Saling Menyayangi

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SALING MENYAYANGI ~ Musim tengkujuh,musim cuti sekolah,musim anak-anak lelaki berkhatan dan musim juga menghalalkan hubungan di sana sini..moga semuanya mewah dengan kasih sayang Allah SWT dan sentiasa diredhai.

Sebut kasih sayang .. yang akan terbayang dan terfikir perasaan antara lelaki dengan perempuan .. bahasa mudah bercinta,itu kalau ditanya pada pasangan remaja .. muda mudi.Tapi kalau tanya apa itu kasih sayang pada kanak-kanak atau anak-anak kecil .. tulus mulus lagi lurus jawapan yang bakal diberi .. "saya peluk dan cium ibu ayah" .. "ibu ayah belikan mainan,baju,ais krim dan macam-macam" .. banyakkan tafsirannya.Bagi PC memaknakan erti saling menyayangi itu mengikut faktor usia dan fahaman masing-masing.


SALING MENYAYANGI
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

Saling menyayangi satu sama lain .. sesama insan .. dan sesama makhluk.Dengan haiwan,,andai kita tidak menyukai jangan disakiti dia.Dengan tumbuh-tumbuhan,andai tidak kita semai dan tanam apa yang sedia ada tidak usahlah dihapuskan sesedapnya rasa.Alam ini ada PENCIPTANYA .. ada PEMILIKNYA.PEMILIK DAN PENCIPTA yang sama memiliki dan mencipta diri kita.Hargai .. sayangi .. hormati.

Saling menyayangi dituntut kepada semua.Semua makhluk juga berkasih sayang tetapi dengan cara masing-masing.Begitu juga dalam bab mentaati dan berzikir kepadaNya..dengan cara yang tersendiri.Hiduplah saling menyayangi kerana rasa sayang itu harta yang berharga disaat tertentu.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Andai tidak suka, janganlah menyakiti dengan lisan mahu pun perbuatan kan kak PC 😊

    Tetaplah kena belajar mengerti takdir yang ditetapkan Tuhan

    BalasPadam
  2. Saling menyayangi adalah kunci kebahagiaan kita sebagai makhluk di Bumi kan kak PC. Betul kak PC, kasih sayang adalah harta yang tidak ternilai di saat tertentu. Hargailah kasih sayang yang kita perolehi dan kita berikan kepada yang memerlukannya. Aman bahagia nanti dunia. InsyaAllah. Aamin.

    BalasPadam
  3. Saling menyayangi sesama makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini terutama yang mengharapkan belas ikhsan kita.

    BalasPadam
  4. Kita dianjurkan untuk saling menyayangi sesama makhluk ciptaan Allah. Tak terhad sesama manusia malah lebih dr tu. Sayang pada landas dan syariat yang betul menjadi asasnya.

    BalasPadam
  5. Sayang menyayangi adalah tuntutan menjaga hubungan sesama makhluk, secara tak kangsung kita menjaga hubungan dengan Maha Pencipta.. subhanallah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama