Sesedap Rasa ..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 

Sesedap rasa

SESEDAP RASA ~ Ikut citarasa.Susu atau gula sebagai manisan pada minuman.Lebih masin,atau sedang-sedang..mungkin tawar pada hidangan makanan..Terserah suka yang bagaimana.Sesedap rasa pada individu yang mahu menikmatinya.Seandainya menyediakan hidangan untuk orang lain juga .. perlu juga ambil kira kehendak mereka serba sedikit sebaiknya.


Manusia hanya boleh usaha yang terbaik .. namun kesempurnaan itu milik hakiki Allah SWT.

Menikmati.Setiap daripada kita berhak untuk menikmati.Ada bahagian untuk merasai atau lebih mendalami akan sesuatu perkara.Dengan cara masing-masing asalkan patuh syarak.Pusinglah ikut mana pun .. gorenglah sampai hangus pun .. selagi ianya masih dilandasannya insyaAllah kita akan terpelihara sentiasa.


Bila kita menjaga .. kita sentiasa dijaga dan terjaga.

Sesedap rasa tidak tertakluk pada urusan melayan atau memikat perut semata-mata.Dalam urusan seharian juga perlu sentiasa peka agar tidak tergolong dalam kelompok sesedap rasa bila bertindak .. dan sesedap rasa bila berbicara.

Layanan yang baik .. bertaraf kelas pertama tidak perlu pun hamparan karpet merah sentiasa .. kompang berbelas lagu .. irama muzik yang mendayu-dayu .. cukup bila berbicara tertib dan santun.Tenang hati yang menerima,selesa telinga yang mendengar dan lapang fikiran yang mahu menghadam butir bicara.Awas ya..tertib dan sopan .. bukan terbawa-bawa hingga tahap menggoda dan mengada-ngada.Ada bezanya.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

14 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Bila baca bab karpet merah tu setiap kali nampak benda ni dekat tv selalu kak ana ckp dkt en suami. Nabi kita semulia2 umat,rasanya takde berkarpet merah bagai. Padahal manusia plg sempurna tu tp masih zuhud. Kita? Jauh lebih selesa tp ibadah masih pada takuk yg sama malah kadang makin merundum tahapnya. =(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak...Rasulullah SAW dah Allah jamin masuk syurga...tapi solat taubatnya hingga bengkak kaki..sampai ada kesan lekuk dek air mata baginda yang mengalir risaukan dosa-dosa...sedang kita...Allahu...ada yang masih meletakkan pangkat untuk menjalin ukhuwah...

      Padam
  2. KITA CARI REDA ILAHI JGN MMBGGA DIRI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju kak PI...membangga diri takut nanti hanyut sendiri...nauzubillahiminzaliq..

      Padam
  3. Bait kata yang indah, semoga kita semua diberi sifat zuhud dalam diri kita agar kita tak menjadi manusia yang tak diredhai oleh Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnn...akhir zaman...moga Allah sentiasa pandu hati kita untuk gandakan keimanan sebagai persediaan ke sana kelak...

      Padam
  4. Semoga dijauhkan dari kelompok manusia sesedap rasa itu biarlah menjadi manusia yang bersederhana dan berpada-pada dalam banyak hal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnnn...betul la kak...moga kita dihindari dari sifat begitu dan terhindar dari kelompok begitu...

      Padam
  5. Bersederhana dalam segala hal. Terima kasih atas peringatannya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Besederhana itu terbaik...sama2 Fatin...moga bermanfaat ya..

      Padam
  6. Hi akak :) Datang singgah.

    Yes, sesedap rasa. Tapi kena tahu batas supaya tidak melanggar syariat Allah SWT inshaAllah :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Karimah...tq singgah..
      Betul..jangan kita menyakiti dan moga tidak juga disakiti...amin.

      Padam
  7. Sesedap rasa biarlah berlandarkan sunnah dan hukum hakam.. semoga sentiasa terpelihara dibawah rahmatNya, in shaa Allah.

    BalasPadam
  8. Saling menghormati dan tahu batas kita sebagai umat Islam dalam melayani pelbagai orang atau situasi. InsyaAllah. Semoga semua dalam keadaaan baik hendakNya. Aamin. :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama