04 March 2018

Jalan Yang Berliku

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

JALAN YANG BERLIKU

Lurus atau berliku.
Tegak atau berselekoh tajam.
Cantik atau  berlopak.
Begitu perumpamaan kehidupan.
Semua makhluk.
Cabaran sentiasa ada.
Ujian luar jangkaan.

Terbiasa.
Diketika sudah terbiasa dengan luka.
Luka yang parah tapi tidak berdarah.
Parut yang dalam tidak berjahit.
Akan jadi terbius.
Terbiasa atau kebal dan kebas.
Mungkin.
Terpaksa lama-lama meredha pasrah.

Susahnya.
Berasakan begitu.
Wajarlah.Warasnya manusia.
Mahu menggapai.
Hendak mencapai.
Tuhan hantar ujian.
Banyak yang menjadi perantara.

Di pihaknya kita bersangka putih.
Di pihaknya perantara putihkan yang hitam.
Hitam itu menawan.
Hitam itu mahal.
Hitam dihati itu membinasa bahaya.

Jangan membengkokkan jalan yang lurus.
Jangan lubangkan laluan yang rata.
Jangan menari atas dukanya orang lain.
Sebenarnya begitu.
Sedang menyusun anak panah ke jasad sendiri.

Parah.
Hilang arah.
Namun hikmah itu melebihi manisnya gula.
Jalani dengan kerendahan hati.
Bukan ke"kontang"an iman.


JALAN YANG BERLIKU

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



7 comments:

  1. Waalaikumsalam PC, lama rasa tak singgah sini. Betul tu, dalam hidup kita nie kena tempuh banyak jalan berliku.. Kena pandai-pandai kita lah nak ikut arah jalan yang mana..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah
    Tunjukkanlah jalan yang lurus


    ReplyDelete
  3. yups
    banyak yang berliku
    tugas kita pastikan akhirnya ia ke jalan yang lurus :)

    ReplyDelete
  4. Hikmah tu manis bila kita redha dengan setiap apa yg berlaku. Sukar tp perlu utk redha.

    ReplyDelete
  5. stiap yg berlaku ada hikmahnya.. tiap perjalanan kita ada bnyak halangan.. inshaAllah mudahan kita akan kuat harunginya. amin.

    ReplyDelete
  6. Baca ni mengingatkan saya tentang ungkapan 'dunia ini adalah penjara buat mereka yg beriman'.. sememangnya bnyak halangan dan cabarannya. Kepada Allah jua kita semua berserah dgn usaha, doa dan tawakkal kepadanya... Allahuakbar.

    ReplyDelete
  7. Semoga hidup kita berada di landasan yang lurus dan benar dengan keredhaan daripadaNya. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..