01 March 2018

59 Muka Surat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


59 MUKA SURAT ~ Mac pula menyapa.Ya di tahun 2018.Mungkin ada yang berasakannya sama yang membeza hanya tahunnya tapi tidak pada segelintir orang.Memaknakan hari-hari yang dilalui setiap orang itu ada cara yang berlainan.

59 muka surat..

Ya 59 hari telah pun kita lalui..Januari .. Februari .. 59 muka surat baru yang ada laluannya berliku .. yang ada warnanya bercelaru tidak kurang yang sinarnya begitu terang bercahaya .. subhanAllah.Rezeki.

Masih permulaan namun permulaan yang tidak boleh dipandang mudah.Kalau mengejar waktu tidak mungkin akan mampu untuk kita mengejar melainkan mengisi setiap detik yang dilalui dengan sedayanya.Hari yang bersilih ganti itu peluang bagi yang menganggapnya di hari baru masih adanya harapan.

Pasrah itu menyerah .. redha itu mengikhlaskan .. PerduCINTA 

Menggembirakan .. menyedihkan .. membahagiakan atau mendukacitakan dalam 59 hari yang telah berlalu ada ujian dan hikmahnya.Ambillah dari sudut mana pun,jadikan pedoman.

59 Muka Surat


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

22 comments:

  1. Semoga PerduCinta terus kuat dalam menghadapi ujian..Allah hanya tempat mengadu, rakan sebagai tempat bersandar..semoga terus kuat sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..amin..amin..insya Allah...moga sentiasa di hidupkan rasa syukur pada diri PC dan kita semua😊

      Delete
  2. Semoga kita akan terus berbahagia di dunia dan akhirat.. Teruskan menulis yang baik baik ya PC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...betul KakYa...bahagia dunia dan akhirat..insya Allah...begitu juga akak...😊

      Delete
  3. Waktu berlalu pantas sehingga tak daya kita mengejarnya... Sedar2 dah menjelang hujung thn semula, sedar2 kita juga semakin dimamah usia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..itulah masa yang harusnya kita mengisi dan memanfaatkannya sebaik-baiknya...moga usia yang dipinjamkan ada keberkatannya..amin😊

      Delete
  4. Kejap masa berlalu. Semoga tahun ni tahun yg terbaik dr sebelumnya ye. Masih tak terlambat kalau nk berubah ke arah lebih baik.sama2 kita usaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn...betul kak Ana...kita harapkan begitu..moga apa yang perlu diperbaiki dapat kita perbaiki..Allah SWT beri peluang pada kita..😊

      Delete
  5. Terima kasih atas tulisannya. Betul, tak sedar masa berlalu begitu pantas sekali. Semoga hari ini dan hari2 mendatang lebih baik dari semalam yang sudah menjadi kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..kejap dah Mac..subhanAllah..rezeki melalui 52hari...alhamdulillah..moga baki usia yang tidak kita tahu tinggal berapa ini dapat digunakan sebaiknya 😊

      Delete
  6. cepat je kan masa berlalu. seminggu macam dah sehari :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kadang rasa macam belum buat apa-apa..eh dah sebulan..😊

      Delete
  7. semoga sentiasa kuat dan tabah dalam menghadapi hari2 mendatang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..insyaAllah..moga kita semua begitu..😊

      Delete
  8. semua yang datang adalah perancangan Allah untuk umatNya. semoga kita kuat menghadapi. insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar...ujian tanda DIA sayang dan mencintai hamba-hambaNYA...😊

      Delete
  9. Allahu, pantas betul masa berlalu kan.. Walau apapun, alhalhamdullil sbb Allah masih memberi peluang menikmati nikmatNya. Terima kasih Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur...syukur..syukur...tiada satu nikmat mampu kita dustakan...😊

      Delete
  10. Selamat datang March.. Moga dapat dilalui dengan baik.. Tak lama lagi nak jumpa Ramadhan pula.. kejap je masa

    ReplyDelete
  11. rasa skejap ja kan.. bru masuk tahun baru. smoga kita sntiasa kuat menjalani kehidupan. inshaAlah.. amin. <3

    ReplyDelete
  12. Rasa cepat sangat berlalu. dah bulan mac. nanti bulan april. huhu.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..