09 February 2018

Perlu Jelas

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

PERLU JELAS

Hari Jumaat kembali lagi
Berwangi-wangian pergi ke masjid
Perlu tahu tujuan berminyak wangi
Niatkan bersunnah seperti Nabi Muhammad

Mata mengantuk pergi sekolah
Lambat bersiap dimarahi emaknya
Lantang bersuara tidak salah
Pastikan tahu mana salurannya

Katak puru sembunyi dipenjuru
Ditunjukkan penyapu dia buat tidak tahu
Tuntut ilmu pastikan berguru
Terhindar khilaf melaksana ilmu

Terintai-intai ke rumah jiran
Hendak bersama-sama pergi ke pasar
Fakta dan auta dicampur jangan
Selidik dulu sebelum menyebar

Sahabat Rasulullah SAW bernama Umar
Ukhuwah mereka sangat utuh
Fitnah itu berdosa besar
Lebih dahsyat dosa membunuh

Asyik berangan di depan cermin
Berhias memuji diri sendiri
Soalnya hukum jangan dibuat main
Kelak menjerat diri sendiri 


Perlu Jelas
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

17 comments:

  1. Assalamualaikum kak..waaah siap berpantun hari Jumaat ni ya..

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat PC. Jauh kan lah kita dari fitnah. Besar dosa dan juga kesannya. Banyak pihak akan terlibat akhirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..nampak macam kecil je..hakikatnya besar kesannya..

      Delete
  3. sejak kerja dalam aircond ni memang jimat sangat perfume.

    ReplyDelete
  4. Tq kak àtas peringatan ni. Salam jumaat penuh keberkatan

    ReplyDelete
  5. SALAM JUMAAT PC BERLUMBA CARI BERKATAN-NYA DI HARI MULIA

    ReplyDelete
  6. hehehe
    best baca pantun nasihat :)

    ReplyDelete
  7. Waalaikumsalam..berpantun sambil mengajak pada kebaikan..terbaikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..dua dalam satu ni kononnya..

      Delete
  8. Perkara kurang jelas boleh membawa kepada haram.. wallahualam. Semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat Illahi... aamiin.

    ReplyDelete
  9. peringatan dan nasihat untuk kita semua.

    ReplyDelete
  10. Wah berpantun lagi PC, good sharing.. Semoga jadi ingatan untuk kita semua kan..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..