11 February 2018

Baru Bunga-bunga Je

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


BARU BUNGA-BUNGA JE ~ Alhamdulillah..pergi ke mana-mana kelihatan pokok mempelam mula berbunga semula.Meriah lebat berbunga.Tengok pokok yang dijaga dan disayangi berbunga pun sudah rasa gembira sangat-sangat.Gembira dan bersyukur.Namun jangan diheboh.Esok lusa mungkin berguguran,sedang kita tidak tahu. 

Baru Bunga-bunga Je

Jangan diheboh?!? .. ada yang suka berjanji atau bercakap pada hal yang tidak pasti.Ada yang senyap .. namun tiba ketikanya terus memberi atau menunjukkan hasil.Bagi PC sendiri .. heboh itu bahaya,lebih-lebih lagi heboh yang disertai rasa yakin diri terlalu tinggi.Impaknya bukan sahaja pada diri sendiri,lebih parah menyakiti dan menyusahkan orang lain juga.Mahu selamat .. diam-diam ubi berisi.

Baru bunga-bunga je .. senang cakap .. sembang kosong ..santai-santai .. mungkin juga gurau.Masalahnya kita tidak tahu penerimaan orang yang mendengar.Kalau jenis santai juga rezeki.Tapi kalau semua pun di ambil serius .. harap maklum.Nak cakap mesti berhati-hati.Lebih mudah selagi satu-satu hal yang kita rancang atau usahakan itu belum berhasil atau belum terjadi dan menjadi adalah lebih baik diam terlebih dahulu.

Jangan angkara baru bunga-bunga je .. dengar guruh di langit .. habis air ditempayan dicurahkan..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

12 comments:

  1. Adakala perkaara gurauan diambik serius.. ada juga yg berkata sinis kps seseorang, tp ramai yg lain turut terasa.. mcm2 dunia ni.. wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...sebab penerimaan orang lain2 Tn KK..tu yang risau..alih2 ada musuh dalam diam.

      Delete
  2. Terlebih serius pun tak bagus terlebih santai pun sama. Biar tengah2 lah ye PC. Senang nak masuk ke hati orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak...adjust ikut persekitaran...sama-sama selesa..

      Delete
  3. betul tu.
    Bunga tak semestinya menjadi buah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah jadi buah belum tentu molek dalamnya...

      Delete
  4. Kak PC.. Miss u.. Lama gile tak singgah sini.. Hari ni baru sempat nak BW... Haduiyaii..

    Adehh moga lea tak tergolong dalam golongan org yg suku mengheboh-hebohkan perkara yang belum pasti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lea...miss you too mama anak dua...hehe..busy ye.
      Amin Lea....

      Delete
  5. Jadi fikir dahulu sebelum berkata-kata, jangan asal keluar dari mulut.
    Jika tersilap kata, padah akibatnya..
    Semoga kita sama-sama menjaga lisan dan perbuatan, amin..

    ReplyDelete
  6. Betul tu PC, kalau belum pasti tak perlu nak heboh takut pulak lain jadinya kan.. Ehehe..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..