Menggunungkah Atau Melangit Jangan Lupa Tunduk Ke Bumi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

MENGGUNUNGKAH ATAU MELANGIT JANGAN LUPA TUNDUK KE BUMI

Kaki.
Tetap menjejak ke bumi.
Hakikat.
Masihnya nyawa sebati dengan jasad.
Selaginya tidak berlepas sebagai angkasawan.
Berumput.Berselut.Berpasir.
Ya masih di bumi.
Ke mana-mana.
Di mana-mana.
Mendongak.Sayupnya langit Ilahi.

Hari ini.
Atau esok.
Mungkin bila tiba waktunya.
Kebarangkalian sentiasa ada.
Bila-bila masa.
Allah berkehendak.
Menjulangnya darjat makhluk.
Tinggi.
Dijulang.
Ditatang.
Disanjung.

Gembira jangan hingga terlupa.
Bahagia tidak usah lalai sentiasa.
Sedar diri sekadar hamba.
Semua ujian belaka.
MENGGUNUNGKAH 
ATAU MELANGIT 
JANGAN LUPA TUNDUK KE BUMI

Tawan perhatian kerajaan di bumi.
Sanjung segenap kerajaan di langit.
Moga tidak diri tercela.
Bila kerana DIA.
Akan sentiasa kembali kepada DIA.

Menggunungkah Atau Melangit Jangan Lupa Tunduk Ke Bumi

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



11 comments:

  1. jangan dibiar diri tecela.

    moga ALLAH pandang kita dengan pandangan kasih dan syg. Aaaminnn !

    ReplyDelete
  2. Jadilah resmi padi makin berisi makin tunduk ke bumi. Apa yg kita ada semua milikNya kan. Jgn lah nak berbangga diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..betul kak..bila-bila boleh diambil semula setiap nikmat.

      Delete
  3. Akhirnya ke perut bumi juga jasad kita bersemadi...

    ReplyDelete
  4. Semua akan kembali ke perut bumi, walau setinggi, segah Mana pun kedudukan di muka bumi.

    ReplyDelete
  5. Betul tu.. memandang ke langit boleh buat kita tersendong jatuh ke bawah. Moga sentiasa menjadi peringatan buat diri ini... Allahuakbar.

    ReplyDelete
  6. setinggi apa pun kita berada jangan lupa tunduk dan lihat kebawah.. tanpa bawah kita tak kan di atas. :) nice entri akak..

    ReplyDelete
  7. Betul tu PC, mendongak ke langit jangan lupa rumput di bumi..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..