14 February 2018

Suka .. Kegemaran .. Atau Kegilaan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

SUKA .. KEGEMARAN .. ATAU KEGILAAN ~ Rasanya setiap kita ada selera atau citarasa masing-masing.Betul tak?.. Tidak kiralah dalam berfesyen,alat solek,aktiviti harian,masakkan juga makanan.

Ada tahapnya juga .. sekadar suka .. menjadi kegemaran atau lebih parah menjadi kegilaan.Buat masa ini apa-apa sahaja belum menjadi kegilaan pada PC .. kalau kegemaran itu ya.Dan cukuplah menjadi kegemaran kerana masih dilingkungan kesederhanaan.Alhamdulillah.

Ini dia salah satu kegemaran PC .. J A G U N G.Di rebus , di jadikan air , di buat kuih atau jemput-jemput , dibuat bubur .. puding dan lainnya memang PC makan.Aromanya tu lemak manis.

Kegemaran ..

Kegemaran ..

Kegemaran ..

Kegemaran ..

En Suami senyum-senyum balik kerja.Hulur jagung.Dibeli dari rakan ditempat kerja katanya.Alhamdulillah.Puas fikir .. akhirnya PC masak bubur jagung.

Ada yang suka ada yang tidak .. itu lumrah.Namun tidak semua hal boleh kita putuskan mengikut kehendak dan citarasa sendiri .. ikut logik dan fikiran sendiri ya.Hati-hati.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


21 comments:

  1. sedapnya bubur jagung tu...lama dah tak makan...

    ReplyDelete
  2. betul tu PC apapun bersederhanalah kan dalam segala hal. akak pun suka jagung tak kiralah dimasak macammana pun, sedap sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak...kalau berlebihan mudharat juga hujungnya...

      Delete
  3. sedapnya bubur jagung tu..anak saya suka sangat dengan jagung rebus.kalau untuk dia je dah dua batang sekali makan...apa-apa yang berunsurkan jagung saya suka..termasuk ais jagung...sedapnya PC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari makan junk food baik makan jagungkan...bagusnya sebab susah nak tengok anak-anak suka makan jagung..

      Delete
  4. Kak ana kalau jagung mesti jagung rebus jd pilihan. Yg sederhana tu yg sedap kan PC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Ana..jagung rebus..makan panas-panas...lemak manis..fuhhh.

      Delete
  5. saya suka makan jagung tapi air jagung yang kurang minat
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang begitu sesetengah individu..macam sepupu kak PC...jagung rebus memang suka sangat dia..tapi air jagung reject terus.

      Delete
  6. betul apa PC cakap.. bersederhana.. aida pun minat jugak sesuatu tapi aida ada limit dan batas dekat diri aida.. ^^ p/s : nak jagungg sikittt.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus limit kan supaya tidak keterlaluan dan membawa kesan kurang baik...

      Delete
  7. Betul tu PC, apa-apa pun biar bersederhana.. Kak Sue pun suka jagung, salah satu kegemaran Kak Sue.. tapi tak gemar air jagung pulak.. ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak sue...sebab kita berlebihan kerana kita suka dan minat sangat..sedangkan ke hadapan kita tak tau kesannya.

      Delete
  8. Suka makan jagung yang dah siap² diasingkan daripada tongkolnya. senang nak makan

    ReplyDelete
  9. akak satu fmly suka juga jagung... masak bubur mmg best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak lagi syok masukkan dalam peti ais..mkan sejuk2..

      Delete
  10. bubur jagung sedapnya.1 family hantu jagung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kalau gitu...masak lepas tu makan ramai2..

      Delete
  11. Sedap ni.. mmg puas klu makan suam2 waktu petang.. mmm.. sgt menyelerakan :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..