07 February 2018

Letaklah Noktah Sebelum Parah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


LETAKLAH NOKTAH SEBELUM PARAH ~ Mahu atau sebaliknya .. gagah atau lemah .. bersemangat atau tidak.Bukan perkara mudah dan senang-senang macam campak kacang goreng dalam mulut berbibir seksi ya nak hentikan sesuatu yang telah sebati dengan diri.Kalau cubit rasa sakit .. yang sakit itu nyawa yang menyatu dengan jasad.Bila kita mati yang rasa bahagia atau sengsara itu roh yang telah terpisah dari jasad (*betulkan PC kalau PC khilaf bab ini ya*)

Rasa ingin.Mahu lebih.Nak lagi .. lagi dan lagi.Lumrah.Sesiapa pun begitu kerana kepuasan itu sukar untuk dikawal.Sangat sukar.Terkadang sudah rasa cukup dengan seadanya tetapi sifat atau sikap mudah tertarik pada satu hal itu masih menebal dan menguasai .. insyaAllah tertewas lagi😅

Letaklah noktah sebelum parah..

Letaklah Noktah Sebelum Parah

Menambahbaik tidak pada semua perkara .. tidak juga dibolehkan pada semua seperti yang diingini."Ikut suka aku" itu bahaya .. Pada perkara-perkara yang mungkin baik tetapi baiknya itu berpenghujung mudharat letaklah noktah sebelum parah.Terlanjur .. tak usah bimbang .. undur.

Minta.Pada DIA untuk terus teguhkan hati.Dekatkan pada hal yang baik-baik dan lindungi daripada segenap hal yang membinasa.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



15 comments:

  1. insyaallah...mudah-mudahn diberikan hati yang tenang dan hati yang sentiasa merasa cukup dengan nikmat kurniaan Illahi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah amin...bersyukur sentiasa..

      Delete
  2. Semoga sentiasa dibukakan hati ini untuk memperbaiki diri dari segala kelemahan serta dijauhkan dari perkara2 yg memburukkan... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...moga Allah sentiasa bimbing kita juga..insyaAllah.

      Delete
  3. Semoga sikap qanaah itu terus subur dalam diri..
    Namun utk mencari ilmu harus ditambahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berasa cukup pada sesetengah hal...berusaha menambah pada sesetengah perkara.

      Delete
  4. Apa apa yang kita lakukan perlula sentiasa bersederhana. Betul kan?

    ReplyDelete
  5. Bersederhana adalah yg terbaik PC. Mudah-mudahan ada kebaikan bersamanya.

    ReplyDelete
  6. Apapun sandarkan segalanya kepada maha pencipta

    ReplyDelete
  7. Minta pada Dia, itu yang utama..thanks untuk nukilan

    ReplyDelete
  8. Semoga kita semua sentiasa bersederhana kan PC..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..