Sekali,Dua Kali,Tiga Kali .. Sambung Dengan Doa

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SEKALI,DUA KALI,TIGA KALI .. SAMBUNG DENGAN DOA ~ Pembuka .. pertengahan(isi) .. penutup.Diibaratkan kalau ucapan tu mesti ada kata-kata alu-aluan .. isi .. penutup.Kalau kita perhalusi banyak juga perkara yang kita lakukan tiga langkah.Ketika nak makan.Ketika berwhudhuk juga disunatkan membasuh anggota tiga kali.Kalau kita berubat cara altenatif pun lazimnya dipesan agar ulang tiga kali.Syarat,adat,adab atau pilihan.

Pilihan .. tiidak semua pilihan yang kita buat itu betul.Tidak semestinya juga setiap kehendak kita itu tepat.Mungkin ya bagi kita tapi tidak bagi orang.Benar kita berhak untuk membuat pilihan mengikut kehendak diri tapi perlu diambilkira juga pendapat dan teguran orang lain.

Teguran itu banyak maksud dan matlamatnya.Menjatuh dan meruntuh atau kerana rasa tanggungjawab dan kerana rasa sayang sesama insan.Kaji,perhalusi dan muhasabah diri pada yang ditegur.Ada yang sangat mudah menerima teguran.Tidak kurang kita menegur dan kemudian kita ditegur kembali..berbalik pada hati masing-masing..SEKALI,DUA KALI,TIGA KALI .. SAMBUNG DENGAN DOA .

Jangan terus menolak teguran atau nasihat biar pahit untuk ditelan dan pedih dipendengaran mungkin itu langkah pertama untuk kita menjadi lebih baik.Setiap teguran atau nasihat itu manusia sekadar perantara hakikatnya gerak rasa daripada DIA.Ubahlah persepsi..tidak semua orang hatinya hitam.

Cukuplah menasihati SEKALI,DUA KALI,TIGA KALI .. SAMBUNG DENGAN DOA pula.Bukan kerana lelah tapi takut nanti diri kita yang tercela.

Sekali,Dua Kali,Tiga Kali .. Sambung Dengan Doa


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. i pun kalau nak sound org ni usually setakat 3 kali je.. lepas tu diam je lah..

    BalasPadam
  2. Kadang orang buat2 tak faham PC walau berkali2 kita nasihat. Belum sampai seru katanya. Doa je lah yg terbaik lepas tu. Doa kan senjata seorang mukmin :)

    BalasPadam
  3. eishhhh...sedekah fatihah jelah orang macam ni....

    BalasPadam
  4. Setelah penat lelah berusaha, teruskan bertawakkal pula serahkan pada yang Maha Memahami Hati..

    BalasPadam
  5. Peringatan yang bagus sis.. Saya pun dah masuk kali keempat, bye bye lah jawabnya... lelah...

    BalasPadam
  6. The Power of Doa. Setuju kak PC. Doa, tawakal dan redha. Semoga segala urusan kita di dunia dipermudahkan olehNya. InsyaAllah. Aamin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama