18 March 2018

Putaran

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

PUTARAN 

Daun sirih daun kadok
Macam serupa tapi tak sama
Sebelum dewasa asalnya budak
Susah senang dilalui bersama

Kita melihat dia melihat
Sama dilihat lain pendapat
Hari ini lewat esok cepat
Siapa pun boleh berubah tempat

Banyak manisan dijadikan hanraran
Berbals dulang itu adat
Apa yang ada jangan dighairahkan
Kesian orang yang sukar mendapat

Hari ini dihadapan
Mungkin esok terkebelakang
Ada ketika ikan memakan umpan
Ada detiknya pulang berlenggang

Senyum itu biar kerana gembira
Bukan kerana sinis memerli sesiapa
Pusing sini pusing sana
Esok lusa bertemu juga


Putaran

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


6 comments:

  1. Sesiapa pun boleh berubah.
    Mudah2an berubah ke arah yang lebih baik.

    ReplyDelete
  2. alhamdullah ..saya senyum untuk gembira

    ReplyDelete
  3. LAKUKAN AMALAN KEBAIKAN UTK DIRI N ORG LAIN

    ReplyDelete
  4. Buat baik akan dibalas baik juga nanti kan PC..

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah bersihkan hati kita untuk menjaga aib saudara kita..aamiin

    ReplyDelete
  6. Semoga hati kita sentiasa berbisik kebaikan..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..