01 February 2018

Berbaki Sebelas .. Januari Pun Berlalu.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

BERBAKI SEBELAS .. JANUARI PUN BERLALU.

Anak gadis berkebaya biru
Berpayung merah menunggu bas
Begitu hari demi hari berlalu
Diam tidak diam berbaki sebelas

Diam tidak diam berbaki sebelas
Tiga puluh satu hari berlalu terisi sudah
Tarbiah hati selalu ikhlas
InsyaAllah hari mendatang sentiasa indah

InsyaAllah hari mendatang sentiasa indah
Kita merencana Tuhan mentakdirkan
Tingkatkan ilmu giatkan ibadah
Kelak pahala bantu menjawabkan

Kelak pahala bantu menjawabkan
Beratus hari masih menanti
Tiada satu nikmat mempu didustakan
Setiap yang ada mesti disyukuri

Setiap yang ada mesti disyukuri
Rezeki usia sebelas bulan ditemui
Apa yang buruk hindari
Apa yang baik dekati

Apa yang baik dekati
Kedepan banyak cabaran menanti
Berhati-hatilah saat meneliti
Buka seluasnya mata hati

Buka seluasnya mata hati
Sambung menilai dibulan Februari
Minta merayu pada Ilahi
Moga langkah seterusnya diberkati


BERBAKI SEBELAS .. JANUARI PUN BERLALU.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



11 comments:

  1. Salam 1 Februari.. semoga februari dan seterusnya membawa lebih kebaikan serta keberkatan.. aamiin.

    ReplyDelete
  2. sekejap sngt rasanya sebulan berlalu..

    ReplyDelete
  3. Amin.. semoga hidup Kita sentiasa diberkati

    ReplyDelete
  4. Kena sentiasa ingatkan diri supaya sentiasa lakukan kebaikan walau sekecil mana pun. Mudah-mudahan ada ganjaran utk kita nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak ana...kecil terap berpahala...amin.

      Delete
  5. salam PC... Allhamdulillah... coretan pc sentiasa membuat akak berfikir dan merenung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam kak..Allahu...begitu juga penulisan akak.

      Delete
  6. Sekejap ja masa berlalu kan, tau-tau dah masuk bulan baru..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..