24 March 2018

Berputus Asa? .. Janganlah..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


BERPUTUS ASA? .. JANGANLAH ~ Rapuh .. ada dalam diri PC.Ya rasa rapuh.Kudratnya kita tidak seberapa.Apatah lagi hati.Retak,,biasa..normallah dah namanya pun manusia.Robot pun kalau dipaksa setiap detik hancur juga segala sistemnya.Bezanya manusia,Allah SWT sentiasa menguji sentiasa juga merawati dengan cara-NYA yang tersendiri.

Berputus asa? .. janganlah.

Percubaan demi percubaan.Usaha demi usaha.Satu persatu sepertinya menyusun puzzle.Ada masa terseliuh dipermulaan.Ada ketika khilaf di pertengan dan tidak mustahil tersasar dihampir garis penghujung ikhtiar.Di antara fasa-fasa yang dilalui .. ya untuk berputus asa itu ada..namun janganlah.

Berasa lelah menanti hasil pada setiap yang diusahakan itu lumrah.Bila banyak persoalan mula timbul..mula terbit baik dari sekeliling mahupun dari diri sendiri..itu saat yang lebih mencabar.Cari kekuatan.Bangkit dan terus berharap.

Sebaik-baik berharap itu bila kita senantiasa dambakan campur tangan Allah SWT.Positifkan hati dan pemikiran,bersangka baik dengan Allah SWT sentiasa.Cari dan gali sisi baik dicelah rasa-rasa yang suram dan kelam.Berputus asa? .. janganlah.


BERPUTUS ASA? .. JANGANLAH


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

4 comments:

  1. terima kasih PC, saya ni dhla tengah tak bersemangat sejak dh sambung belajar ni. rasa mcm nak give up.. tapi baru mula, takkan awalnya nak give up kan? sabar jelah untuk 2 tahun lagi

    ReplyDelete
  2. Kak ana pun sama. Selalu rasa putus asa. Tp bila renung rahmat Allah bagi malu pula rasanya. Jadi naik lah kejap semangat tu. Ok lah dari down terus kan. Hehe

    ReplyDelete
  3. Mudah2an kita diberi kekuatan supaya tidak berputus asa

    ReplyDelete
  4. selagi ada masa untuk brjuang. maka berjuanglah! InshaAllah.. smoga smuanya dipermudahkan.. jgn sesekali brputus asa.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..