Apa-apa Pun Niat Tu .. Jaga

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

APA-APA PUN NIAT TU .. JAGA ~ NIAT ibarat tulang belakang.Seperti rangka juga.Boleh jadi tiang pada satu perkara yang ingin dibangunkan.Niat,perbuatan dan apa sepadan dengannya.Mulanya daripada niat.Justeru itu niat yang baik-baik..agar apa yang dipacu juga ke arah yang lebih baik.

Apa-apa pun niat tu jaga ..

Sangat penting.Ibu ayah semak lafaz  niat anak-anak yang sudah baligh. Niat mandi wajib.Suami isteri pun jangan segan-segan sesekali ulangkaji bab mandi hadas besar seperti selayaknya.Ibadah yang lain-lainnya bersangkutan dengan sucinya tubuh dari berhadas..peringatan untuk PC juga ni..

"Mulut jahat tapi hatinya sangat baik" .. ayat "cover" .. fakta atau auta sebenarnya ni..sukar untuk ditafsir.Mungkin ada yang terus menolak situasi ini namun bagi PC perlu dilihat terlebih dahulu..mudahnya "jangan menilai luaran sebelum  tahu bagaimana isinya".Setiap orang ada sisi baiknya..ada juga sisi khilafnya.Sesiapa pun berpotensi untuk mengubah dan berubah.InsyaAllah.

"Niat tidak menghalalkan cara".Ya seandainya ia menjurus pada haluan yang tidak baik.Namun sekiranya ia berada di laluan yang sejajar dengan apa yang diizinNya..tidak menjadi masalah pun.

Niat umpama angin..dirasai namun tidak terlihat..sehinggalah ianya ditunaikan.Namun sebelum itu hanya hati kita yang berbicara..didengari oleh telinga dan pastinya Allah SWT sangat mengenal pasti.Ibarat memberi.. "jangan sampai tangan kiri mengetahui" ..begitu juga dengan niat .. selagi belum yakin tidak usah diwarwarkan kecuali ianya suatu yang memerlukan banyak pendapat pihak tertentu.


Apa-apa Pun Niat Tu .. Jaga


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

16 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. niat kena lah baik. kita ni kekadang nak buat baik, nak orang tahu. Allah.. jauhkan kita dari sifat macam ni. takut!

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Nak buat baik nak orang tahu"....setuju part ni....tak salah untuk menggalak dan memotivasikan orang buat baik...tapi kena ht2 jangan terbabas ke riak dlm hati😁

      Padam
  2. Semoga dijauhkan dari jadi sebegini. Kadang-kadang hati bisik lain, otak kata lain. Kembali pada niat, in shaa Allah dapat petunjuk dari Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akal dan hati bila tak seiring kacau bilau jadinya...minta sangat-sangat dijauhkan...amin😁

      Padam
  3. Ada orang berkata 'saya tak berniat pun untuk melakukannya'...jadi apakah yang mendorong beliau melakukan sesuatu perkara? Mungkin kerana nafsu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga tu kakcik...bila tiada niat tapi fikiran tewas dengan kewarasan dan bisikkan ke arah yang kurang baik...menanglah nafsu😁

      Padam
  4. kadang niat nak buat macamni tapi tangan terbuat yang lain pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi dalam kebaikkan insyaAllah ok saja...😁

      Padam
  5. Niat kena sentiasa perkara yang baik dan positif. Baru hidup bahagia. InsyaAllah. Aamin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin....insyaAllah..dan usaha reakisasikan apa niat baik itu....😁

      Padam
  6. Pokok pangkal niat dalam hati kan PC. Baik niatnya insyaAllah baik hasilnya. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak Ana...perbaiki niat...kaji situasi...minta pandangan yang lebih arif...insyaAllah bantuan Allah itu akan sampai.😁

      Padam
  7. betul. bermula dari niat, mula mencetus segalanya. kata2 itu suatu doa kan

    BalasPadam
  8. boleh dikatakan semua perbuatan mesti bermula dengan niat dan semoga kita sentiasa punya niat yang baik untuk diri dan semua disekeliling kita

    BalasPadam
  9. Setuju... niat tu hanya Allah jua yg tahu baik dan buruk pada hati kita. Moga kita semua sentiasa dipermudahkan atas segala niat yg baik.. aamiin ya Rabb.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama