Dikatakan Tajam .. Tapi .. Owh Ananas Comosus

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


DIKATAKAN TAJAM .. TAPI .. OWH ANANAS COMOSUS ~ Buah nanas ada penggemarnya yang tersendiri.Seperti juga buah-buahan lain ada penggemarnya tersendiri.Apa pun yang kita nikmati,berpada-pada dan besederhanalah kerana itu lebih baik.

DIKATAKAN TAJAM .. TAPI .. OWH NANAS

Bau haruman buah nanas yang manis pasti memikat hati.Mungkin ada yang gemar makan begitu sahaja,tidak kurang memilih untuk dijadikan jus atau ais krim.Fuhhhh...sedapnya ais krim nanas.Jem nanas,tat nanas,kerepek nanas,rojak nanas,paceri nanas,halwa kering nanas .. pelbagai makanan dan manisan berasaskan nanas.Pilihlah dan nikmati mengikut citarasa dan pilihan masing-masing.

Tumbuhan tropikal berasal dari BrazilBolivia, dan Paraguay tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu hanya masak di pokok.Di negara kita, nanas banyak ditanam di negeri JohorSelangorKelantan, dan Pulau Pinang.Antara varieti nanas yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia ialah Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36 dan Josapine.Ringkasan PC daripada SUMBER

Mungkin ada makan buah nanas kerana suka..ada juga yang makan kerana sudah tahu khasiat yang terkandung pada buah nanas tersebut.

Jom kita siasat apakah khasiat buah nanas

🍍Mengandungi vitamin AB1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). 
🍍Mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.
🍍Jusnya untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. 
🍍Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. 
🍍Dua molekul CCS dan CCZ daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah.
🍍mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C

Dikatakan tajam nanas dibahagian mananya..duri pada daunnyalah..memang tajam..PC sendiri pernah bertanya kepada beberapa orang doktor di hospital dan beberapa buah klinik.Bila dengar orang cakap nanas tajam...timbul rasa ingin tahu juga sahihnya.Lain doktor lain pandangan mereka.Apa yang pasti persamaannya adalah bagi wanita yang sedang hamil diperingkat awal tidak digalakkan dan cuba elakkan untuk makan buah nanas.Namun begitu semua bergantung pada izinNYA juga..ada yang hamil slumber makan nanas berbiji-biji alhamdulillah baik-baik sahaja dan sebaliknya mengakibatkan keguguran.Rezeki orang tidak sama.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




27 comments:

  1. betul. time panas memang sedap la makan yang sejuk-sejuk punya. tapi mcam PC cakap lah, tak sesuai untuk ibu mengandung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...siap buang kulit masuk peti ais...nikmat...

      Delete
  2. tajam juga ikut experience makan nenas dulu2 tapi bukanlah nenas yang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC rasa ikut individu...macam PC kalau makan pun sikit ok...

      Delete
  3. cikyan suka mkn nanas cicah smbal kicap..fuhhh sedap oiii !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh...mantap...makngah Kak PC suka makan dengan garam...ngeri je...

      Delete
  4. Salam singgah sini PC...saya suka makan nenas tapi yang manis jer...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...nikmat tu yang manis...biasanya yang pangkal tu manis...

      Delete
  5. nenas yg manis yg madu suka..tp tk slalu la mkn psl tajam tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanas walau manis tetap kena kawal makan kan...yang tak tahan sakit perut...yang ok...tu memang rezeki..

      Delete
  6. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nenas tapi azah sekarang kena pantang nanas dan makanan makanan tajam. hehe. :D makan cicah ngan kuah pekat hitam tu sedappp. nyumm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuah untuk rojak petis tu ya...hehe...fuh...pedas-pedas manis...

      Delete
  7. Kakcik suka nanas masak lemak...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu...letak ikan kering tak kakcik..hehe..

      Delete
  8. LZ suka makan nanas dengan kicap tapi tak boleh makan banyak nanti pedih perut..
    Macam PC kata setiap hal perlu bersederhana, jika berlebihan mungkin membawa mudarat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la kak...nanas walau dah cukup masak...makan lebih perut rasa lain macam..

      Delete
  9. Sedapnya nenas kak pc.. lama dah tak makan.. Dulu masa tengah tahun akhir study diploma di johor, husniey buat jualan sendiri buahan potong nenas ni pun jual jugak.. Ramai jugalah yang beli, hehe rindu pulak kenangan masa study kumpul duit belanja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak PC pun lama tak makan...baru ni je makan Husniey..sebab En Suami beli nak makan...kadang beli kak PC tak makan..tengok En Suami je makan...hehe..oo jual buah potong ye...alhamdulillah dapat juga tambah duit poket.

      Delete
  10. Kak ana selalu juga buat air nenas. Tak pun aiskrim nenas. Memang sedap lagi2 makan masa hari panas. Eh mcm nak beli nanas pula lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkan kak...hehe..aiskrim nanas nikmat...beli kak..buat ais krim...Syafi suka nanas tak kak..

      Delete
  11. JM suka mkn nenas..terutama nenas madu..manis!! byk khasiat rupanya nenas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanas madu dulu viral kan...hehe...comel-comel je tapi rangup dan manis lain macam.

      Delete
  12. Nanas kalau manis saya suka la makan raw. Tapi kalau masam alamatnya masak pajeri aje..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak pajeri pun sedap...makan gitu je..hehe..

      Delete
  13. Jus nanas pun sedap terutama klu minum sejuk2 waktu petang yg panas :) :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..