Sampah? .. Tidak Sesampah Yang Disangka

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 

SAMPAH? .. TIDAK SESAMPAH YANG DISANGKA

Masak urap ditumbukkan cekur
Cekur dibeli dari kedai Mak Jah
Hari ini mungkin tersungkur
Satu ketika bangkit gagah

Rasa dahaga minum air kelapa muda
Sebelum minum bacalah Bissmillah 
Susah itu tidak selamanya
Nasib manusia tercatat sudah

Amalkan gaya kehidupan positif 
Untuk melahirkan generasi berjiwa
Mengolah dengan minda kreatif 
Apa yang dibuang jadi berharga

Awal pagi ke kedai bunga
Untuk membeli si bunga mawar
Jika suatu masa dulu bukan sesiapa
Mungkin saat ini nama terlakar mekar

Ke hulu ke hilir mengayuh basikal
Basikal lama warisan keluarga
Terus berdiri dengan hati yang cekal
Abai kata-kata manusia tapi tarik perhatian PENCIPTA 

Sampah? .. Tidak Sesampah Yang Disangka


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ya . sampah tidak semestinya tidak berguna..

    Pasti ada kebaikannya.

    BalasPadam
  2. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Percaya pada ayat Allah tu. InsyaAllah bahagia hidup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak..bersangka baik dengan Allah...sentiasa..

      Padam
  3. betul tu pc,buat apa fikir pandangan manusia.
    setiap kesusahan pasti ada kesenangan.InsyaALLAH..AAMIN

    BalasPadam
  4. Lagu Yantzen berjudul Insan,
    Lagu Forteen berjudul Kita,
    Lagu Faizal Tahir berjudul Kasih Tercipta,
    Hormatilah setiap insan,
    Kerana mereka semua sama juga seperti kita,
    Hamba kepada Allah Maha Pencipta .

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama