28 March 2018

Pandanglah Tepat Ke Anak Matanya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


PANDANGLAH TEPAT KE ANAK MATANYA ~ Selain lisan di mulut..mata juga mampu berkata-kata.Bahasa yang tersangat halus dan dalam.Bicara daripada sepasang mata.Berkaca-kaca kesedihan .. berkaca-kaca terharu dan gembira .. kegelisahan .. kemarahan .. ketenangan .. pembohongan.Mata daripada sirnanya mampu ditafsir.

Pandanglah tepat ke anak matanya.


Pandanglah Tepat Ke Anak Matanya
Google image 

Bukan satu hal yang aneh dan tidak perlu dihairankan namun mesti diambil tahu.Kucing gelandangan.Berat untuk disebut sebenarnya mereka lebih berat untuk melalui.Di pasar .. di gerai-gerai makan sering menjadi tumpuan pemindahan atau pembuangan kucing.Ada yang panjang usianya.Juga sebaliknya.

PC sayang kucing.Mungkin sudah terbiasa dari kecil kucing itulah kawan dan adik beradik PC.Ya,PC bukan pejuang membela nasib kucing.Tidak.Rasa belas ihsan itu ada.Sentiasa ada.Subur.Lebih-lebih lagi bila sedang makan di luar.

Ada yang suka.Ada sebaliknya.Sedang kita kelaparan dan dahaga menikmati hidangan,kucing-kucing ini datang bukan sengaja tapi dorongan Allah untuk uji kita.Ini yang PC rasa.Ada banyak meja,banyak pelanggan kenapa ditujunya ke kita.Menanti dengan khusyuk,bunyi minta perhatian.Ya PC belajar daripada persekitaran .. pemerhatian.

Bila terasa rimas .. pandanglah tepat ke anak matanya.Di situ ada jawapannya.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

9 comments:

  1. Ya Alah... betul tu pc... kesian mereka pun makhluk Allah, dek kita enak duk mkn mereka pula kelaparan... baik jika berkongsi rezeki dgn mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak...beri sekadar kita mampu dan sekadar yang boleh diusahakan...😊

      Delete
  2. Ada sebab Allah hantar kucing tu dekat kita kan. Jika ada rezeki yang boleh dikongsi, jangan berat untuk berkongsi. Mungin tu asbab Allah nak naikkan darjat dan rezeki kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak...mula2 PC pun tak perasan..lama2 terfikir juga..kenapa banyak meja yang ada pelanggan..dia tuju ke kita...kenapa tak ke meja lain..tu yang terdetik...ini ujian..😊

      Delete
  3. Mrs. A kalau dengan kucing mesti kalah.
    Lagilah kalau lawan mata dengan kucing tak pernah menang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalah terus suka ya kak...tersipu-sipu malu...hehe 😊

      Delete
  4. SALING SAYANG MENYAYANGI SESAMA KEJADIAN-NYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak...itulah yang sebaik-baiknya...😊

      Delete
  5. Sayu membacanya..walau tak sudi memberi, janganlah ditendang kucing tu. Kita pulak yang geram tengok..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..