itu.
Meluaskan ruang.Memudahkan peluang.
Bukan sekali tapi seringkali.

Kalah.Memalukan.Ya,rasa semulajadi.
Bagai maruah dihenyak.
Umpama air muka dijaja tanpa rela.
Tidak mahu menampakkan diri.
Ingin sendiri.Mahu sepi.
Meminggirkan diri.
Besar.Ya besar kesannya kalah.
Harapan biar serendah busut.
Agar kecewanya tidak melangit tinggi.

Bangunlah jasad yang sihat.
Bangkitlah hati yang sakit layu.
Lemah lesu.
Mati kaku.
Hidup penuh subur.

Jangan dibiar terus kalah.
Antara dua.
Teknologi itu perlu.
Al-Quran itu wahyu.
Mana mesti didahulu.
Mana yang hakikat terlebih dahulu dan membantu.
Duniawi.Barzakh.Ukhrawi.
Di tiga kehidupan.
Tidak mungkin mampu lari.
Mesti lalui.
Bagaimana nanti.
Mulanya di sini.
Jangan dibiar terus kalah.
Sedari dunia lagi.

JANGAN DIBIAR TERUS KALAH

#sama-sama mencari redha Ilahi 

19 April 2018

Mencari Sokongan

7:32 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


MENCARI SOKONGAN ~ Kalau ada yang tanya pada PC,penting sangatkah sokongan ni?!?.. PC jawab .. ya sangat-sangat penting.Sejauh mana kepentingannya dan daripada mana sudut yang mesti di highlight kan.

Mencari sokongan.

Melihat situasi dan keperluannya.Sokongan ni seperti pepagar yang dibina untuk membantu pokok yang sifatnya menjalar untuk terus hidup dan berbakti dengan kita mengikut caranya sendiri.Begitulah tersangat pentingnya sokongan mempengaruhi kehidupan.


Baik memberi mahupun mencari sokongan,pastikan ditempat,masa dan keadaan yang betul dan clean.Di saat diri terperuk dan terburuk  jatuh hingga sukar untuk bangkit,ini detik untuk mencari sokongan yang bukan calang-calang,hati-hati jangan sampai silap pilih untuk berpaut takut-takut semakin gelita hujungnya nanti.

Wang itu penting.Wang sentiasa diperlukan untuk kehidupan namun jangan sampai kerana wang menjadikan kita hamba di kehidupan yang singkat.Ada ketika wang tidak lagi memberi apa-apa makna.Bila?..bila jiwa terasa kosong..bila adanya tidak membuahkan rasa damai dan bahagia.Bahaya.Cari lah sokongan untuk mengisi dan memaknakan.

Kita perlukan teman.Lumrahnya kehidupan di dunia ini kita perlu mencari dan menjalin ukhuwah.Kerana mencari sokongan bukan lagi kehendak tetapi keperluan.Sungguh.Kita wajar mencari sokongan cuma bezanya mengikut apa yang diperlukan.Setiap kita ada situasi yang berbeza,pilihlah bentuk sokongan yang boleh tambah kualiti kebaikkan pada diri kita,yang boleh mendekatkan kita pada PENCIPTA dan membawa kita ke lorong siratulmustakim yang betul.

Cari dan mintalah sokongan pertama daripada Tuhan.DIA sumber keseluruhan kebaikkan yang tiada satu sebab boleh kita ragukan - Perdu Cinta. 

#sama-sama mencari redha Ilahi 

18 April 2018

Sepertinya Lautan

8:20 AM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

SEPERTINYA LAUTAN

Daratan.Lautan.
Tuhan yang menjadikan.
Lautan melebihi keluasannya.
Namun.
Diketika beberapa lautan mula kekeringan.
Ya.Tanda pengakhiran.
Suntuk.
Bagi yang memahami.
Banyak lagi.
Bagi yang tidak mahu mengerti dan ambil peduli.
Jangan nanti fakir di dunia tiada jalan pulang.

Sepertinya lautan.
Luas.
Mewah dengan hidupan.
Untuk menyambung hidup yang hidup.
Yang memerlukan.
Tidak berhabisan.
Menjadi laluan dan perhubungan.
Menjadi juga sasaran rakus dan zalim insan.

Kehidupan.
Sepertinya lautan.
Semakin jauh kaki melangkah.
Semakin luas dipenglihatan.
Semakin dalam boleh menggali dan mencari.
Gelombang.Pasang.Surut.Tenang.Di lautan.
Debar.Duka.Suka.Bahagia.Di kehidupan. 

SEPERTINYA LAUTAN

#sama-sama mencari redha Ilahi 


17 April 2018

Power 5 S

7:10 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


POWER 5 S ~ Pengalaman setiap kita tak sama,walau hal atau peristiwanya sama namun penerimaannya berbeza.Maka wujudlah pengalaman yang ketara.Suri rumahtangga sepenuh masa - bekerja - kembali menjadi suri rumahtangga juga seorang blogger *kenkonon yang suam-suam kuku*..warna warni PC lalui.Alhamdulillah.Peluang dan pengalaman bekerjalah beri pendedahan pada PC tentang banyak hal dan salah satunya 5 S..hehe..

🐞Sisih  🐞Susun  🐞Sapu  🐞Seragam  🐞Sentiasa amal

Bila ada audit maka basah ketiak setiap hari..hehe.5 S?!? .. buat hari-hari menjadi S yang keenam iaitu Sibuk .. S ketujuh Serabut dan bila keadaan tidak terkawal dek kesuntukkan masa maka timbul S kelapan Sorok..hehehe.Maka Selamat.Kenangan sangat😁

Penambah baikkan dilakukan,daripada 5S diganti kepada EKSA iaitu Ekosistem Kondusif Sektor Awam sebagai usahausaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam. Sumber

Power 5 S

🍒As Salaam  (Maha Sejahtera)  🍒As Sami' (Maha Mendengar)  🍒As Syakur (Maha Memahami)  🍒As Syahid (Maha Menyaksikan)  🍒As Sobur (Maha Sabar)

Hebat.Allahu.Sebaik-baiknya S daripada 99 nama-NYA.Jangan memandang ringan power 5 S yang ini.Kenali,selami dan fahami supaya kita lebih mencintai.Perdu Cinta hamba pada PENCIPTA adalah dengan mengenal sifat dan nama-NYA yang indah.

Sabar mengenali .. syukur kerana berpeluang mengetahui..tidak semua daripada kita Allah dorong untuk mencari serta mendapat hidayah-Nya.Tidak juga semua taufik itu menghampiri untuk berada dijalanNYA.Allahu.Jaga rezeki Islam dan Iman yang telah DIA kurniai.

Power 5 S

#sama-sama mencari redha Ilahi 




16 April 2018

Rentak Rasa Naluri Bicara

7:13 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

RENTAK RASA NALURI BICARA

Bukannya biasa-biasa.
Mungkin berat mulut meluncur kata.
Lisan pun membeku.
Hanya hati petah bicaranya.
Mengatur.Merangka.
Lunasnya biar belum tentu.
Hanya jelas di pendengaran sendiri.
Cukup nyata diPENDENGARAN TUHAN.
Dengan izinNya.

Diam.
Kadang menjadi cacian juga.
Berlisan.
Apatah lagi berganda-ganda onarnya.
Memuskan hati?.
Semua?.
Mana mungkin terjadi.
Sengketa di mana-mana ada.
Senyap-senyap atau dengan gagah nyata.
Ada.Ya ada.
Ada matinya tersembunyi.
Hidupnya terkurung.
Dari diri sendiri kepada diri sendiri.

Rentak rasa naluri bicara
Yang dekat.Yang akrab.
Berasakan rentak rasa.
Yang menyatu.
Berasakan getarnya naluri bicara.
Halus menusuk kalbu.

Rentak Rasa Naluri Bicara

#sama-sama mencari redha Ilahi 

15 April 2018

Hadam Betul-betul

8:49 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

HADAM BETUL-BETUL 

Hujung minggu ke Singapura
Johor Singapura hanya berjiran
Apa di dengar pastikan sahihnya
Mengelak hidup daripada bermusuhan

Tapai ubi tapai pulut
Ada yang suka tidak kurang sebaliknya
Hadam bukan sekadar di perut
Hadam juga pada kewarasan minda

Bengkak jari tertusuk selumbar
Lambat dirawat luka bernanah
Siasat dulu sebelum menyebar
Elak fitnah merosak ukhuwah

Mencari cencaluk di Negeri Melaka
Bertemu kaum baba nyonya
Berkongsi ilmu tiada salahnya
Asal betul selari syariat -NYA

Comel molek buah bidara
Lebih menarik warnanya hijau muda
Sebelum menyiasat kaji kisahnya
Barulah terpelihara nilai yang ada

Katak si katak lompat
Lompat tengah malam
Jangan terus ditelan apa yang dapat
Takut masa depan menjadi kelam

Hadam Betul-betul

#sama-sama mencari redha Ilahi 

14 April 2018

Mungkin Tidak Seperti Yang Kita Sangka

8:49 AM 15
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


MUNGKIN TIDAK SEPERTI YANG KITA SANGKA ~ Perasaan atau naluri ada pada setiap kita.Anak-anak kecil pun ada perasaan..ada naluri.Waima haiwan pun ada naluri.Kita yang Allah SWT pinjamkan otak yang berakal..seharusnya lebih baik pada ketika mahu bertindak.

Beranggapan itu perlu supaya ada rasa waspada.Curiga buat kita sentiasa sensitif pada keadaan sekeliling.TETAPI jangan sampai berlarutan dan merosakkan diri dan orang lain.

Mungkin tidak seperti yang kita sangka.

Bersangka-sangan ada banyak faktor juga yang menyumbang.Sama ada bermula daripada diri sendiri yang senantiasa menyuburkan aura negatif atau mungkin dipengaruhi dan terpengaruh dengan persekitaran sehari-hari yang dilalui.

Terkadang kita turutkan emosi..berfikir malangkaui apa yang tidak sewajarnya.SubhanaAllah.PC sendiri pun kadang hanyut dengan perasaan sendiri,,walhal hakikatnya sesuatu itu mungkin tidak seperti yang kita sangka.Jernihkan fikiran dan hati.Tunda membuat kesimpulan sebelum sesuatu itu menemui kepastian yang diakui sahihnya.


MUNGKIN TIDAK SEPERTI YANG KITA SANGKA


#sama-sama mencari redha Ilahi 

13 April 2018

Didikan Ajaib Kesan Mujarab

7:02 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


DIDIKAN AJAIB KESAN MUJARAB ~ Formal atau tidak.Sengaja atau tidak.Macam-macam cara boleh perolehi didikan.Sungguh,bukan suatu perkara yang aneh bila DIA izin.

Memberi pendidikan yang terbaik..mencari didikan yang juga terbaik menjadi kemahuan setiap kita..kerana dari pendidikan yang baik insyaAllah memperolehi kehidupan yang juga baik..amin.

Berapa ramai insan-insan yang cemerlang tewas..dan tidak kurang ramainya insan-insan di luar sana berjaya,malahan lebih berjaya bukan disebabkan hebat  dibidang akademik sebaliknya berkat usaha,doa dan tawakkal.Bukan bermakna PC galakkan orang tidak perlu berjaya disudut akademik ya....bukan begitu.Berjaya itu luas pengertiannya.Banyak juga susur galurnya.

Didikan ajaib kesan mujarab.

Pengalaman.Bila Allah SWT izin sesuatu yang tidak kita ingini berlaku itu bermakna DIA mahu memberi pendidikan dan pengalaman pada kita.Sungguh!.Bila ibu kita nasihat kadang kita pandang sepi,lupa..lebih sedih diabaikan.Bila kawan-kawan atau saudara mara dan adik-beradik kita ingatkan..kita rimas dan bosan..sehinggalah ia seperti angin yang berlalu.

Tetapi ..

Bila dugaan itu hadir..ia menjadi didikan ajaib sehingga kesannya mejarab dan meresap pada hati dan minda..dan harapnya begitulah.

Didikan ajaib kesan mujarab.

#sama-sama mencari redha Ilahi 

12 April 2018

Cabar

9:03 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

CABAR

Cabar

Mencabar.Kau.
Dicabar.Aku.
Tercabar.Banyak.
Rasa yang tidak terungkap semua.
Sekerat dimulut.
Bersimpul-simpul dihati.
Tersimpan.Terpendam.
Membuah dan membeku geram.
Amarah yang parah.

Tidak berpenghujung.
Tidak akan tamat.
Sentiasa marak dan bermula.
Merata-rata.Di mana-mana.
Sampai bila.

Cabar.
Terkena sasaran membuah hasil.
Dan bila tersasar.Membazir keringat.
Panas untuk menyahut.
Dingin kata tidak bersambut.
Ya.Biar dingin.Berangin.
Daripada tunjuk angkuh.
Bermusuh.Merusuh.

Lihat siapa lawan.
Siapa yang mahu ditawan.
Tuhanmu.JANGAN.
Siapa yang tertawan.
Dengan sunnah Rasul-Nya.
Silakan.

Tunjuk kekuatan itu.
Tunjuk keyakinan itu.
Tunjuk ketulusan itu.
Atas nama Tuhanmu Ya Rab.
Yang A'had (SATU)
Tidak memperanakkan dan diperanakkan

Cabar.
Jangan membuat dirimu kelihatan lemah.
Hanya berselindung dibalik jasad gagah.
Hujungnya terkulai lemah menyerah.
Cari potensi yang ada.
Kejutkan dan sergah.
Moga apa yang di cabar tidak hanya singgah.

#sama-sama mencari redha Ilahi 

SEGMEN BLOGLIST 2018 BY THISNI3ZA

12:12 AM 2
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

SEGMEN BLOGLIST 2018 BY THISNI3ZA ~ Syarat yang mudah menjadi tarikan pada rakan blogger untuk menyertai apa pun segmen atau giveaway yang dianjurkan.Maka PC pun sama-samalah balas undangan yang diberi...he he he....terima kasih Blogger thisni3za pelawa PC😊.

Syarat yang cukup ringkas dan PC boleh penuhi..insyaAllah PC sertai.Jom kawan-kawan...

SEGMEN BLOGLIST 2018 BY THISNI3ZA

#sama-sama mencari redha Ilahi 

11 April 2018

Terangkan Malam

7:24 AM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


TERANGKAN MALAM ~ Kalau tidak malam ini .. ada lagi malam-malam yang lain.Ingat,belum tentu malam seterusnya kita masih bernyawa..masih juga di dunia.Belum tentu juga masih dapat melihat bulan dan bintang berkelipan.Allahu.SubhanaAllah.

Semai dalam hati niat yang betul.Paksa diri untuk melakukan apa yang jarang dan asing untuk ditunaikan.Berat kawan.Memang berat.Cakap memang mudah.Eh,sebenarnya tersangat mudah..tapi bab untuk melaksana..sila gigih.

Terangkan malam.

Ada berasakan tiadanya malam kerana cahaya lampu yang terang benderang.Melayan keasyikkan sendiri.Ke mana-mana .. entah dengan siapa.Ada masanya tersasar itu boleh berlaku kerana ianya cukup mudah..kenapa?...bila nafsu dan hasutan bertemu di titik yang saling menyokong dan menarik...tiada istilah fikir dua tiga kali..tekad.Tapi bila Allah berkendak..tiada yang pernah mustahil.Menjadi sebaik-baiknya insan.

Sebaik-baiknya insan juga bukan malaikat..jauh sekali terhindar dari melakukan khilaf.Justeru pandang atas zahiriah insan biasa.Sentiasa berusaha perbaiki diri.Apatah lagi kita..atau mungkin PC sahaja😂.Terangkan malam itu sukar.Namun andai itu yang dapat lebih mendekatkan..mengapa tidak diusahakan.Cubalah.


TERANGKAN MALAM
Google image 

#mencari redha Ilahi 



10 April 2018

Sebenarnya Beginilah Hakikat

7:06 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


SEBENARNYA BEGINILAH HAKIKAT ~ Kadang bila asyik dibuai keindahan duniawi kita alpa seketika sehinggalah Allah SWT kirim teguran..teguran yang pelbagai bentuk dan cara.Kadang teguran yang menyentap rasa.Tidak kurang yang halus namun sakitnya bagai luka yang merah berdarah disiram cuka.SubhanaAllah,teguran-teguran itu tanda kasih Allah SWT kepada kita.

Sebenarnya beginilah hakikat.

Lupa atau langsung tidak tahu baik buruk dan salah betul  membuatkan segelintir daripada kita lalai dan berterusan lakukan khilaf.Jalan pulang sentiasa ada kawan.Sentiasa terbuka dan tersedia dari DIA untuk kita hamba-hambaNYA.Cari tali itu.Gilap kusam pada kaca kerana tidak mustahil ia lebih bersinar daripada permata.

SEBENARNYA BEGINILAH HAKIKAT
Sumber imej : Perkongsian Rakan-rakan 

Kembalinya kita semua ke tempat asal yang sama.Sungguh.Diketika hanya kain putih menutupi sekujur tubuh yang dingin..tiada apa yang diharap lagi.Ingatan daripada anak-anak soleh solehah..ilmu yang bermanfaat..sedekah jariah...Allahu..bergantung bagaimana kita usahakan semasa berhayat sihat.

Sebenarnya kita bukan pun sesiapa.Tidak juga punya apa-apa..semuanya bakal hancur lebur .. hari ini selesa di kerusi mewah yang indah .. atau duduk di atas tikar yang lusuh .. satu saat akan ke liang yang serupa.Allahu.

# mencari redha Ilahi 


09 April 2018

Berseri-seri?!? .. Woww

7:25 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


BERSERI-SERI?!? .. WOW ~ Isnin dah..alhamdulillah.Jangan monday blues ya.Bersemangat!.Hari pertama memulakan kerja wajar rasa lemau itu ada dan terbawa-bawa.Dulu pun PC sendiri pernah laluinya.Namun cuba alihkan rasa longlai itu ke arah yang lebih memberi semangat.

Berseri-seri?!? .. wow.

Sekarang lebih malahan "extra advance" berbanding dahulu.Masing-masing tidak kira jantina dan peringkat umur berlumba-lumba untuk nampak berseri-seri.Kusam paling digeruni.Apatah lagi permasalahan lainnya.Silakan kerana itu hak masing-masing untuk berusaha dan mencuba..tapiiiiiiii,ingat..jangan sampai silap niat dan salah tingkah.

Mampu silakan.Tidak mampu,jangan beratkan diri dan fikiran.Pandangan mata yang mentafsir tidak sama.Percayalah.Buktinya berapa banyak dan ramai yang sering bertingkah pandangan diketika menilai dan memilih sesuatu termasuklah penilaian terhadap kecantikkan seseorang.

Setiap kita ada daya tarikan masing-masing...

Kecantikkan bermula dari dalaman.Bila hatinya cantik ianya turut mempengaruhi dan memperelok yang lainnya juga.Namun begitu,jangan silap membuat anggapan bahawa tidak lagi perlu menjaga apa sewajarnya dijaga...kuku panjang potonglah..berus gigi..bersyampu..bersabun bila mandi..janganlah fikir owh hati baik..kebersihan diri nak diabaikan...jawabnya bye..bye...

Di dunia mungkin kita menjaga penampilan agar mudah mendampingi dan didampingi..memudahkan hubungan sosial seharian..awas,jangan sampai berseri-serinya kita di dunia menggelapkan wajah kita di akhirat kelak.Bahayakan....oleh itu,berhati-hati..

Kerana yang pasti nanti ...


Berseri-seri?!? .. wow.

Surah Al Qiaamah
Ayat 22


#sama-sama mencari redha Ilahi 

08 April 2018

Santai-santai Jangan Meng"abai" ..

7:50 AM 14
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

SANTAI-SANTAI JANGAN MENG"ABAI" ..

Minggu pertama telah berlalu
Masuk pula minggu kedua
Bulan April pun bakal berlalu
Kita lalui sebaik-baiknya 

Hujung minggu bersilih ganti
Waktu sebaiknya bersama keluarga
Didik diri cuba mengerti
Setiap makhluk ada nilainya

Diam tak diam Ramadhan mendekat
Masih sempat qada yang ditinggalkan
Banyak hal datang menghambat
Usaha dan doa jangan diabaikan

Hiburan tiada salahnya
Apa yang penting tidak langkau hadnya
Jangan melupakan pada yang berjasa
Mengenang budi bersopan bahasa

Sudah kurang terlihat buah rambai
Terasa tekak mahu makan
Santai-santai jangan meng"abai"
Kelak merana tidak tertahan

Santai-santai Jangan Meng"abai" ..
Google image 
Re edit PC

#sama-sama mencari redha Ilahi 


07 April 2018

Separuh Hati ..

7:44 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

SEPARUH HATI ..

Berkira-kira.
Rasa ragu-ragu.
Ya atau tidak.
Betul atau salah.
Bagaimana.
Persoalan demi persoalan.
Menganggu.
Membelenggu.

Akal mengarahkan begini.
Sedang hati berbisik begitu.
Dipendengaran lain.
Pada pemerhatian berbeza.
Allahu.

Celaru.Keliru.
Sedang waktu yang kian berlalu.
Bertindak atau diam mendak.
Bicara atau diam membisu.
Yang mana satu.

Mahu.Dilarang.
Menolak.Disuruh.
Dilema.
Dilalui setiapnya makhluk Tuhan.
Cara sahaja berbeza-beza. 
Yang masing-masing tidak tahu.

Separuh hati.
Berbasa-basi.
Berdolak-dalih.
Mencari solusi.
Buntu atau menemui.
Merayu pada PEMILIK hati.
Mohon pertolongan dorongkan naluri.

Pada galur yang lurus.
Pada laluan yang tulus.
Jangan separuhnya hati.
Mantapkan sepenuhnya sanubari.
Agar sempurnanya nanti kerana Ilahi.

Biarlah.
Alang-alang menyeluk pekasam.
Biar sampai ke pangkal lengan.


Separuh hati

#sama-sama mencari redha Ilahi 

06 April 2018

Tidak Dinafikan ..

9:03 AM 14
Tidak Dinafikan ..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


TIDAK DINAFIKAN ~ Menduduki ujian bulanan ketika sekolah sudah membuat hati tidak tenang apatah lagi ujian hidup.Bagi anak-anak atau kanak-kanak rebina ujian atau peperiksaan di sekolah itu sudah cukup berat dan menyesakkan.Inilah yang PC rasa.Ha ha ha😄.Dapat jadual sahaja pun sudah terganggu lena malam ku...ceh!..itu belum lagi minggu pemeriksaan gigi dari klinik pergigian Kementerian Kesihatan..fuhhhhhhhhh peluh ketiak.Kalau boleh nak kecikkan diri sembunyi dalam laci.😁

Tidak dinafikan ..

Seiringnya waktu berlalu .. berganjaknya angka pada usia buat PC atau kita semua menjadi lebih dewasa.Ada yang meletakkan tahap kematangan pada usia dan ada juga sebaliknya,kerana untuk menjadi dan bertindak lebih dewasa pengalaman serta persekitaran sangat-sangat mempengaruhi.Justeru ianya tidak boleh juga dinilai dengan angka pada usia.

Ujian,tiada siapa mahukannya.Ramai yang tewas dek ujian atau dugaan.Jangan lupa,banyak juga yang bangkit lebih baik dan lebih berjaya selepas mengharungi pelbagai ujian atau dugaan.

Seperkara ..

Daripada Ka'ab bin 'Iyadh RA katanya,aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,  "Sesungguhnya bagi setiap umatku ada ujian.Ujian ke atas umatku ialah harta benda". (Hadith Riwayat at-Tirmizi,katanya)

Beringat sentiasa .. hati-hati dengan tipu daya dunia.Indahnya sementara,nikmatnya seketika.

*sama-sama mencari redha Ilahi 

05 April 2018

Eleh .. Celah Gigi Je

8:33 AM 15
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


ELEH .. CELAH GIGI JE ~ Budak-budak .. dengar tapi tidak memahami.Dengar lagi tidak juga fahami.Tetapi bila kerap didengari dan berulangkali biar tidak memahami namun diingati.Itu sebabnya mengapa orang dewasa harus sentiasa menjaga lisan satu sama lain apatah lagi ketika ada anak-anak atau kanak-kanak.Lebih berhati-hati.

Eleh .. celah gigi je.


Eleh .. Celah Gigi Je
Google image 

Bunyinya menunjukkan rasa angkuh.Memberi persepsi memandang rendah juga pada orang lain.Ya,mencabar juga..lebih mudah "senang je" .. "hal kecil" .. "petik jari je" .. haaa inilah yang PC faham apa yang dikatakan "eleh .. celah gigi je".Mungkin bagi sesetengah orang ianya santai dan gurauan..tapi entah mengapa dipendengaran PC kurang enak bunyinya.He he he😅.Atau mungkin bergantung pada cara dan gaya serta situasi frasa tersebut digunakan.Mungkin jugalah.

Pemberian orang mengikut suka si pemberi.Banyak atau sedikit,terserah.Walaupun terkadang lebih baik tidak perlu memberi kerana bakal mencetuskan peperangan diantara anak-anak kecil dan sebagainya.Penerima sila terima dan syukuri.Terima dengan senyuman walau mungkin masam dihati.Cover.Hormati.Sedikit itu rezeki.Banyak itu juga rezeki.Cuba terima apa adanya.Agak-agak kurang tambah sendiri.Haaaa gitu.

Mungkin bagi kita kecil dan bukan apa-apa pun .. tapi ianya besar dan bermakna bagi orang lain.Justeru kerana dipandangan ianya nampak berbeza maka berhati-hati untuk menampakkan apa pun espresi.

#sama-sama mencari redha Ilahi