28 January 2018

Nasihat Ya .. Atau Marah .. Macam Sindiran Je

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


NASIHAT YA .. ATAU MARAH .. MACAM SINDIRAN JE ~ Nasihat,marah atau sekadar sindiran .. hal lazim yang dilakukan sesiapa pun..termasuklah makhluk lain selain kita manusia,cuma mereka dengan gaya dan bahasa mereka yang tidak kita fahami.Yang ketara berbeza antara kita dan makhluk lain adalah pemilikkan akal.Syukuri dan jaga nikmat akal yang dipinjamkan.

Nasihat Ya .. Atau Marah .. Macam Sindiran Je ..

Perkataan atau kata-kata
Nasihat : Lebih tertib,berhemah,penuh hikmah dan berhati-hati memberi solusi.Tidak menyakiti.
Marah : Kasar.Mungkin juga berbahasa kesat.
Sindiran : Halus namun tajam menusuk.

Intonasi
Nasihat : Sederhana dan tenang.
Marah : Tinggi suara,membentak.
Sindiran : Bicranya santai namun membantai.

Bahasa tubuh
Nasihat : Bersahaja.Mewujudkan rasa selesa.
Marah : Adakala hanya suara yang tinggi,tidak mustahil anggota menyakiti.Tidak kurang yang memilih diamkan diri seribu bahasa.
Sindiran : Pandangan mata,riak wajah dan tingkah menghindar.

Apa pun yang kita atau sesiapa sahaja ingin lakukan..jelaskan niat terlebih dahulu.Bagi PC niat itu umpama acuan..kalau kita nak bentuk "love💙" maka begitu jadinya.
Nasihat .. Marah .. Sindiran .. ada baik dan buruknya.Bergantung bagaimana diri untuk mengemudi emosi di saat mahu menunjukkan sebarang tindakkan secara pantas atau lebih bersabar.Pilih.

Nasihat Ya .. Atau Marah .. Macam Sindiran Je
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

19 comments:

  1. Waalaikumussalam PC. Terima kasih atas perkongsian. JM lebih suka berdiam dari berkata-kata apabila marah. Tapi bila sudah tiadk mampu untuk berdiam sekali berkata menikam jiwa... Tapi JM banyak bersabar, rasa malas hendak berbicara lebih takut ada yang terasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menyelamatkan keadaan tu..sebab kadang tengah marah kata-kata yang diucapkan sering kurang sedap di dengar..tetapi ada ketika perlu maklumkan kerana tidak semua orang faham bahasa.

      Delete
  2. Niat paling utama. Kalau niat nak tegur demi kebaikan seharusnya tegur dan nasihat dgn hemah. Bukan dgn marah. Sesiapa pun tak suka kena marah kan. Cuma sesekali sindiran tu perlu kalau nampak tiada perubahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Ana..asal jaga adab masa menegur atau menasihati...marah ni banyak kesan buruknya...sindiran sopan ya kak...

      Delete
  3. dunia teknologi sekarang, suka benar orang bagi tarbiah sentap. tak kurang juga bila ditegur baik-baik, dibalas secara sinis dan marah-marah. tapi jika dibandingkan dengan zaman rasulullah, perlbagai tohmahan yang beliau dapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman sekarang zie..bertingkah dilaman sosial...dah tak ada segan silu...dah tak ada yang namanya menjaga aib...betul zie...Rasulullah SAW contoh terbaik.

      Delete
  4. ke tiga3nya perlu dilakukan mengikut situasi tertentu.
    Lakukanlah secara berhemah dan mendidik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena dengan caranya..baik hujungnyakan Pakcik WP..asal tidak menambah kekeruhan pada situasi.

      Delete
  5. betul tu.. kadang-kadang orang tegur macam tak tegur, marah tak marah. kita yang kena ni konfius dia nak tegur ke, marah 😁😁😁 apa-apa pun, kalau teguran tu berguna apa salahnya kita terima dengan hati terbuka kan PC?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...dengar dulu...baik ambil simpan dan praktikkan...tak baik cepat-cepat buang sebelum merosakkan hati dan fikiran kita..

      Delete
  6. sindiran tu lagi pedih tapi selalunya berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada topik dan kepada siapa sasaran sindiran itu...nak sindir perlu juga cerdik..tidak boleh hentam sahaja...terutama pada isu sensitif.

      Delete
  7. Aduh kalau kena camni, mesti terasa hati.. Simpan je la.. kemudian lupakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti sedih ye...terus buang...cari hal yang menggembirakan.

      Delete
  8. W'salam PC,

    Allahu kadang-kadang ikut emosi, terasa diri ini lemah jika tak dapat kawal marah. Lemah kerana mudah dipengaruhi hasutan syaitan. Kadang-kala nampak mudah tapi impak dia berpanjangan andai ada yang terasa hati. Kena segera berubah.. :'(

    ReplyDelete
  9. azah kalau marah. ucap terima kasih. pastu buat keje kita. diam je sorang2. baik diam pendam dari meluahkan akan melukakan lagi. kalau gaduh sikit jadi gaduh besar sebab mulut ni, bila berkata2 dah tak boleh undur dah kan.

    ReplyDelete
  10. Kak Sue kalau marah selagi boleh sabar.. baik diam ja..

    ReplyDelete
  11. Kurang gemar org marah melalui sindirin sbb saya jenis yg terbuka dan sanggup terima teguran kalau betul salah. Ucapan2 sinis seolah2 nak menasihat mmg kurang gemarlah huhu

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..