10 February 2018

Terbuka

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


TERBUKA ~ Ter itu membawa maksud tidak disengajakan..terbuka baju,terbuka rahsia,terbuka hijab (pandangan batin mata)..dan lazimnya ter ini lebih mudah untuk dimaafkan.Syaratnya betul-betul ter yang tidak disengajakan.Tapi kalau sengaja..menggunakan ter itu alasan melepaskan diri .. ingat Allah dan kerajaanNya tidak pernah leka.

Dalam entri ini yang cuba PC mahu sampai dan kongsikan adalah "terbuka" atas pilihan sendiri..dengan kerelaan hati.Mudahnya adalah sengaja.Ya sengaja .. suka dan rela gitu.

Sebenarnya terbuka ini pilihan masing-masing.Ada yang lebih senang hati memilih untuk terbuka berkongsi apa sahaja kisah hidupnya..dan ada juga yang pilih menutup seeratnya dan tidak kurang yang hanya terbuka pada hal-hal yang dirasakan wajar sahaja.

Lain orang lain pandangan .. lain orang lain keperluannya dan lain orang jauh beza niatnya.

Setiap apa pun yang dilakukan pasti ada risikonya.Tidak semua suka pada kebaikkan..dan tidak semua benci pada keburukkan atau kejahatan.Berapa ramai yang dikecam kerana berbuat baik..dan berapa banyak dibela ketika berbuat satu hal yang salah..justeru berhati-hati di saat memilih jalan untuk terbuka.

Banyak cara untuk disukai mungkin bersikap terbuka itu hanya secebis caranya.Simpanlah walau sedikit kisah untuk diri sendiri supaya ada nilai yang luar biasa.


TERBUKA
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

6 comments:

  1. Setuju PC, kadang terbuka sangat pun bawah padah. Tak terbuka pun kadang dianggap lain pula..

    ReplyDelete
  2. sifat terbuka ni atas pilihan sendiri kan. tapi kalau kita bersifat terbuka ni kita akan lebih tenang sebenarnya sebab kita tak simpan banyak problems. hehe

    ReplyDelete
  3. Keterbukaan tu pada kak ana biar kena pada tempat dan situasi nya. Kadang ada yg perlu disembunyikan demi kebaikan sendiri.

    ReplyDelete
  4. Setuju.. terlalu terbuka dikuatiri boleh memakan diri.

    ReplyDelete
  5. Bukan semua perkara kita boleh kongsikan dengan orang lain
    walhal orang yang paling rapat dengan kta sekali pun.

    ReplyDelete
  6. Betul sangat PC, lebih baik kita ambil pendekatan jangan terlalu terbuka..
    Kita tak tahu penerimaan orang lain..
    Well said..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..