Legakan Rasa Pening

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


LEGAKAN RASA PENING ~ Pening ada banyak puncanya.Ada pelbagai sebabnya juga.Walau hakikatnya semua atas izinNYA juga.Antara sebabnya berpunca daripada pemakanan .. rutin tidur yang tidak teratur .. tekanan (stress) .. gangguan kesihatan .. dan banyak lagi.

Legakan rasa pening.

Apabila .. Betulkan yang salah.Salahkan yang betul.
...aduh! pening arrrrr...he he he😲.Macam mana tu..

Kita sering keliru dan tertipu.Dalam banyak urusan dan dalam berjenis perkara.Sengaja,atau sebaliknya..terancang atau juga sebalijnya.Susah dijangka.Terkadang tak sangka pun.Macam sekelip mata.Allahu.Justeru tidak hairan mengapa adakala kita tahu perkara itu salah tapi tetap mempertahankannya...manakala yang betul,eh bersungguh pula menyalahkannya.

Bila seseorang itu teguh dengan pemikiran dan pendiriannya,sukar untuk diubah.Batu hari-hari dititiskan air,lama kelamaan lekuk juga.Hati juga begitu.Mesti rajin dilentur agar melebur dan beracuan yang cantik.Kerana secara tidak langsung rasa ingin rujuk,bertanya untuk minta penjelasan dan kepastian akan satu-satu kemusykilan akan mengalir dengan mudah.Legakan rasa pening jugakan...ahaaaa..

Daun yang tertulis nama kita menanti detik untuk gugur..baki usia yang kita tidak ketahui ini..gunakanlah untuk buat diri dan orang lain bahagia dan gembira..jangan menjadikan orang pening disebabkan kita...


LEGAKAN RASA PENING


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. W'salam PC..

    Pernah ada orang beritahu kalau telinga kita berdesing itu tanda ada daun gugur kena sipi daun kita. Pastu kita kena selawat dengan hembus pada genggaman tangan 3x kiri dan kanan, betul ker?
    Wallahu A'lam.

    BalasPadam
  2. itulah
    sedar2 tertipu kan
    apa2 pun minta segalanya dipermudah dan dielakkan daripada perkara2 negatif

    BalasPadam
  3. Pening sbg asbab tuk kita jgn melupainya... Dulu akak pun tak paham, kalau pening ke sakit perut ke akak mesti salahkan makan itu dan ini... Sahabat kata kat akak, "asbab je tu kak sheila".... masa tu akak tak paham, dah biasa dan belajar baru tahu oooo itu cuma asbab, bagaimana asbab tu terjadi....

    BalasPadam
  4. Pening nampak biasa tp bila dah kena tak tahan juga kan. Asbab utk kita sentiasa ingat padaNya

    BalasPadam
  5. ini yang buat risau nie...

    berapa lama lagi baki usia yang ada..

    berapa banyak amal pula untuk dijadikan bekalan..

    wallahualam

    BalasPadam
  6. Kak Sue kerap sakit kepala, bukan pening. Mungkin sebab tak cukup tidur atau terlalu memikir.. Nak kena relak-relaks kan sikit dan lebihkan berzikir lagi nie kut.. ehehe..

    BalasPadam
  7. pening kita orang tak nampak. pening kita hanya Allah je yang tahu. begitu juga dengan ajal kita, hanya Dia yang tahu :'(

    BalasPadam
  8. pening tu tanda aras kesihatan kita juga..banyak sebab jugak la pening ni dan apa yg pasti pening di kepala atau dijiwa tapi lidah jgn pening untuk berselawat, berzikir dan berdoa diberikan kesembuhan dan ketenangan..

    BalasPadam
  9. Hidup di dunia ni mmg tak lama..moga sentiasa menjadi peringatan buat kita semua. Allahuakbar.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama