25 March 2018

Tidak Pergi Jauh

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

TIDAK PERGI JAUH

Pokok manggis lebat buahnya
Gugur buahnya satu per satu
Tidak terpisah jauh dari induknya
Sikap ibu bapa juga yang bakal ditiru

Kacang hijau direndam semalaman
Siap menjadi bubur dinikmati setaman
Susah senang itulah pengalaman
Doa ibu bapa sentiasa diharapkan

Bunga kantan dihiris halus
Dicampur sayur menjadi ulaman
Bertahun merantau melangkah beratus-ratus
Hujung kembali ke desa halaman

Bangga menikmati apa dihajatkan
Hasil usaha membuahkan hasil
Hakikatnya semua daripada Tuhan
Boleh diberi boleh DIA ambil

Carik-carik si bulu ayam
Bila dikumpul bercantum juga
Adatlah hari ini ada bermuka masam
Sesaat lagi bergurau semula

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

10 comments:

  1. Hidup kita nie kalau dalam keberkatan dan keredhaan Allah dan ibu bapa InsyaAllah.. selamat dunia, akhirat kan PC..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat-sangat tu Kak Sue...setuju..😊

      Delete
  2. SLMT BRHUJUNG MINGGU N CERIA SELALU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berhujung minggu kak Paridah😊

      Delete
  3. bertabur bintang di malam ini,
    seindah tarian mu sang dewi,
    bahagia kan selalu menghampiri,
    kerana sahabat selalu di sisi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...amin..amin...moga sahabat-sahabat yang baik sentiasa mendampingi...😊

      Delete
  4. lama rasanya tak baca pantun, nice lah PC! <3

    ReplyDelete
  5. Kata peribahasa, bagai belut pulang ke lubuk.

    ReplyDelete
  6. busyra suka smua tulisan akak.. ada auraa.. hehe

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..