20 April 2018

Jangan Dibiar Terus Kalah

7:41 AM 0
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

JANGAN DIBIAR TERUS KALAH

Kalah.Bermakna tewas.
Tiada yang suka akan kekalahan.
Tapi terkadang diri sendiri membenarkan kekalahan itu.
Meluaskan ruang.Memudahkan peluang.
Bukan sekali tapi seringkali.

Kalah.Memalukan.Ya,rasa semulajadi.
Bagai maruah dihenyak.
Umpama air muka dijaja tanpa rela.
Tidak mahu menampakkan diri.
Ingin sendiri.Mahu sepi.
Meminggirkan diri.
Besar.Ya besar kesannya kalah.
Harapan biar serendah busut.
Agar kecewanya tidak melangit tinggi.

Bangunlah jasad yang sihat.
Bangkitlah hati yang sakit layu.
Lemah lesu.
Mati kaku.
Hidup penuh subur.

Jangan dibiar terus kalah.
Antara dua.
Teknologi itu perlu.
Al-Quran itu wahyu.
Mana mesti didahulu.
Mana yang hakikat terlebih dahulu dan membantu.
Duniawi.Barzakh.Ukhrawi.
Di tiga kehidupan.
Tidak mungkin mampu lari.
Mesti lalui.
Bagaimana nanti.
Mulanya di sini.
Jangan dibiar terus kalah.
Sedari dunia lagi.

JANGAN DIBIAR TERUS KALAH

#sama-sama mencari redha Ilahi 

19 April 2018

Mencari Sokongan

7:32 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


MENCARI SOKONGAN ~ Kalau ada yang tanya pada PC,penting sangatkah sokongan ni?!?.. PC jawab .. ya sangat-sangat penting.Sejauh mana kepentingannya dan daripada mana sudut yang mesti di highlight kan.

Mencari sokongan.

Melihat situasi dan keperluannya.Sokongan ni seperti pepagar yang dibina untuk membantu pokok yang sifatnya menjalar untuk terus hidup dan berbakti dengan kita mengikut caranya sendiri.Begitulah tersangat pentingnya sokongan mempengaruhi kehidupan.


Baik memberi mahupun mencari sokongan,pastikan ditempat,masa dan keadaan yang betul dan clean.Di saat diri terperuk dan terburuk  jatuh hingga sukar untuk bangkit,ini detik untuk mencari sokongan yang bukan calang-calang,hati-hati jangan sampai silap pilih untuk berpaut takut-takut semakin gelita hujungnya nanti.

Wang itu penting.Wang sentiasa diperlukan untuk kehidupan namun jangan sampai kerana wang menjadikan kita hamba di kehidupan yang singkat.Ada ketika wang tidak lagi memberi apa-apa makna.Bila?..bila jiwa terasa kosong..bila adanya tidak membuahkan rasa damai dan bahagia.Bahaya.Cari lah sokongan untuk mengisi dan memaknakan.

Kita perlukan teman.Lumrahnya kehidupan di dunia ini kita perlu mencari dan menjalin ukhuwah.Kerana mencari sokongan bukan lagi kehendak tetapi keperluan.Sungguh.Kita wajar mencari sokongan cuma bezanya mengikut apa yang diperlukan.Setiap kita ada situasi yang berbeza,pilihlah bentuk sokongan yang boleh tambah kualiti kebaikkan pada diri kita,yang boleh mendekatkan kita pada PENCIPTA dan membawa kita ke lorong siratulmustakim yang betul.

Cari dan mintalah sokongan pertama daripada Tuhan.DIA sumber keseluruhan kebaikkan yang tiada satu sebab boleh kita ragukan - Perdu Cinta. 

#sama-sama mencari redha Ilahi 

18 April 2018

Sepertinya Lautan

8:20 AM 3
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

SEPERTINYA LAUTAN

Daratan.Lautan.
Tuhan yang menjadikan.
Lautan melebihi keluasannya.
Namun.
Diketika beberapa lautan mula kekeringan.
Ya.Tanda pengakhiran.
Suntuk.
Bagi yang memahami.
Banyak lagi.
Bagi yang tidak mahu mengerti dan ambil peduli.
Jangan nanti fakir di dunia tiada jalan pulang.

Sepertinya lautan.
Luas.
Mewah dengan hidupan.
Untuk menyambung hidup yang hidup.
Yang memerlukan.
Tidak berhabisan.
Menjadi laluan dan perhubungan.
Menjadi juga sasaran rakus dan zalim insan.

Kehidupan.
Sepertinya lautan.
Semakin jauh kaki melangkah.
Semakin luas dipenglihatan.
Semakin dalam boleh menggali dan mencari.
Gelombang.Pasang.Surut.Tenang.Di lautan.
Debar.Duka.Suka.Bahagia.Di kehidupan. 

SEPERTINYA LAUTAN

#sama-sama mencari redha Ilahi 


17 April 2018

Power 5 S

7:10 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


POWER 5 S ~ Pengalaman setiap kita tak sama,walau hal atau peristiwanya sama namun penerimaannya berbeza.Maka wujudlah pengalaman yang ketara.Suri rumahtangga sepenuh masa - bekerja - kembali menjadi suri rumahtangga juga seorang blogger *kenkonon yang suam-suam kuku*..warna warni PC lalui.Alhamdulillah.Peluang dan pengalaman bekerjalah beri pendedahan pada PC tentang banyak hal dan salah satunya 5 S..hehe..

🐞Sisih  🐞Susun  🐞Sapu  🐞Seragam  🐞Sentiasa amal

Bila ada audit maka basah ketiak setiap hari..hehe.5 S?!? .. buat hari-hari menjadi S yang keenam iaitu Sibuk .. S ketujuh Serabut dan bila keadaan tidak terkawal dek kesuntukkan masa maka timbul S kelapan Sorok..hehehe.Maka Selamat.Kenangan sangat😁

Penambah baikkan dilakukan,daripada 5S diganti kepada EKSA iaitu Ekosistem Kondusif Sektor Awam sebagai usahausaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam. Sumber

Power 5 S

🍒As Salaam  (Maha Sejahtera)  🍒As Sami' (Maha Mendengar)  🍒As Syakur (Maha Memahami)  🍒As Syahid (Maha Menyaksikan)  🍒As Sobur (Maha Sabar)

Hebat.Allahu.Sebaik-baiknya S daripada 99 nama-NYA.Jangan memandang ringan power 5 S yang ini.Kenali,selami dan fahami supaya kita lebih mencintai.Perdu Cinta hamba pada PENCIPTA adalah dengan mengenal sifat dan nama-NYA yang indah.

Sabar mengenali .. syukur kerana berpeluang mengetahui..tidak semua daripada kita Allah dorong untuk mencari serta mendapat hidayah-Nya.Tidak juga semua taufik itu menghampiri untuk berada dijalanNYA.Allahu.Jaga rezeki Islam dan Iman yang telah DIA kurniai.

Power 5 S

#sama-sama mencari redha Ilahi 




16 April 2018

Rentak Rasa Naluri Bicara

7:13 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

RENTAK RASA NALURI BICARA

Bukannya biasa-biasa.
Mungkin berat mulut meluncur kata.
Lisan pun membeku.
Hanya hati petah bicaranya.
Mengatur.Merangka.
Lunasnya biar belum tentu.
Hanya jelas di pendengaran sendiri.
Cukup nyata diPENDENGARAN TUHAN.
Dengan izinNya.

Diam.
Kadang menjadi cacian juga.
Berlisan.
Apatah lagi berganda-ganda onarnya.
Memuskan hati?.
Semua?.
Mana mungkin terjadi.
Sengketa di mana-mana ada.
Senyap-senyap atau dengan gagah nyata.
Ada.Ya ada.
Ada matinya tersembunyi.
Hidupnya terkurung.
Dari diri sendiri kepada diri sendiri.

Rentak rasa naluri bicara
Yang dekat.Yang akrab.
Berasakan rentak rasa.
Yang menyatu.
Berasakan getarnya naluri bicara.
Halus menusuk kalbu.

Rentak Rasa Naluri Bicara

#sama-sama mencari redha Ilahi 

15 April 2018

Hadam Betul-betul

8:49 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

HADAM BETUL-BETUL 

Hujung minggu ke Singapura
Johor Singapura hanya berjiran
Apa di dengar pastikan sahihnya
Mengelak hidup daripada bermusuhan

Tapai ubi tapai pulut
Ada yang suka tidak kurang sebaliknya
Hadam bukan sekadar di perut
Hadam juga pada kewarasan minda

Bengkak jari tertusuk selumbar
Lambat dirawat luka bernanah
Siasat dulu sebelum menyebar
Elak fitnah merosak ukhuwah

Mencari cencaluk di Negeri Melaka
Bertemu kaum baba nyonya
Berkongsi ilmu tiada salahnya
Asal betul selari syariat -NYA

Comel molek buah bidara
Lebih menarik warnanya hijau muda
Sebelum menyiasat kaji kisahnya
Barulah terpelihara nilai yang ada

Katak si katak lompat
Lompat tengah malam
Jangan terus ditelan apa yang dapat
Takut masa depan menjadi kelam

Hadam Betul-betul

#sama-sama mencari redha Ilahi 

14 April 2018

Mungkin Tidak Seperti Yang Kita Sangka

8:49 AM 15
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


MUNGKIN TIDAK SEPERTI YANG KITA SANGKA ~ Perasaan atau naluri ada pada setiap kita.Anak-anak kecil pun ada perasaan..ada naluri.Waima haiwan pun ada naluri.Kita yang Allah SWT pinjamkan otak yang berakal..seharusnya lebih baik pada ketika mahu bertindak.

Beranggapan itu perlu supaya ada rasa waspada.Curiga buat kita sentiasa sensitif pada keadaan sekeliling.TETAPI jangan sampai berlarutan dan merosakkan diri dan orang lain.

Mungkin tidak seperti yang kita sangka.

Bersangka-sangan ada banyak faktor juga yang menyumbang.Sama ada bermula daripada diri sendiri yang senantiasa menyuburkan aura negatif atau mungkin dipengaruhi dan terpengaruh dengan persekitaran sehari-hari yang dilalui.

Terkadang kita turutkan emosi..berfikir malangkaui apa yang tidak sewajarnya.SubhanaAllah.PC sendiri pun kadang hanyut dengan perasaan sendiri,,walhal hakikatnya sesuatu itu mungkin tidak seperti yang kita sangka.Jernihkan fikiran dan hati.Tunda membuat kesimpulan sebelum sesuatu itu menemui kepastian yang diakui sahihnya.


MUNGKIN TIDAK SEPERTI YANG KITA SANGKA


#sama-sama mencari redha Ilahi 

13 April 2018

Didikan Ajaib Kesan Mujarab

7:02 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


DIDIKAN AJAIB KESAN MUJARAB ~ Formal atau tidak.Sengaja atau tidak.Macam-macam cara boleh perolehi didikan.Sungguh,bukan suatu perkara yang aneh bila DIA izin.

Memberi pendidikan yang terbaik..mencari didikan yang juga terbaik menjadi kemahuan setiap kita..kerana dari pendidikan yang baik insyaAllah memperolehi kehidupan yang juga baik..amin.

Berapa ramai insan-insan yang cemerlang tewas..dan tidak kurang ramainya insan-insan di luar sana berjaya,malahan lebih berjaya bukan disebabkan hebat  dibidang akademik sebaliknya berkat usaha,doa dan tawakkal.Bukan bermakna PC galakkan orang tidak perlu berjaya disudut akademik ya....bukan begitu.Berjaya itu luas pengertiannya.Banyak juga susur galurnya.

Didikan ajaib kesan mujarab.

Pengalaman.Bila Allah SWT izin sesuatu yang tidak kita ingini berlaku itu bermakna DIA mahu memberi pendidikan dan pengalaman pada kita.Sungguh!.Bila ibu kita nasihat kadang kita pandang sepi,lupa..lebih sedih diabaikan.Bila kawan-kawan atau saudara mara dan adik-beradik kita ingatkan..kita rimas dan bosan..sehinggalah ia seperti angin yang berlalu.

Tetapi ..

Bila dugaan itu hadir..ia menjadi didikan ajaib sehingga kesannya mejarab dan meresap pada hati dan minda..dan harapnya begitulah.

Didikan ajaib kesan mujarab.

#sama-sama mencari redha Ilahi 

12 April 2018

Cabar

9:03 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

CABAR

Cabar

Mencabar.Kau.
Dicabar.Aku.
Tercabar.Banyak.
Rasa yang tidak terungkap semua.
Sekerat dimulut.
Bersimpul-simpul dihati.
Tersimpan.Terpendam.
Membuah dan membeku geram.
Amarah yang parah.

Tidak berpenghujung.
Tidak akan tamat.
Sentiasa marak dan bermula.
Merata-rata.Di mana-mana.
Sampai bila.

Cabar.
Terkena sasaran membuah hasil.
Dan bila tersasar.Membazir keringat.
Panas untuk menyahut.
Dingin kata tidak bersambut.
Ya.Biar dingin.Berangin.
Daripada tunjuk angkuh.
Bermusuh.Merusuh.

Lihat siapa lawan.
Siapa yang mahu ditawan.
Tuhanmu.JANGAN.
Siapa yang tertawan.
Dengan sunnah Rasul-Nya.
Silakan.

Tunjuk kekuatan itu.
Tunjuk keyakinan itu.
Tunjuk ketulusan itu.
Atas nama Tuhanmu Ya Rab.
Yang A'had (SATU)
Tidak memperanakkan dan diperanakkan

Cabar.
Jangan membuat dirimu kelihatan lemah.
Hanya berselindung dibalik jasad gagah.
Hujungnya terkulai lemah menyerah.
Cari potensi yang ada.
Kejutkan dan sergah.
Moga apa yang di cabar tidak hanya singgah.

#sama-sama mencari redha Ilahi 

SEGMEN BLOGLIST 2018 BY THISNI3ZA

12:12 AM 2
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

SEGMEN BLOGLIST 2018 BY THISNI3ZA ~ Syarat yang mudah menjadi tarikan pada rakan blogger untuk menyertai apa pun segmen atau giveaway yang dianjurkan.Maka PC pun sama-samalah balas undangan yang diberi...he he he....terima kasih Blogger thisni3za pelawa PC😊.

Syarat yang cukup ringkas dan PC boleh penuhi..insyaAllah PC sertai.Jom kawan-kawan...

SEGMEN BLOGLIST 2018 BY THISNI3ZA

#sama-sama mencari redha Ilahi 

11 April 2018

Terangkan Malam

7:24 AM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


TERANGKAN MALAM ~ Kalau tidak malam ini .. ada lagi malam-malam yang lain.Ingat,belum tentu malam seterusnya kita masih bernyawa..masih juga di dunia.Belum tentu juga masih dapat melihat bulan dan bintang berkelipan.Allahu.SubhanaAllah.

Semai dalam hati niat yang betul.Paksa diri untuk melakukan apa yang jarang dan asing untuk ditunaikan.Berat kawan.Memang berat.Cakap memang mudah.Eh,sebenarnya tersangat mudah..tapi bab untuk melaksana..sila gigih.

Terangkan malam.

Ada berasakan tiadanya malam kerana cahaya lampu yang terang benderang.Melayan keasyikkan sendiri.Ke mana-mana .. entah dengan siapa.Ada masanya tersasar itu boleh berlaku kerana ianya cukup mudah..kenapa?...bila nafsu dan hasutan bertemu di titik yang saling menyokong dan menarik...tiada istilah fikir dua tiga kali..tekad.Tapi bila Allah berkendak..tiada yang pernah mustahil.Menjadi sebaik-baiknya insan.

Sebaik-baiknya insan juga bukan malaikat..jauh sekali terhindar dari melakukan khilaf.Justeru pandang atas zahiriah insan biasa.Sentiasa berusaha perbaiki diri.Apatah lagi kita..atau mungkin PC sahaja😂.Terangkan malam itu sukar.Namun andai itu yang dapat lebih mendekatkan..mengapa tidak diusahakan.Cubalah.


TERANGKAN MALAM
Google image 

#mencari redha Ilahi 



10 April 2018

Sebenarnya Beginilah Hakikat

7:06 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


SEBENARNYA BEGINILAH HAKIKAT ~ Kadang bila asyik dibuai keindahan duniawi kita alpa seketika sehinggalah Allah SWT kirim teguran..teguran yang pelbagai bentuk dan cara.Kadang teguran yang menyentap rasa.Tidak kurang yang halus namun sakitnya bagai luka yang merah berdarah disiram cuka.SubhanaAllah,teguran-teguran itu tanda kasih Allah SWT kepada kita.

Sebenarnya beginilah hakikat.

Lupa atau langsung tidak tahu baik buruk dan salah betul  membuatkan segelintir daripada kita lalai dan berterusan lakukan khilaf.Jalan pulang sentiasa ada kawan.Sentiasa terbuka dan tersedia dari DIA untuk kita hamba-hambaNYA.Cari tali itu.Gilap kusam pada kaca kerana tidak mustahil ia lebih bersinar daripada permata.

SEBENARNYA BEGINILAH HAKIKAT
Sumber imej : Perkongsian Rakan-rakan 

Kembalinya kita semua ke tempat asal yang sama.Sungguh.Diketika hanya kain putih menutupi sekujur tubuh yang dingin..tiada apa yang diharap lagi.Ingatan daripada anak-anak soleh solehah..ilmu yang bermanfaat..sedekah jariah...Allahu..bergantung bagaimana kita usahakan semasa berhayat sihat.

Sebenarnya kita bukan pun sesiapa.Tidak juga punya apa-apa..semuanya bakal hancur lebur .. hari ini selesa di kerusi mewah yang indah .. atau duduk di atas tikar yang lusuh .. satu saat akan ke liang yang serupa.Allahu.

# mencari redha Ilahi 


09 April 2018

Berseri-seri?!? .. Woww

7:25 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


BERSERI-SERI?!? .. WOW ~ Isnin dah..alhamdulillah.Jangan monday blues ya.Bersemangat!.Hari pertama memulakan kerja wajar rasa lemau itu ada dan terbawa-bawa.Dulu pun PC sendiri pernah laluinya.Namun cuba alihkan rasa longlai itu ke arah yang lebih memberi semangat.

Berseri-seri?!? .. wow.

Sekarang lebih malahan "extra advance" berbanding dahulu.Masing-masing tidak kira jantina dan peringkat umur berlumba-lumba untuk nampak berseri-seri.Kusam paling digeruni.Apatah lagi permasalahan lainnya.Silakan kerana itu hak masing-masing untuk berusaha dan mencuba..tapiiiiiiii,ingat..jangan sampai silap niat dan salah tingkah.

Mampu silakan.Tidak mampu,jangan beratkan diri dan fikiran.Pandangan mata yang mentafsir tidak sama.Percayalah.Buktinya berapa banyak dan ramai yang sering bertingkah pandangan diketika menilai dan memilih sesuatu termasuklah penilaian terhadap kecantikkan seseorang.

Setiap kita ada daya tarikan masing-masing...

Kecantikkan bermula dari dalaman.Bila hatinya cantik ianya turut mempengaruhi dan memperelok yang lainnya juga.Namun begitu,jangan silap membuat anggapan bahawa tidak lagi perlu menjaga apa sewajarnya dijaga...kuku panjang potonglah..berus gigi..bersyampu..bersabun bila mandi..janganlah fikir owh hati baik..kebersihan diri nak diabaikan...jawabnya bye..bye...

Di dunia mungkin kita menjaga penampilan agar mudah mendampingi dan didampingi..memudahkan hubungan sosial seharian..awas,jangan sampai berseri-serinya kita di dunia menggelapkan wajah kita di akhirat kelak.Bahayakan....oleh itu,berhati-hati..

Kerana yang pasti nanti ...


Berseri-seri?!? .. wow.

Surah Al Qiaamah
Ayat 22


#sama-sama mencari redha Ilahi 

08 April 2018

Santai-santai Jangan Meng"abai" ..

7:50 AM 14
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

SANTAI-SANTAI JANGAN MENG"ABAI" ..

Minggu pertama telah berlalu
Masuk pula minggu kedua
Bulan April pun bakal berlalu
Kita lalui sebaik-baiknya 

Hujung minggu bersilih ganti
Waktu sebaiknya bersama keluarga
Didik diri cuba mengerti
Setiap makhluk ada nilainya

Diam tak diam Ramadhan mendekat
Masih sempat qada yang ditinggalkan
Banyak hal datang menghambat
Usaha dan doa jangan diabaikan

Hiburan tiada salahnya
Apa yang penting tidak langkau hadnya
Jangan melupakan pada yang berjasa
Mengenang budi bersopan bahasa

Sudah kurang terlihat buah rambai
Terasa tekak mahu makan
Santai-santai jangan meng"abai"
Kelak merana tidak tertahan

Santai-santai Jangan Meng"abai" ..
Google image 
Re edit PC

#sama-sama mencari redha Ilahi 


07 April 2018

Separuh Hati ..

7:44 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

SEPARUH HATI ..

Berkira-kira.
Rasa ragu-ragu.
Ya atau tidak.
Betul atau salah.
Bagaimana.
Persoalan demi persoalan.
Menganggu.
Membelenggu.

Akal mengarahkan begini.
Sedang hati berbisik begitu.
Dipendengaran lain.
Pada pemerhatian berbeza.
Allahu.

Celaru.Keliru.
Sedang waktu yang kian berlalu.
Bertindak atau diam mendak.
Bicara atau diam membisu.
Yang mana satu.

Mahu.Dilarang.
Menolak.Disuruh.
Dilema.
Dilalui setiapnya makhluk Tuhan.
Cara sahaja berbeza-beza. 
Yang masing-masing tidak tahu.

Separuh hati.
Berbasa-basi.
Berdolak-dalih.
Mencari solusi.
Buntu atau menemui.
Merayu pada PEMILIK hati.
Mohon pertolongan dorongkan naluri.

Pada galur yang lurus.
Pada laluan yang tulus.
Jangan separuhnya hati.
Mantapkan sepenuhnya sanubari.
Agar sempurnanya nanti kerana Ilahi.

Biarlah.
Alang-alang menyeluk pekasam.
Biar sampai ke pangkal lengan.


Separuh hati

#sama-sama mencari redha Ilahi 

06 April 2018

Tidak Dinafikan ..

9:03 AM 14
Tidak Dinafikan ..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


TIDAK DINAFIKAN ~ Menduduki ujian bulanan ketika sekolah sudah membuat hati tidak tenang apatah lagi ujian hidup.Bagi anak-anak atau kanak-kanak rebina ujian atau peperiksaan di sekolah itu sudah cukup berat dan menyesakkan.Inilah yang PC rasa.Ha ha ha😄.Dapat jadual sahaja pun sudah terganggu lena malam ku...ceh!..itu belum lagi minggu pemeriksaan gigi dari klinik pergigian Kementerian Kesihatan..fuhhhhhhhhh peluh ketiak.Kalau boleh nak kecikkan diri sembunyi dalam laci.😁

Tidak dinafikan ..

Seiringnya waktu berlalu .. berganjaknya angka pada usia buat PC atau kita semua menjadi lebih dewasa.Ada yang meletakkan tahap kematangan pada usia dan ada juga sebaliknya,kerana untuk menjadi dan bertindak lebih dewasa pengalaman serta persekitaran sangat-sangat mempengaruhi.Justeru ianya tidak boleh juga dinilai dengan angka pada usia.

Ujian,tiada siapa mahukannya.Ramai yang tewas dek ujian atau dugaan.Jangan lupa,banyak juga yang bangkit lebih baik dan lebih berjaya selepas mengharungi pelbagai ujian atau dugaan.

Seperkara ..

Daripada Ka'ab bin 'Iyadh RA katanya,aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,  "Sesungguhnya bagi setiap umatku ada ujian.Ujian ke atas umatku ialah harta benda". (Hadith Riwayat at-Tirmizi,katanya)

Beringat sentiasa .. hati-hati dengan tipu daya dunia.Indahnya sementara,nikmatnya seketika.

*sama-sama mencari redha Ilahi 

05 April 2018

Eleh .. Celah Gigi Je

8:33 AM 15
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


ELEH .. CELAH GIGI JE ~ Budak-budak .. dengar tapi tidak memahami.Dengar lagi tidak juga fahami.Tetapi bila kerap didengari dan berulangkali biar tidak memahami namun diingati.Itu sebabnya mengapa orang dewasa harus sentiasa menjaga lisan satu sama lain apatah lagi ketika ada anak-anak atau kanak-kanak.Lebih berhati-hati.

Eleh .. celah gigi je.


Eleh .. Celah Gigi Je
Google image 

Bunyinya menunjukkan rasa angkuh.Memberi persepsi memandang rendah juga pada orang lain.Ya,mencabar juga..lebih mudah "senang je" .. "hal kecil" .. "petik jari je" .. haaa inilah yang PC faham apa yang dikatakan "eleh .. celah gigi je".Mungkin bagi sesetengah orang ianya santai dan gurauan..tapi entah mengapa dipendengaran PC kurang enak bunyinya.He he he😅.Atau mungkin bergantung pada cara dan gaya serta situasi frasa tersebut digunakan.Mungkin jugalah.

Pemberian orang mengikut suka si pemberi.Banyak atau sedikit,terserah.Walaupun terkadang lebih baik tidak perlu memberi kerana bakal mencetuskan peperangan diantara anak-anak kecil dan sebagainya.Penerima sila terima dan syukuri.Terima dengan senyuman walau mungkin masam dihati.Cover.Hormati.Sedikit itu rezeki.Banyak itu juga rezeki.Cuba terima apa adanya.Agak-agak kurang tambah sendiri.Haaaa gitu.

Mungkin bagi kita kecil dan bukan apa-apa pun .. tapi ianya besar dan bermakna bagi orang lain.Justeru kerana dipandangan ianya nampak berbeza maka berhati-hati untuk menampakkan apa pun espresi.

#sama-sama mencari redha Ilahi 

04 April 2018

Menampakkan Banyaknya

6:41 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


MENAMPAKKAN BANYAKNYA ~ Rezeki tak sama.Ini hakikat.Ada yang ada niat yang baik namun kemampuannya hanya cukup-cukup sahaja untuk diri sendiri dan keluarga.Ada juga yang mahu menyumbang atau memberi tetapi sangat terhad mengikut apa yang dikehendaki bukan apa yang disyaratkan.Terkadang serba salah jadinya.

Garu kepala jadinya.Memang serba salah.

Benar jangan terlalu ambil pusing dengan kata-kata dan pandangan sinis orang,namun hakikatnya perlu juga ambil tahu lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan air muka kita atau orang lain.

Menampakkan banyaknya.

Bersungguh ikhlas mahu memberi tapi kekangan kewangan.Jadi bagaimana mahu mengatasinya agar berada di situasi selesa,gembira,bahagia dan berlapang dada.

Berbahagi-bahagi seorang sedikit.Mengadakan atau memberi secara berkumpulan atau berkelompok.Sorang sikit.Ada yang suka cara begini.Ada juga yang kurang selesa.Terserah masing-masing sebenarnya tapi bersyarat.Bila mengeluarkan modal wang atau barangan berkumpulan..jangan jadi talam dua muka.Jangan mengata-ngata.Jangan berbisik-bisik.Dia mampu bawa sesudu garam alhamdulillah..kita mampu bawa segenggam beras syukuri.

Mencari menu yang muai.Mentahnya sedikit,sesudah dimasak menjadi banyak.Contoh bubur nasi.Bubur kacang.Bihoon.Nasi goreng.Kuih muih.Buah-buahan.Mudah-mudah sahaja tapi ramai orang boleh makan.Gula-gula..walau berinya sebiji tapi berpuluh orang boleh rasa manisnya.InsyaAllah.Sebenarnya terserah pada diri.

Rahsia sebenarnya bagaimana menampakkan banyaknya rezeki dengan sedekah dan keberkatan.Cubalah.Mulakan sedikit dahulu.Nikmatnya nanti menyusul.Amin.

Menampakkan Banyaknya

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

03 April 2018

Terjentik Hati

7:20 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


TERJENTIK HATI ~ Setiap kita ada zon masanya tersendiri.Allah dah sediakan daripada awal-awal lagi.Sepertinya juga buku takdirnya yang siap sedia sedari dalam kandungan ibu.

Terjentik hati.

Bila melihat sesuatu itu di ikhtiarkan kemudian berjaya itu pun Allah SWT yang lorong dan dorongkan hati kita..yang membantu juga.Sengaja,tidak sengaja semua usaha kita dengan izinNYA.

IzinNYA itu luar biasa.Luar jangka.Luar kemampuan manusia untuk berandaian.Sebab itu kenapa manusia boleh sekelipan mata berubahnya.Terjentik hati.Hari ini mungkin kurang baik..esok berubah lebih baik.Sebelum ini begini eh esok begitu pula..nampak tak...

Namun begitu biar hidayah itu milik Tuhan..jangan berlengah terus-terusan..cari dan minta agar hidayah kebaikkan itu segera mendekat dan kekal bersama kita menjadi makhluk yang taat.

Terjentik Hati

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

02 April 2018

Meraba-raba

7:16 AM 14
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

MERABA-RABA

Benarkah.
Salahkah.
Malu.Ya rasa malu yang tebal.
Rasa malu yang khilaf kedudukkannya.
Bezakan.
Ada ketika harus dicampak rasa malu.
Ada detiknya tebalkan rasa malu itu.
Malu merugikan.
Malu menguntungkan.
Analisis keperluannya bagaimana.

Ego.
Kecil atau besar.
Sedikit mahupun membukit.
Ada.
Andai ya segera sisihkan.
Sekiranya tidak jangan sampai dipijak.
Seimbangkan untuk detik-detik tertentu.

Sejengkal.
Sedepa.
Bermeter-meter.
Cetek.
Dalam.
Ilmu.
Pengetahuan yang ada.
Sesiapa pun tidak bebas dari situasi meraba-raba.
Mencari-cari.Tercari-cari.
Teruskan selagi ianya dipaksi kebaikkan.
Di landasan kebenaran.
Dari terus diam membeku kaku.
Tiada salahnya meraba-raba menambah ilmu.

Ingat.
Waktu akan terus berlalu.
Siapa pun diri hari ini akui diri sekadar hamba ILAHI.
Segera sedar.
Jangan gusar kembali mencari.

Meraba-raba

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




01 April 2018

Fasa Demi Fasa

7:46 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

FASA DEMI FASA

Hari ini hari Ahad
Hari ini 1 April
Masa yang ada sebenarnya terhad
Gunakan sepenuhnya sebelum nyawa diambil

Fasa demi fasa

Anak Pak Hassan bernama Hanan
Setiap hati tidak lepas bercelak
Ada permulaan ada pengakhiran
Hidup abadi diakhirat kelak

Ke hulu ke hilir memegang tasbih
Tasbih hadiah daripada  bilal
Pokok bermula daripada benih
Begitu juga manusia sedarinya awal

Isteri Atan hamil tua
Mengidam mahu naik kereta kuda
Jangan disinggkir orang tua
Panjang umur kita begitu juga

Sirap bandung dicampur soda
Permintaan tetamu dan tuan rumah
Hidup ini umpamanya roda
Seketika di atas kemudian di bawah

Daun mempelam jatuh berguguran
Dihalaman nampak melata
Penuhkan jiwa dengan kesyukuran
Hidup ini fasa demi fasa

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

31 March 2018

Kesan Yang Dahsyat

8:48 AM 11
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


KESAN YANG DAHSYAT ~ Sekecil-kecil tindakkan atau apatah lagi sebesar-besar keputusan yang dilakukan atau diambil .. ada impaknya.Oleh sesiapa pun.

Kesan yang dahsyat.


Pertelingkahan .. perdebatan .. perkongsian .. baik ke arah positif mahupun negatif .. kesan yang dahsyat bakal bercambah.Tidak hanya kesan jangka pendek malahan untuk jangka panjang juga.

Dahulu .. pesan yang sering diberi "jagalah lisan" namun dizaman ini,tidak sekadar lisan yang mesti dijaga .. jari jemari yang rancak menari pada setiap abjad juga harus sentiasa dikawal dan beramaran.
Share .. comment .. reply .. like .. biar semuanya menjadi saham akhirat kita.

Kesan Yang Dahsyat

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 





30 March 2018

Semakin Malam Atau Semakin Siang

8:12 AM 2
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


SEMAKIN MALAM ATAU SEMAKIN SIANG 

Siang.Malam.
Berganti.
Berputar.
Mengisi tempat masing-masing. 
Lama malamnya.
Lama siangnya.
Putaran yang telah diketetapan.
Akur.Syukur.


Siang.Mentari.
Malam.Rembulan.
Saya.Awak.Kamu.Mereka.
Mendongak melihat langit.
Ada masa dengan mata terpejam.
Hati terbuka.Putih.
Ada ketika dengan mata yang luas.
Sedang hati tertutup rapat.Gelap.
Di mana.
Ya di mana kita.


Semakin malam atau semakin siang.
Semakin gelap kabur atau semakin terang jelas.
Rancangan itu semangat mencapai matlamat.
Jelas atau kabur.
Lurus atau berundur lebur.


Kegelapan dikehidupan.
Al Quran penyuluhnya.
Pembuka.
Keterangan dikehidupan.
Ada nikmat dan ujiannya juga.
Semakinnya malam.
Isi untuk temujanji dengan Tuhan.
Semakinnya siang.
Penuhi dengan sebaik-baiknya keseimbangan.

Semakin Malam Atau Semakin Siang

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


29 March 2018

Terlihat Yang Satu Cari Sembilan Lainnya

9:11 AM 3
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


TERLIHAT YANG SATU CARI SEMBILAN LAINNYA ~ Fokus.Bukan mudah apatah lagi berterusan menggali kebaikkan.Biarpun Jumlah kebaikkan yang dilakukan banyak,angkara sekali khilaf.....ya,yang khilaf itu akan sentiasa di sebut-sebut.

Terlihat Yang Satu Cari Sembilan Lainnya.

Terlihat Yang Satu Cari Sembilan Lainnya

Bila ada niat untuk berubah ke arah yang lebih baik,niatkan dan lakukan.Kemudian mantapkan hati untuk menjadi kalis pada dugaan.Kerana Dia.Namun langkah paling pertama adalah..bila terlihat satu khilafnya orang jangan dituding..usahakan mencari sembilan lainnya yang berbentuk kebaikkan.

Untuk teguh digarisan ketenangan dan kebaikkan hindari penyakit hati.Sebab ianya musuh dan racun pada setiap niat baik.Tak boleh buang sekaligus .. sikit-sikit.Tak apalah daripada tak ada usaha nak buang rasa tinggi diri dan yang seangkatan dengannya...betul tak.

Dan diketika kita terlihat satu kebaikkan diantara sembilan keburukkan..pertahankan kebaikkan itu agar ianya dapat menghakis keburukkan yang ada..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

28 March 2018

Pandanglah Tepat Ke Anak Matanya

7:53 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


PANDANGLAH TEPAT KE ANAK MATANYA ~ Selain lisan di mulut..mata juga mampu berkata-kata.Bahasa yang tersangat halus dan dalam.Bicara daripada sepasang mata.Berkaca-kaca kesedihan .. berkaca-kaca terharu dan gembira .. kegelisahan .. kemarahan .. ketenangan .. pembohongan.Mata daripada sirnanya mampu ditafsir.

Pandanglah tepat ke anak matanya.


Pandanglah Tepat Ke Anak Matanya
Google image 

Bukan satu hal yang aneh dan tidak perlu dihairankan namun mesti diambil tahu.Kucing gelandangan.Berat untuk disebut sebenarnya mereka lebih berat untuk melalui.Di pasar .. di gerai-gerai makan sering menjadi tumpuan pemindahan atau pembuangan kucing.Ada yang panjang usianya.Juga sebaliknya.

PC sayang kucing.Mungkin sudah terbiasa dari kecil kucing itulah kawan dan adik beradik PC.Ya,PC bukan pejuang membela nasib kucing.Tidak.Rasa belas ihsan itu ada.Sentiasa ada.Subur.Lebih-lebih lagi bila sedang makan di luar.

Ada yang suka.Ada sebaliknya.Sedang kita kelaparan dan dahaga menikmati hidangan,kucing-kucing ini datang bukan sengaja tapi dorongan Allah untuk uji kita.Ini yang PC rasa.Ada banyak meja,banyak pelanggan kenapa ditujunya ke kita.Menanti dengan khusyuk,bunyi minta perhatian.Ya PC belajar daripada persekitaran .. pemerhatian.

Bila terasa rimas .. pandanglah tepat ke anak matanya.Di situ ada jawapannya.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

27 March 2018

Kerendahan Yang Mahal ..

8:00 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


Kerendahan Yang Mahal ..



KERENDAHAN YANG MAHAL ~ Tengok harga..seluk poket..jeling warna-warna dan jumlah yang tertera pada wang yang ada.Menjadi mahal bila ingin namun tidak mampu untuk tunaikan hajat kecuali yang berani mengambil risiko..ikat perut..tutup mata..hati kering atau tawakkal tahap air paras bibir.Huhuhuhu...ada bran!...tawakkal itu hujung pada usaha namun bukan tawakkal pada yang sudah kita tahu akibatnya.

Sederhana disaat apa pun situasi mungkin menjadi jalan keluar terbaik.

Kerendahan yang mahal.

Merendah diri (tawadhuk) bila berada di satu tahap yang mantap .. selesa dan dipandang bukan calang-calang punya tindakkan.Bermulanya kerendahan diri maka akan juga disertai kerendahan hati.Bukankah ianya bermula daripada hati.

Kerendahan yang mahal adalah sifat merendah diri.Bukan merendah-rendahkan orang lain ya.Itu zalim namanya.Punya seperti tiada apa..hebat namun terlihat biasa-biasa..pintar tidak hanyut dengan rasa bangga..subhanAllah tidak semua mampu dan mahu melakukannya...tetapi ada insan seperti ini...ADA!..Insan yang baik ada di mana-mana.Dekati dan hargai serta contohi.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



26 March 2018

Segmen Bloglist 2018 ShuhaidaSaad

12:08 PM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

SEGMEN BLOGLIST 2018 SHUHAIDASAAD ~ Lama sangat rasanya PC beku daripada menyertai mana-mana segmen atau giveaway.Kali ini dengan syaratnya yang cukup mudah..PC pun turut serta..😄

Segmen
Klik Sini : Segmen Bloglist 2018

Syarat yang tersangat mudah
Hanya follow Blog SHUHAIDA SAAD
Tempoh segmen juga panjang 👍
Apa lagi .. jom join .. kita support

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi