20 February 2018

Selebihnya Tawakkal

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SELEBIHNYA TAWAKKAL ~ Hujan nikmat .. panas juga nikmat.Alhamdulillah.Bila hujan turun berhari-hari..berpanjangan di situ pelajarilah sesuatu,iaitu hargai ketika musim panas..dan bila panas terik setiap hari..hargailah hujan yang Allah SWT turunkan.Syukuri semuanya.Nikmati ia sebagai rezeki dariNya.

Mengeluh .. PC juga terkadang terucap dimulut..bila panas terik .. "Allahu rimasnya" .. bila asyik hujan .. "Ya Allah hujan je ni" ..begitulah sering terucap..bila sedar..istighfar.

Diketika ini cuaca sangat panas .. panas yang terik .. ada kata panas lit lit .. ke panas ting ting ..tak kisahlah apa pun perkataan yang digunakan untuk membayangkan rasa bahang dan teriknya sang bima sakti.Bayi dan kanak-kanak yang sering diberi perhatian lebih kerana mereka lebih mudah dijangkiti penyakit.Namun begitu,bagi golongan dewasa .. harap sangat jangan abaikan kesihatan.

Selebihnya Tawakkal

Menjaga kesihatan dengan apa cara sekalipun itu usaha.Selebihnya tawakkal padaNYA.

*terima kasih ukhuwah.
#sama-sama mencari redha Ilahi 

9 comments:

  1. Hurm... nampak gayanya Mrs. A kena kurangkan minum nescafe ni.
    Agaknya sebab tu la sakit kepala mudah menyerang.

    ReplyDelete
  2. Cuaca panas ni ada kebaikannya.
    Pokok2 buah2an/ tanaman hiasan akan mula berbunga

    ReplyDelete
  3. Kita selalu mengeluh kan. Panas salah hujan salah. Bersyukur dah lah jarang sekali kan. Kena muhasabah selalu diri kita ni kan PC.

    ReplyDelete
  4. hehehe
    tu lah kadang2 mengeluh juga
    bila teringat adakala berdoa
    :)

    ReplyDelete
  5. Kak Sue pun kadang mengeluh juga tanpa sedar PC. Cuaca dah mula nak panas nie kena lebihkan minum air dan kurangkan aktiviti luar rumah..

    ReplyDelete
  6. Mungkin panas kepada kita, tapi rezeki pada orang lain. Cth macam ari tu GV pergi pasar malam tapi dalam kul 5 petang. Cuaca panas sangat. Gv masa tu nak beli laksa,akak jual laksa tu cakap orang jual air kat pasar malam rasa bersyukur sebab air dorg cepat habis sebab cuaca panas dan ramai sangat beli ais sejuk di jual kat situ. Rezeki masing-masing. huhu.

    ReplyDelete
  7. Oh, template blog kak PC dan berubah. Hihi. Cantik blog kak PC. :D

    ReplyDelete
  8. apa2 kena usaha dulu..lepas tu tawakal..anyway, done follow ur blog

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..