24 January 2018

Insaf Sambal Tumbuk

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


INSAF SAMBAL TUMBUK ~ Ada orang alah dan kalah pada kepedasan.Ada pula yang rasa macam tidak bersemangat hari-harinya tanpa rasa pedas pada hidangan yang bakal disuap ke mulutnya.Ada yang makan cili macam makan gula-gula.Ada juga orang lain yang makan cili,,eh bibir dia terasa pedas panasnya.

Insaf Sambal Tumbuk

Barangkali yang kita suka belum tentu menjanjikan 1001 kebaikkan,dan tidak mustahil yang tidak pula kita sukai itulah yang sangat terbaik untuk kita.Rasa pedas itu dapat kita rasa namun tidak dapat kita lihat.Pedas itu bukan pada bijinya lada tapi rasa kepedasan itu dengan izinNYA.

Insaf sambal tumbuk ..

Bila baca kisah sedih menyayat hati..bila melihat hal-hal yang meruntun hati..dan bila mendengar kisah-kisah benar .. huiiiii itu jamlah masing-masing potong bawanglah..asap bakar sampahlah..hati tisulah..semua andaian muncul.Wajarlah itu tandanya kita ada rasa belas.Tetapi sekadar mana rasa itu.

Kalau marah pada penganiayaan,kalau sedih pada satu-satu isu .. sekadar mana.Bila diperdengarkan kisah-kisah anbiya terdahulu..terkesannya diskala berapa pada jiwa kita.Adakah insaf sambal tumbuk.Hilang pedas makan lagi..lagi dan lagi😅.

Tidak mengapa kawan.Adakala dalam usaha membina kekuatan dalaman kita terpaksa melalui banyak tembok.Di setiap rempuhan dan kejatuhan..luka itu pasti berparut merah.Berjanji pada diri untuk terus merawat dan bukannya menambah.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


20 comments:

  1. Setuju dengan perkongsian ini.. Semoga rasa sedih dan terkesan itu betul-betul memberi keinsafan pada kita.. Bukan sekadar sementara sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ...begitulah harapnya...mungkin tidak dapat membantu..tapi mana yang boleh dijadikan pengajaran...jadikan pengajaran...

      Delete
  2. lamanya cikla tak singgah sini. blog nampak lagi, lebih fresh. btw, cikla pun kalau mkn tak pedas mmg rasa ada yg kurang je.

    good sharing PC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih CikLa...PC pedas sederhana ok lagi...perut masih boleh terima...

      Delete
  3. tkbole mkn pedas sgt...pedih skit ok

    ReplyDelete
  4. Sedih pulak baca kisah pasal sambal. Anyway sy singgah dari segmen
    https://herlittlehome.blogspot.my/2018/01/segmen-blogwalking-by-cik-yan.html
    Done follow dan klik iklan awk. Ada masa datangla BW sy ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih follow dan klik iklan...PC pun dah follow juga blog Auni..salam ukhuwah.

      Delete
  5. heee ingatkan sambal tumbuk jenama insaf 😬😬😬 Tapi betul la PC cakap tu. semoga kita bukan insaf sambal tumbuk 🙏🙏🙏

    ReplyDelete
  6. Abe kie suka tumbuk sambal mangga..

    ReplyDelete
  7. Bagus ingatan nie PC.. nak kuat dan tabahkan hati nie kadang bukannya senang juga. Bab sambal tu, Kak Sue kalau tak pedas.. tak puas makan.. ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati PC sendiri pun rapuh kak Sue...lagi pedas lagi ummmphh ye kak...pedas...masin...pembuka selera..

      Delete
  8. KATA ORG DULU2 TAUBAT SAMBAL BELACAN...PEDAS DIRASA SKJP SAJA NNTI DIULNG MKN SEMULA..MOGA SIKAP KITA ISTIQAAH

    ReplyDelete
  9. Kadang kita ni terlalu taksud dgn apa yg kita suka dan terlalu membenci sesuatu yg kita tak suka. Sedangkan Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita kan.

    Kak ana suka juga makan pedas tp pada kadar yg sederhana je. Tu pun dh sedap. =)

    ReplyDelete
  10. Kepedasan juga merupakan salah satu rencah masakan kehidupan kan kak PC. Hihi. :D

    ReplyDelete
  11. Sungguh mendalam maksudnye.rasa nk buat sambal tumbuk plak esok 😁

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..