26 March 2018

Cari Dan Minta

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

CARI DAN MINTA

Ada masanya boleh.
Buang rasa malu.
Tempatkan rasa silu.
Cari dan minta.
Ditempat yang betul dan bila perlu.
Tidak tercemar maruah.
Tidak jatuh air muka.
Tidak.

Cari dan minta.
Unsur yang baik.
Doa yang telus.
Yang terus.
Diangkat tanpa hijab.

Seperti lidi.
Satu patah dengan sangat mudah.
Seikat rapuhnya sangat susah.
Kuat.
Padat.
Erat.
Doa daripada banyak lisan.
Menjadi teguh kuat.
Mantap.
Sokong.Ya sokong setiap doa.

Cari dan minta.
Dengan kerendahan hati.
Dengan berlapang dada.
Dengan sebenar-benarnya tawakkal.
Cari keampuhan diri.Cari yang positif dari segenapnya sudut.
Cari arah yang tidak menjatuh.
Tidak meruntuh.
Tidak membunuh.
Minta dari DIA.
Minta gabungan doa daripada semua.

Cari Dan Minta


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

3 comments:

  1. Kena terus berdoa kan kita ni PC. Dah usaha doa, bersedih pun doa, gembira pun doa. Doa sokmo org ganu kata. Allah suka hambaNya yg meminta.

    ReplyDelete
  2. Kepada-Nya kita meminta dan bertawakal

    ReplyDelete
  3. doa itu segalanyaa.. betapa kuatnya kuasa doa.. <3

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..