27 January 2018

Lagi Bagus Kalau ...

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

LAGI BAGUS KALAU ...

Berdiri tegak di atas kerusi
Didenda cikgu lambat masuk kelas
Bila sudah berada di atas
Jauhi sifat meninggi diri


LAGI BAGUS KALAU ...
Google image 

Katanya teringin mahu melihat Zirafah
Menuji ke kandang sambil berlari
Biar pun miliki harta melimpah
Teruslah besederhana setiap hari

Siput lala kepah kerang
Terasa nak makan masak sendiri
Pandai menutup aib orang 
Pintar menjaga maruah diri

Boleh bertukar warna itu Sesumpah
Kelebihan untuk penyamaran diri
Tipiskan solekkan diwajah
Tebalkan hiasan dihati

Lompat-lompat atas titi
Gigi patah akarnya digusi
Muafakat bersatu hati
Berganding bahu mencari solusi

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
Tempuhi hidup penuh tabah
Moga sentiasa dilindungi Ilahi

10 comments:

  1. MENDONGAK LIHAT BINTANG DI LANGIT JGN LUPA RUMPUT DI BUMI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak PI..sentiasa sedar diri dan beringat-ingat.

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih kak Sue😊

      Delete
  3. Hidup seperti roda. Kejap di atas tak mustahil akan ke bawah juga. Sentiasa merendah diri. Bila dah kaya zakat sedekah jgn di lupa. Takut bala menimpa. Semoga kita dijauhkan dari sifat sedemikian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak...esok lusa kita tak tahu...risaunya rak sampai esok lusa..jadi dikesempatan yang ada...gunakan sebaik-baiknya...amin.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..