09 March 2018

Bukan Tempat Beristirehat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

BUKAN TEMPAT BERISTIREHAT

Tubuh letih gigih bekerja
Pulang bekerja di waktu senja
Tidak usah terlalunya lena
Lena di dunia nikmat sementara

Apa yang ada jangan dimegah
Semua itu ujian semata
Sejauhnya kaki melangkah
Kurangnya tetap ada di sini sana

Sentiasa ada banyak tawaran
Terlalu murah hingga menambat hati
Mahal murah mungkin ukuran
Bukan jaminan tenangnya hati

Sesekali manjakan diri pergi ke spa
Mendapatan rawatan sambil berehat
Terserah mahu pergi ke mana
Dunia bukan tempat beristirehat

Pilih-pilih mengikut citarasa
Apa yang dipilih menyumbang bahagia
Cukup mewah sangat selesa
Kalah juga singahsana di syurga

Hati teruja melihat pesawat
Lalu lintas di awan biru
Hakikatnya dunia bukan tempat beristirehat
Syurga kelaklah tempat sebaik-baiknya beradu

BUKAN TEMPAT BERISTIREHAT

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


10 comments:

  1. Tepat sekali PC..
    Kadang-kadang terlalu asyik mengejar dunia terasa penat dan hampir putus asa..
    Padahal nikmat dunia tak pernah cukup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak...tak puas...lagi...lagi...lagi dan nak lagi....

      Delete
  2. Dunia hanya tempat kita menuai sebanyak mungkin utk hasil di sana nanti. Semoga tuaian kita dipandang Dia yang Maha Berkuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...betul kak...moga diterima bertambah dan tidak muflis kita di sana...

      Delete
  3. BERSUNGGUH BERAMAL IBADAH SBG BEKALN UTK REHAT YG PNJANG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...betul kak PI...di sana hanya disyurga tempat rehat yang sebenar...

      Delete
  4. dunia tempat kita cari amal ibadat untuk dijadi bekalan akhirat nanti

    ReplyDelete
  5. Semoga kita semua dapat ke syurga. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..